Lee's Plan

75 12 1
                                    

Kim You Jung cuma duduk termenung di hadapan pianonya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh piano kesayangannya itu.

Mujurlah Puan Kim ada di sisinya untuk membantu You Jung menyibukkan diri You Jung buat sementara waktu. Namun, ada kalanya, penyakit You Jung ada menyerang, tetapi dia mampu mengawalnya kerana dia tidak mahu merisaukan Puan Kim.

"You Jung-a.. " Puan Kim memegang bahu anaknya sambil meramas perlahan.

You Jung sedikit terkejut. Dia kemudiannya menoleh ke belakang dan tersenyum kepada Puan Kim. "Ne, eomma "

"You Jung okey? "

You Jung mengangguk perlahan. Dia kembali memandang ke arah piano. "You Jung rindu nak dengar piano ni.."

Puan Kim memeluk anaknya dari belakang sambil menggosok perlahan lengan You Jung.  "Sabarlah nak... tak lama lagi baiklah tangan You Jung tu."

"Gomawo eomma...."

Puan Kim meleraikan pelukannya dan dia duduk di sebelah You Jung. Dia teragak-agak untuk menanyakan sesuatu kepada You Jung.

You Jung memberikan pandangan hairan kepada ibunya. "Kenapa ni eomma? "

Puan Kim menarik nafas sebelum memulakan pertanyaannya. "You Jung-a.... sebenarnya... eomma ada urusan dekat US selama seminggu start esok.." Puan Kim memandang ke arah You Jung. "Eomma sejujurnya tak nak tinggalkan You Jung dekat Seoul ni..."

You Jung memotong ayat ibunya. "Eomma..... tak apa, You Jung boleh jaga diri sendiri.."

Puan Kim menggeleng. "Tak, bukan itu yang merisaukan eomma... "

You Jung memandang ke bawah, tahu apa yang dirisaukan Puan Kim. Puan Kim mengeluh perlahan.

"Sebab itulah eomma mintak tolong Cikgu Lee kamu tu untuk benarkan kamu tinggal dengan mereka."

"Eomma...."

"Diorang dah setuju... lagipun kalau You Jung kat sana You Jung bolehlah tolong-tolong Cikgu Lee mengajar budak-budak bermain piano... "

You Jung terdiam, berfikir sejenak. Dia kemudiannya menghembuskan nafas perlahan dan mengangguk. "Arasseo, eomma. "

Puan Kim tersenyum. "Terima kasih You Jung-a .."

*---*

"You Jung-a, ni bilik kamu.." Puan Lee menunjukkan bilik tetamu yang akan digunakan You Jung selama dia tinggal bersama mereka.

Puan Kim terus menuju ke airport setelah menghantar You Jung. You Jung kemudiannya disambut dengan hati yang terbuka oleh keluarga Lee terutamanya Puan Lee yang sudah menganggap You Jung sebagai ahli keluarga.

You Jung terus tunduk tanda terima kasih kepada Puan Lee. "Kamsahamnida, Aun..tie.."

Panggilan Auntie yang sedikit kekok digunakan oleh You Jung membuatkan Puan Lee tergelak kecil. "Macam tu lah, You Jung-a ... tapi Auntie lagi suka kalau You Jung panggil Auntie eomma...."

You Jung tersenyum malu. Dia memandang ke bawah kerana masih sedikit segan dengan Puan Lee. "Tak palah Auntie .."

Puan Lee kemudiannya menarik tangan You Jung dan mereka sama-sama duduk di sisi katil.

"You Jung-a, lepas ni kita shopping nak? Ataupun kita pergi spa ...hmm tak pun kita baking nak? "Puan Lee beria-ia sehinggakan You Jung hanya tersenyum memandangnya.

"Ataupun kita ke salun? Ha! Pergi buat rambut nak? "Puan Lee memandang ke arah You Jung dengan mata terujanya.

"Aunt- "

Gone SequelWhere stories live. Discover now