➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 11

166 16 2
                                    

"eh? apa ni?"

bila sahaja aku masuk ke dalam, di bahagian ruang tamu dipenuhi dengan hiasan seperti belon, konfeti dan juga kek hari jadi yang berwarna biru.

"selamat hari jadi, akak suyoon." taeseung datang dan memeluk badan aku dengan penuh erat.

aku menundukkan badan ke bawah sedikit untuk samakan dengan ketinggian taeseung supaya aku lebih selesa untuk bercakap dengannya.

"taeseung tahu hari jadi akak? macam mana taeseung boleh tahu ni?"

"abang heeseung yang bagitahu."

aku menoleh ke tepi untuk memandang heeseung, tapi heeseung cepat-cepat melihat ke tempat lain dan hanya berpura-pura seperti dia tidak tahu apa-apa tentang ni.

"abang heeseung yang bagitahu?"

"eungg."

"ouh, i see.."

bila aku berdiri semula, taeseung memegang tangan aku dan bawa ke meja untuk sambut hari jadi bersama-sama.

"nah." heeseung menghulurkan topi hari jadi.

"kenapa?"

"pakai lah, tak kan lah aku nak suruh kau simpan benda tu untuk dijadikan sebagai kenangan pula."

"ah—"

park suyoon, what's wrong with you! memalukan betul lah.

bila aku dah pakai topi hari jadi, barulah taeseung mula menyanyikan lagu hari jadi untuk aku.

"selamat hari jadi~"

"selamat hari jadi~"

aku tak percaya yang heeseung biarkan taeseung nyanyi seorang diri.

kenapa dia tak nak ikut menyanyi sekali?

aku memandang heeseung dengan muka yang kebingungan dan secara tiba-tiba heeseung menyanyi lagu bersama-sama dengan taeseung.

"h— happy birthday to.. park suyoon." heeseung

"happy birthday to you.."

aku meniup lilin dan mereka mengakhiri lagu dengan tepukan yang bersungguh-sungguh, tapi tidak pada heeseung.

sebenarnya dia ni ikhlas ke tak nyanyi ha. nampak macam kena paksa dengan aku je.

"akak, potong lah kek ni. taeseung tak sabar nak makan."

"okay okay. biar akak potong kan, lepas tu akak bagi taeseung okay?"

aku potong kan kek terlebih dahulu dan berikan kepada taeseung sahaja sebab heeseung tak suka makanan yang berkrim.

aku pula tak makan sebab perut aku memang dah penuh sejak pagi tadi lagi, jadi dah tak ada ruang untuk kek.

"heeseung."

heeseung menoleh dan membalas panggilan aku seperti biasa, tapi kenapa jantung aku tak henti-henti berdegup dengan laju?

"kenapa?"

suyoon, sabar. kenapa tiba-tiba kau jadi gemuruh?

"t— thanks."

"thanks? for what?"

"untuk party hari jadi ni."

"sebenarnya bukan aku yang nak buat semua ni, tapi taeseung jadi kau patut berterima kasih pada dia."

"o— ouh."

"esok kau kerja macam biasa, right?"

"haah, kenapa?"

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now