Pengorbanan.......Guilt...

139 13 2
                                    

Puan Kim merempuh masuk ke dalam wad dengan deraian air matanya. Berita tentang kemalangan You Jung amat mengejutkan Puan Kim.

"You Jung-a! "

"E-eomma! "

You Jung yang sedang duduk di katil dengan tangannya bersimen terkejut dengan kedatangan Puan Jung.

"You Jung-a, kamu tak apa-apa ke? Macam mana boleh jadi macam ni? Pemandu kamu mana? Kenapa dia boleh cuai semasa memandu? "Puan Kim memegang dan menggenggam bahu You Jung sambil digoncangnya.

You Jung terpaksa menahan sakit apabila Puan Jung menggoncang bahunya. "Err... eomma, sakit."

Automatik Puan Kim mengangkat kedua belah tangannya ke atas. You Jung tersenyum ke arah Puan Kim.

"Eomma, You Jung okey je ni. Uncle je yang teruk sikit sebab kepala dia terhentak dan dia hilang banyak darah. Sekarang dia dekat ICU. Dan bukan salah Uncle, pemandu mabuk tu yang cuai. "

Puan Kim terduduk. Bersyukur kerana anaknya tidak cedera parah. Kemudian dia mengerutkan dahinya apabila melihat tangan You Jung yang bersimen. "Tangan tu? Tak serius kamu cakap? Macam mana kamu nak main piano kalau macam tu? "

You Jung tersenyum pahit. Bermain piano merupakan satu-satunya cara dia untuk melupakan Xiumin untuk sementara waktu.

You Jung memberikan pandangan redup ke arah Puan Jung. "Tak palah eomma.. Seminggu dua nanti, baiklah tangan You Jung ni... paling lama pun sebulan."

Puan Kim duduk menegak. "Sebulan? You Jung-a, kamu tak pernah pun tinggalkan piano walau sehari.. ni sebulan? "Tanya Puan Jung risau.

Semenjak kematian Xiumin, You Jung menyibukkan diri dengan kelas-kelas piano dan show. Pernah sekali, piano kepunyaan You Jung rosak, You Jung seperti terkena histeria.

You Jung tidak henti-henti menangis dan menyebut nama Xiumin. Puan Kim terpaksa menelefon pihak hospital dan You Jung diberikan suntikan ubat penenang.

Semenjak kejadian itu, apa-apa yang berkaitan dengan piano, Puan Kim sentiasa alert. Sekarang, tangan You Jung sendiri yang cedera. Kerisauan Puan Kim bertambah.

"E-eomma...." You Jung terus menangis. Puan Kim duduk disisi katil dan memeluk You Jung erat. Rambut You Jung diusap perlahan. "Eomma dan You Jung nanti sama-sama cari cara untuk pulihkan You Jung, eo? "

You Jung mengangguk diselangi esakan. Dia sendiri juga takut dengan apa yang bakal terjadi jika dia tidak dapat 'meluahkan ' perasaannya melalui piano.

*---*
Yongwonhi Saranghae Cafe

Seperti biasa, cafe yang baru dibuka sejak 3 bulan itu penuh dengan pelanggan. Bukan sahaja pelanggan lelaki malah perempuan juga sanggup untuk bertandang ke situ bukan hanya kerana barista cafe tersebut muda dan kacak malah rasa kopinya yang unik dan enak.

Xiumin tidak lepas tangan kerana ada sahaja pelanggan yang datang. Memandangkan dia masih baru menceburi bidang tersebut, dia terpaksa bekerja sendiri kerana belum dapat mengupah pekerja yang lain. Cashier, waiter malah cleaner juga dilakukan sendiri.

"Vanila latte ice dan Cappucino sampai...Selamat menjamu selera, "Xiumin tunduk dengan manner dan tersenyum ke arah pasangan kekasih tersebut.

"Kamsahamnida, "jawab mereka serentak sebelum menyambung perbualan mereka.

"Accident dekat mana tadi? "Tanya Baekhyun kepada Taeyeon.

"Hmm.. dekat-dekat dengan jalan Cheomdamdong. Tapi kan, saya harap sangat You Jung tu tak apa-apa. Tadi saya call Auntie, dia cakap cuma tulamg tangan sebelah kiri You Jung yang retak." Taeyeon mengeluh lemah apabila bercerita tentang sepupunya itu.

Gone SequelWhere stories live. Discover now