bila aku keluar daripada bilik, taeseung dan heeseung dah pun bersiap untuk pergi ke sekolah. hanya tunggu aku bersiap sahaja.
"hai akak suyoon!" taeseung berlari dan memeluk badan aku dengan erat.
"hai taeseung." aku membalas pelukannya dan pergi ke meja untuk mengambil sarapan memandangkan ada banyak lagi masa sebelum hantar taeseung pergi ke sekolah.
"morning, heeseung."
"morning." heeseung mengunyah roti bakar sambil bermain telefonnya.
"awal kau bersiap hari ni?"
"mood tengah rajin jangan ditegur."
"okay faham—"
aku makan beberapa keping roti bakar dan terus bersiap untuk pergi ke sekolah.
-
kitorang hantar taeseung, tunggu sehingga dia masuk ke dalam dan barulah gerak ke sekolah. yang pastinya aku dan heeseung tak kan terlambat.
"hm heeseung, can i ask you something?"
"memang setiap kali kita nak pergi ke sekolah kau akan tanya aku soalan eh?"
"sorry lah. aku just curious je.."
"yelah.. kau nak tanya apa?"
"kenapa malam semalam taeseung tidur dekat atas sofa bukannya dekat dalam bilik dia?"
"taeseung kata dia nak tunggu kau balik so aku biarkan je lah dia main dengan mainan dia, tapi tak tahu pula yang dia akan tertidur."
"ouh i see."
aku memandang muka heeseung dengan lama dan tersenyum kecil bila teringat balik tentang malam semalam.
patut ke aku tanya kenapa dia tertidur malam semalam? lebih better tak payah, right? yeah.. suyoon, biar kau sorang je lah yang tahu.
"kenapa kau pandang aku macam tu?"
"sebab kau terlalu handsome. sampaikan jantung aku tak henti-henti berdegup dengan laju."
please, heeseung.. aku dah bagi hint. sila lah peka. dan tiba masanya untuk saya di notice.
"kalau jantung kau berdegup dengan laju, better kau pergi check up. kau tak tahu ke benda tu bahaya untuk kesihatan?"
lagi bahaya and sakit bila dapat crush yang tak peka, lee heeseung!
"dah, jomlah. nanti lambat macam mana."
heeseung tinggalkan aku berseorangan di belakang dan nasib baiklah aku dapat kejar dia.
"ish dia ni suka sangat tinggalkan aku sorang-sorang. tunggu lah!"
"kaki kau kecil sangat sebab tu susah nak kejar aku. lain kali minum susu tu banyak sikit. ataupun kau makan tenten."
"ah tak boleh tak boleh. nanti nampak tak comel bila kau lagi tinggi daripada aku." sambungnya lagi.
"ish lee heeseung!"
▃▃▃▃▃▃▃
SEKOLAH
sampai sahaja di sekolah, aku masuk ke dalam kelas seorang diri sebab heeseung kata dia perlu pergi ke bilik kelab terlebih dahulu.sementara menunggu loceng pertama berbunyi, aku bermain telefon seperti biasa dan tiba-tiba ada mesej baru daripada eunchae.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
권은채
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승
Fanfic⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ "kenapa aku rasa yang aku tengah jaga dua budak kecil. tak silap aku ada sorang adik je." - lee heeseung "ish aku bukan budak kecil lah." - park suyoon © thesky_hoon ◩ start: 9/12/2022 end: 18/3/2023