Hospital Seoul
Luhan ditempatkan di ward yang sama dengan Xiumin atas permintaannya sendiri.
Luhan menoleh ke sebelah kirinya dimana Xiumin sedang berbaring bagai patung tidak bernyawa. Hanya degupan jantungnya yang lemah sahaja menentukan bahawa Xiumin masih hidup.
Luhan memandang sayu ke arah Xiumin. "Umin-a...."
Pintu wad dibuka, Puan Xi berjalan masuk dengan dua jambang bunga untuk Luhan dan Xiumin.
"Ma, "
Puan Xi memberikan senyuman kepada anaknya. Puan Xi duduk di sisi Luhan setelah meletakkan satu jambangan bunga di meja Xiumin manakala satu lagi untuk anaknya, Luhan.
"Apa Luhan? "
"Ma, boleh tak ma tolong tarik selimut Umin kat atas sikit? "Pinta Luhan.
Puan Xi mengangguk. Dia pergi ke katil Xiumin dan merapikan selimut Xiumin. Dadanya sebak apabila memandang keadaan Xiumin yang pucat bagai tiada darah yang mengalir.
Puan Xi mengusap rambut Xiumin perlahan sebelum mencium dahi Xiumin penuh kasih sayang. Puan Xi kembali duduk di sisi Luhan sambil menggenggam erat tangan Luhan .
Luhan membalas genggaman erat tangan ibunya. Dia dapat merasakan bahawa 'masanya ' hampir tiba. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk berjumpa dengan Xiumin.
Mujur sahaja Luhan hanya jatuh pengsan. Tetapi, doktor peribadinya sudah mengesahkan bahawa keadaan Luhan semakin kritikal dan hanya menunggu 'masa '.
Bagi Puan Xi, dia hanya pasrah dan berserah dengan takdir tuhan. Dia rela Luhan pergi. Tapi, hati ibu mana yang tidak sedih dan pilu apabila memandang dengan matanya sendiri anak yang dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari, sedang menghitung detik sebelum pergi buat selamanya.
"Ma.. Han harap, ma relakan pemergian Han, ek? "Penuh dengan pengharapan suara Luhan bertanya.
Masih dengan senyuman, Puan Xi mengangguk sambil meramas tangan Luhan perlahan. "Ma redha, sayang. Ma pasti, ada hikmah di sebalik semua ni... Cuma ma harap, Han tak akan lagi menanggung seksa sakit yang Luhan tanggung sekarang ni... Ma tak nak Han terseksa lagi.."
Luhan cuba untuk tersenyum, tetapi dia terus terbatuk-batuk hingga mengeluarkan bunyi dan dia hampir tidak dapat bernafas. Puan Xi segera memakaikan Luhan alat bantuan pernafasan.
"Nak ma panggilkan doktor ke? "
Luhan hanya memberikan isyarat menggeleng. Puan Xi menghembus nafas lemah.
Setelah pernafasan Luhan kembali stabil, Luhan ingin membuka alat pernafasannya akan tetapi cepat-cepat ditegah oleh Puan Xi.
"Han-a, kamu buat apa ni? Pakai je nap tu."
Luhan tetap berkeras. Apabila dia sudah dapat menarik alat pernafasannya ke bawah, dadanya terus turun naik. Namun digagahinya juga untuk bercakap.
"Ma....."
Puan Xi mendekatkan mukanya ke arah Luhan. Suara Luhan menjadi semakin kecil. Hati Puan Xi tahu bahawa masanya telah tiba.
"Ma...... Xie Xie s-sebab besarkan Luhan ..... maafkan Luhan kalau selama ni Han ada buat salah kat Ma, hampakan Ma selama Luhan menjadi anak ma..." Luhan menarik nafas panjang walaupun tersekat-sekat.
YOU ARE READING
Gone Sequel
RandomKim You Jung meneruskan kehidupannya walaupun dia masih belum dapat melupakan Xiumin, walaupun sedikit.. Menjadi pianist yang termuda di Korea membolehkan You Jung menyibukkan diri. Namun kekosongan di hati masih terasa.. Siapakah yang dapat mengis...