➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 28

132 16 0
                                    

bila aku dah makan sedikit makanan yang jaeyun bagi tengahari tadi, tenaga aku dah kembali kepada asal tapi aku masih lagi belum sihat sepenuhnya.

sekarang waktu untuk membersih kelas dan koridor. tapi ada yang membuat hal sendiri, ada yang berbual dengan kawan di koridor dan ada yang bergurau-senda.

aku malas nak bercakap, jadi aku hanya diamkan diri dan siapkan kerja seperti biasa.

tengah sibuk aku menyapu, heeseung datang dari arah belakang sambil memegang penyapu.

"kenapa? kalau kau nak kacau aku, lebih baik kau pergi. hari ni aku malas nak bergaduh dengan kau."

tak tahu lah kenapa tapi dari tengahari tadi aku rasa marah bercampur sedih bila teringat pada heeseung.

"tak ada mood sebab kena denda pagi tadi?"

"ish mana ada."

"habis tu, kenapa? bukan selalunya kau suka waktu membersih ke?"

"bila masa aku cakap yang aku suka waktu membersih?"

secara tak sengaja aku marah pada heeseung dan membuatkan aku betul-betul rasa bersalah.

bila aku pandang muka heeseung dengan lama, makin geram aku dibuatnya.

"please, heeseung.. cuba lah peka dengan sekeliling. and, please jangan buat orang lain menaruh harapan dekat kau boleh tak?"

aku terus pergi tinggalkan heeseung yang sudah berdiri dengan kaku.

suara aku tak kuat, jadi tak ada sesiapa pun dengar ayat yang aku beri pada heeseung tadi.

dalam perjalanan aku tak sengaja terserempak dengan jaeyun yang baru sahaja selesai menaiki tangga.

"eh? hai, suyoon."

"h— hai." sedaya upaya aku elak dari memandang muka jaeyun sebab mata aku tak sengaja mengeluarkan air mata tadi.

"hold on.. suyoon, are you crying?"

"mana ada. aku tak menangis pun lah."

"are you sure? kalau macam tu, kenapa mata kau berair?"

"t— tak ada apa-apa lah.. janganlah risau."

"dah.. aku pergi dulu."

× lee heeseung ×
tengah aku sibuk mengelap tingkap kelas, jaeyun datang dengan riak wajah yang agak serius.

"lee heeseung." jaeyun memanggil aku dalam nada yang dingin.

"kau nak apa? kau tak nampak ke yang aku tengah sibuk sekarang ni?" aku menyahut panggilannya, tapi mata dan badan aku sibuk menyiapkan kerja pembersihan.

"kau buat apa dekat suyoon?"

waktu tu waktu pembersihan hampir tamat, ramai yang dah masuk ke dalam kelas dan hanya menunggu untuk tiba waktu pulang sahaja.

jadi aku ada ruang untuk bercakap dengan jaeyun tanpa perlu risaukan orang sekeliling.

"suyoon? k— kenapa dengan dia?"

suyoon? dia ada masalah ke? kenapa aku tak tahu apa-apa?

"kau buat apa dekat suyoon sampai dia menangis macam tu? kau tak reti nak jaga suyoon ke ah?"

"d— dia menangis?"

dia menangis sebab tadi ke?

"kau jangan pura-pura tak tahu.. aku benci, kau tahu tak?"

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now