➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 31

151 18 0
                                    

SEKOLAH
aku menunggu eunchae datang dengan penuh rasa gembira dan teruja.

beberapa minit kemudian, akhirnya eunchae muncul dari arah pintu hadapan kelas dengan senyuman lebar terukir cantik dibibirnya.

"suyoon!"

"eunchae! i miss you!"

eunchae mengambil tempat di sebelah aku dan mula berborak seperti biasa.

sebelum eunchae sampai , aku hanya berseorangan sahaja. tak tahu lah ke mana heeseung pergi pagi-pagi ni.

"kau tahu tak, aku rasa bosan gila bila kau tak ada sebulan ni."

"aku asyik diam je sebab tak ada kawan." sambung aku lagi.

"yelah tu.. bukan ke kau selalu dengan diorang berdua?"

mula lah tu eunchae nak mengusik aku.

bila eunchae cakap tentang jaeyun, kejadian semalam tiba-tiba muncul di fikiran aku.

argh! macam mana lah aku nak bagi jawapan pada jaeyun nanti!

"m— mana ada.. diorang berdua tu lain, kau lain. kau je satu-satunya kawan paling aku sayang."

"ha yelah tu."

"ha, suyoon. kau dah bagi jawapan pada jaeyun ke?"

"jaeyun? hm.. belum."

"belum? kenapa pula? bagitahu je lah yang kau suka dekat heeseung."

"aku takut lah.. tak apa, nanti aku bagitahu dia."

"baguslah. asalkan jangan diam lama-lama. tak baik buat orang lain tertunggu-tunggu."

"yelah, eunchae. yelah yelah."

"ah, lupa. so macam mana? mak kau dah sihat ke?"

"dah, tapi dia perlukan lagi beberapa minggu untuk sihat sepenuhnya dan buat masa ni ayah aku tak bagi mak aku kerja."

"baguslah kalau macam tu."

"ha, lepas ni rajin-rajinkan lah telefon parents kau and tanya khabar."

"ha yelah.."

× lee heeseung ×
sampai sahaja sekolah, aku terus pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan ssaem choi.

di hadapan tangga, aku terserempak dengan jaeyun yang baru sahaja selesai menaiki tangga.

pada awalnya aku abaikan sahaja dia dan bergerak untuk masuk ke kelas, tapi tiba-tiba aku teringatkan tentang sesuatu.

"semalam kau keluar dengan suyoon, kan? kau buat apa dengan dia?"

"tak ada. aku tak buat apa-apa pun."

"kau jangan nak tipu aku, jaeyun. kau ingat aku tak tahu apa-apa ke?"

"kenapa? jealous?"

sejujurnya aku betul-betul cemburu bila jaeyun jumpa dengan suyoon semalam..

"haah. kenapa? ada masalah ke?"

"sepatutnya semalam aku keluar dengan suyoon, tapi kau pula sibuk nak ambil kesempatan."

"tch, aku tak kisah pun dengan semua tu."

nasib baiklah waktu tu tak ramai yang lalu lalang, jadi tak ada lah risau sangat yang orang lain boleh dengar perbualan kitorang.

"ah, heeseung.. aku lupa pula nak bagitahu kau."

"semalam hari white day yang paling bermakna pernah aku lalui. nak tahu sebab apa?"

"sebab aku dah confess pada suyoon yang aku sukakan dia and aku cuma perlu buatkan suyoon tu jadi milik aku je."

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now