➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 14

154 18 0
                                    

cuti musim panas sudah pun berakhir dan musim persekolahan dah bermula seperti biasa.

tapi hari ni aku berseorangan sahaja sebab eunchae perlu balik ke daegu selama sebulan.

dan sepatutnya aku tolong heeseung hantarkan taeseung ke sekolah pagi ni, tapi heeseung kata tak perlu sebab dia nak pergi ke sekolah dengan seseorang.

tapi siapa 'seseorang' itu?

kawan?

crush?

ataupun..

girlfriend?

tapi apa-apa pun, aku harap dia tak datang lambat ke sekolah seperti selalu.

▃▃▃▃▃▃▃

aku duduk di dalam kelas dan mula termenung memandangkan eunchae tiada hari ni.

"ish bosannya bila tak ada eunchae. habis tu siapa yang nak temankan aku sebulan ni?"

disebabkan aku terlalu bosan, aku baring kan kepala sambil menghadap ke arah tingkap.

sambil-sambil tu, boleh lah tengok pemandangan kawasan sekitar pada waktu pagi.

beberapa minit kemudian, aku terdengar suara heeseung yang tengah tekun berbual.

pada masa yang sama, aku dengar suara seseorang tengah berbual dengan heeseung. bila aku menoleh ke belakang, aku nampak seorang lelaki berpakaian uniform sekolah ni.

tapi siapa dia ni?

suaranya, mukanya, penampilannya.. kenapa aku rasa yang aku dah pernah jumpa dengan dia dahulu?

"jaeyun, kau duduk dekat meja sebelah aku ni je lah sebab meja tu memang dah kosong pun."

"thanks bro."

jaeyun?

mungkin mereka berdua perasan yang aku memandang mereka daripada tadi, jadi heeseung menegur aku terlebih dahulu.

"park suyoon."

"y— ye?"

"kenapa kau pandang sini lama-lama?"

"kau still rasa tak puas hati dengan aku lagi? nak cari gaduh dengan aku lagi ke?"

"ish aku nak pandang pun salah ke ha?"

"aku tak cakap pun yang perbuatan tu salah."

"habis kau tu? kau pun tak puas hati dengan aku juga ke?"

jaeyun yang berdiri di sebelah heeseung sambil melihat karenah kami berdua yang seperti keanak-anakan hanya mampu gelak sahaja dan cuba untuk tenangkan kami berdua daripada bergaduh dengan lebih teruk.

"dah dah lah tu, janganlah gaduh."

"aku rasa dia pandang aku sebab dia tak pernah tengok aku lagi jadi janganlah gaduh."

jaeyun mengambil tempat duduk di sebelah heeseung dan berbual seperti biasa.

"kenapa kau back-up dia?" heeseung bertanya dalam nada berbisik.

"kenapa? salah ke?"

"tak salah pun tapi aku tak sangka yang kau tiba-tiba akan back-up dia."

"yelah. aku pelik tiba-tiba dia nak pandang kau dengan pandangan macam tu. aku takut yang kau rasa tak selesa je."

"don't know.."

"mungkin sebab dia dah tak ingat muka aku?"

beberapa minit kemudian, heeseung berbual dengan jaeyun seperti biasa. aku pula sibuk termenung.

"suyoon." suara heeseung berjaya membangunkan aku dari terus mengelamun.

"kau nak apa lagi ha?"

"nanti balik sama-sama dengan aku."

"kalau tak nak? kau nak buat apa?"

"kau nak aku tarik tangan kau depan orang ramai ke?"

hell no!

"okay fine!"

aku pun tak faham kenapa dengan heeseung. tak boleh ke kalau nak bercakap dengan aku tu mesti bercakap dengan elok-elok?

ni kalau bercakap dengan aku je, mesti macam nak cari gaduh dengan aku.

/kring, kring/
loceng pertama berbunyi dan tepat pada masanya, ssaem choi melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman lebar terukir di bibirnya.

"selamat pagi semua."

"selamat pagi, ssaem choi."

"macam mana dengan cuti musim panas kamu semua? okay ke?"

bila ssaem choi bertanya tentang cuti musim panas, satu kelas dah mula kecoh dan mereka mula bercerita antara satu sama lain.

"okay je, ssaem!"

"baguslah kalau macam tu."

"ah— lupa pula nak bagitahu. hari ni kelas kita ada student baru ye."

"sim jaeyun, sila perkenalkan diri kamu ye."

"baik, ssaem."

jaeyun bangun dan mula memperkenalkan diri kepada semua rakan sekelas barunya.

"hai, saya sim jaeyun. lebih selesa kalau dipanggil sebagai jaeyun. sila beri tunjuk ajar ye." jaeyun menunduk tanda hormat dan keadaan kelas terus bising.

biasalah, jaeyun kan handsome orangnya. mestilah semua orang boleh jadi gila walaupun hanya dengan senyumannya sahaja.

"layan jaeyun elok-elok ye. kamu semua jangan nak buli dia pula."

"okaylah. kalau dah tak ada apa-apa, saya pergi dulu ye."

"dah, jangan nak bising-bising. buka buku tu and then buat lah ulangkaji."

"baik, ssaem."

▃▃▃▃▃▃▃

WAKTU BALIK
hari ni aku terpaksa balik dengan heeseung. walaupun aku tak tahu kenapa, tapi aku tabahkan diri dan ikut sahaja heeseung dari belakang.

pada awalnya aku fikir yang kitorang akan balik ke rumah heeseung, tapi hakikatnya heeseung berjalan ke arah rumah eunchae.

"eh? kenapa kau datang ke sini pula?"

"tolong kau lah."

bip.. bip.. bip.. bip

heeseung masukkan kata laluan pintu dan masuk ke rumah seperti biasa. ibarat seperti rumah eunchae ialah rumah keduanya.

"jap, hold on. lee heeseung, macam mana kau boleh tahu password pintu rumah eunchae?"

aku betul-betul tengah bingung.

macam-macam soalan yang bermain di fikiran aku, tapi itu semua tak penting. yang penting sekarang ni, heeseung dah masuk ke rumah eunchae without my permission!

"dah, cepat pergi packing baju-baju kau. aku tunggu dekat sini."

"ambil baju yang penting je. kau tak payah nak bawa semua baju dalam almari kau tu." terangnya lagi.

"ha?"

"aduh kau ni." heeseung mengpasrah

"tak kan muda-muda kau dah lupa? kau nak pindah rumah aku kan, so pergilah packing baju kau cepat. tak kan kau nak pakai baju aku pula?"

"ah— alright. tunggu sekejap!"

aku bergegas masuk ke bilik dan packing segala baju yang aku perlukan.

rumah heeseung dan rumah eunchae tak jauh pun, jadi kalau ada baju yang tertinggal aku boleh je datang ambil.

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now