Unknown POV
Kisah percintaan sepasang kekasih yang terhalang dek kerana timbul satu masalah. Masalah yang tidak dapat di lerai dan dibantu mahupun diubati .
Kisah antara kawan baikku dan orang yang sangat dicintainya hingga 'dia ' sanggup mengorbankan nyawanya demi perempuan tersebut.
Surat yang dikirim oleh Minseok 3 bulan sebelum pemergiannya aku tatap..
Hai...
Kau apa khabar? Aku kat sini ok jer.. maybe tak.. Bro, kau tau lah kan keadaan aku kat sini macam mana? Fizikal aku mungkin ok...tpi dlmn tak..
Hmm.... hati aku happy sangat-sangat .. macam yang aku cakap kat surat aku yang lepas-lepas, aku dah jumpa dah dengan mata hati aku..
Der.. jangan jeles k? ^^
By the way... Cinta tak semestinya memiliki... tapi aku bersyukur sebab dapat 'memiliki ' walaupun hanya untuk sementara..
Aku tahu aku ni selfish sebab nak bersama dengan You Jung ... aku takut kalau dia tak rasa perasaan yang sama... tapi aku lagi takut kalau..... kalau kitorang punya rasa yang sama...
Aku tak nak tinggalkan dia dalam keadaan aku tak ada di samping dia.. Kau .. dapat tolong aku kan?
Aku nak kau tolong jaga dia bila aku tak ada nanti.. Aku dapat rasa masa aku akan tiba tak lama lagi.
Lastly .. aku harap kau cepat-cepat balik Korea .. kita boleh outing ataupun pergi ke noraebang macam dulu-dulu.. lewat sangat dah ni.. aku tidur dulu k? Good nite Luhan, nae chingu..
Xiumin .
Balik ke Korea? Bukan aku tak nak Minseok-a ... tapi.. dalam keadaan aku macam ni...
*---*
Author POVLuhan melipat kemas surat Xiumin lalu diletakkan ke dalam sebuah kotak di mana surat-surat yang lain turut disimpan. Luhan kembali baring dan bersandar pada kepala katil.
Luhan batuk tanpa henti. Batuknya yang kuat telah mengejutkan ma nya, Puan Xi di sebelah.
"Luhan! "
*Chinese Conversation
"Ma.." Luhan duduk tegak sambil menahan dadanya yang sesak akibat batuk.
Puan Xi mengambil secawan air kosong lalu disuakan ke pada Luhan. Luhan mengambil cawan tersebut lalu meneguk rakus.
"Minum tu slow sikit.." Kata Puan Xi bimbang. 'Penyakit Luhan semakin menjadi... harap Luhan cepat sembuh nak..'
Luhan mengangguk kecil lalu memberikan semula cawan yang telah kosong kepada Puan Xi.
"Dah ok? "Tanya Puan Xi.
Luhan mengangguk lalu melentokkan kepalanya ke atas bahu Puan Xi.
"Ma..... "
Puan Xi mengusap lembut kepala Luhan. "Kenapa Luhan? "
Luhan menarik nafas sebelum memulakan percakapannya. "Ma...... Luhan nak balik Korea..."
Pergerakan Puan Xi terhenti. Luhan mengangkat kepalanya lalu memandang Puan Xi dengan puppy eye nya. "Please...."
Muka Puan Xi berubah keruh. "Xi Luhan .. kamu tau apa yang kamu cakap ni.."
Luhan mengeluh lalu mengangguk lemah. "Hmm."
YOU ARE READING
Gone Sequel
RandomKim You Jung meneruskan kehidupannya walaupun dia masih belum dapat melupakan Xiumin, walaupun sedikit.. Menjadi pianist yang termuda di Korea membolehkan You Jung menyibukkan diri. Namun kekosongan di hati masih terasa.. Siapakah yang dapat mengis...