SEKARANG, SEOUL, KOREA.
You Jung mengambil angin di halaman belakang rumah Encik Lee, bekas guru pianonya dan Xiumin.
*A/N : Ingat lagi tak Encik Lee? Cikgu Harimau? Hehehe .. so kiranya Encik Lee kini dah 'jinak ' sikit...
You Jung yang kini merupakan pianist termuda Seoul yang terkenal di Korea dan berjaya menempa nama ke peringkat antarabangsa. Kebolehan dan penghayatannya dalam seni muzik membuatkan pendengar dan penonton kagum akan bakat You Jung itu.
You Jung melabuhkan punggung di kerusi di mana dia dan Xiumin selalu menghabiskan masa rehat selepas kelas piano mereka.
"Xiumin ........ " Nama yang sayu ditutur pemilik dua ulas bibir yang amat merindui si pemilik nama
Tangan You Jung menyentuh dan jemarinya mengusap perlahan ruang kosong di sebelahnya yang biasanya ditemani Xiumin. Tempat yang memberikan seribu satu kenangan buat You Jung.
You Jung membuang pandang ke langit yang terbentang luas. Fikirannya lapang, namun hatinya kosong. Bayu angin lembut yang menghembus membuatkan rambutnya ikut beralun sama.
Encik Lee membawa dua mug berisi cappucino yang dibeli oleh isterinya. Dia berjalan menuju ke You Jung.
"You Jung-a .. "
You Jung menoleh lalu berdiri sebelum tunduk sedikit tanda hormat. "Ne, seonsang ..."
Encik Lee memberikan mug cappucino tersebut kepada You Jung sebelum kedua duanya duduk.
"Kamsahamnida."
You Jung meniup sedikit cappucinonya sebelum menghirupnya perlahan. You Jung menala pandangan kagum kepada Encik Lee.
Encik Lee ketawa kecil. "Sedap kan?"
You Jung mengangguk sebelum menghirup sekali lagi. Automatik bibirnya menguntum senyuman.
"Sedap.."
Encik Lee tersenyum. "Kan? Cikgu beli cappucino ni dekat kedai seorang barista dekat Itaewon. Hmm.. Tak silap cikgu.... nama cafe tu ..Yongwonhi Saranghae ...Y-You Min Cafè.."
Sebutan You Min dan Umin hampir sama membuatkan Encik Lee serba salah hendak menyebutnya.
You Jung bermain-main dengan mugnya. Mukanya menunduk memandang ke bawah. "Yongwonhi Saranghae.... Xiumin .."tuturnya seraya menghembuskan nafas perlahan.
Encik Lee serba salah dan cuba untuk menerangkan maksud sebenar. "Maksud cikgu... Y. O. U . M. I. N.. You Min ."
You Jung ketawa perlahan. Dia tersenyum lalu memandang ke arah Encik Lee. Namun pandangannya berkaca. "Kwenchanayo...." You Jung kemudiannya melarikan pandangan ke arah lain.
'Yongwonhi saranghae... Xiumin. '
"You--"
Telefon You Jung berdering. You Jung mengangguk sedikit kepada Encik Lee untuk mengangkat panggilan. Encik Lee hanya tersenyum, membenarkan.
"Yeoboseyo? "
"You Jung-a, eodiya? Kenapa tak balik lagi? Show You Jung habis pukul 5 petang tadi kan? Sekarang dah nak senja ni... Kamu kat mana ni, sayang? Eomma call pemandu kamu tak jugak diangkat. "Tanya Puan Kim risau.
You Jung menggigit bibir. Dia terlupa untuk memberitahu eommanya tentang persinggahannya di rumah Encik Lee.
"Mianhae eomma. You Jung dekat rumah Lee seonsaengnim sekarang. You Jung betul-betul lupa nak bagitau eomma .."
Puan Kim mengeluh lega. "Nasib baik kamu okey. Eomma ingat ada apa-apa jadi dekat kamu."
Kening You Jung berkerut sedikit, masih rasa serba salah. "Mianhae eomma.."
YOU ARE READING
Gone Sequel
Ngẫu nhiênKim You Jung meneruskan kehidupannya walaupun dia masih belum dapat melupakan Xiumin, walaupun sedikit.. Menjadi pianist yang termuda di Korea membolehkan You Jung menyibukkan diri. Namun kekosongan di hati masih terasa.. Siapakah yang dapat mengis...