Bab 20

13 1 0
                                    

Pada pagi itu juga mereka bersiap untuk pulang ke Malaysia.

" Abang , pergi panggil Rina, kita balik sekali " suruh Qalisha kepada abangnya.

Khalish pergi ke bilik Qairina, belum ketuk lagi Qairina terus keluar membawa bagasi.

" Eh, baru nak panggil adik " kata Khalish.

" Adik tahu, kita balik sekali" kata Qairina datar.

" Nampaknya dia tak setuju lagi , hmm" kata Khalish sendirian.

Mereka pergi ke airport dan terbang pulang ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan mereka bertiga hanya membisu. Khalish main fon , Qairina baca buku dan Qalisha lihat pemandangan luar tingkap . Yang lain bising manakala mereka seperti di dunia masing masing. Mereka pulang dengan terburu buru jadi mereka terpaksa mengambil private jet untuk lebih cepat pulang ke Malaysia.

" Sayang , tak nak tidur ke ? Sayang mesti penat kan ?". Ucap hakiem sambil menyentuh bahu Qalisha.

" Ha ?, Haah..." Kata Qalisha selepas pusing kepala menghadap hakiem.

"Pergilah masuk bilik ". Kata hakiem sambil menunjuk ke arah satu bilik yang berdekatan mereka.

Hakiem memang tiada markas di german tapi untuk bawa private jet ke sini bukan benda susah.

Selepas beberapa jam baru mereka semua sampai di tanah Malaysia. Anak buah hakiem sudah menunggu . Hakiem memanggil mereka menggunakan isyarat  mata dan anak buahnya datang untuk mengangkat beg dan mereka pun balik ke rumah arwah ibubapa Qalisha.

Setelah tiba di rumah , Qairina masuk ke dalam biliknya. Yang lain berehat di ruang tamu.

" Kita buat majlis tu esok la ye kita rehat dulu harini". Kata Datin Anis . Qalisha mengangguk .

" Qalisha uruskan majlis tu ye , Qalisha nk rehat dulu " kata Qalisha dan terus naik ke atas.

Qalisha menelefon kawan kawannya untuk menyediakan semua.

Qalisha yang masih lemah akibat tidak makan selepas majlis mereka terduduk kerana pening. Hakiem yang baru masuk ke dalam terus memapah Qalisha duduk di atas katil .

" Kenapa ni sayang ?". Tanya hakiem risau.

" Tak makan ". Kata Qalisha pendek.

Hakiem membaringkan Qalisha dan turun ke bawah untuk masak untuknya.

" Aku nak masak apa ni, aku tak reti masak sangat ". Kata dia sendirian.

" Biar mama buat la , hakiem nak masak untuk siapa?". Tanya mamanya sambil membuka peti sejuk mencari bahan bahannya.

" Qalisha, dia tak makan dari semalam ". Kata hakiem.

" Ok, sekejap mama masak bubur , pergi la tengok dia dulu nanti dah siap mama panggil ". Ucap Datin Anis.

Hakiem naik ke atas semula. Dia melihat isterinya sedang lena . Dia pergi ke tandas untuk cuci dirinya. Setelah segar dia pergi ke dapur untuk mengambil makanan dan bawa ke atas. Dia mengejut Qalisha.

" Sayang, makan dulu nanti sayang tak larat ". Pujuk hakiem untuk Qalisha makan .

Sambil menyuap makanan, hakiem memandang muka Qalisha yang sangat penat dan stress .

" Sayang , sayang ada masalah ke ?". Prihatin hakiem .

Qalisha angguk .

" Boleh cerita dengan hubby ?." Tanya hakiem.

Qalisha angguk sekali lagi .

" Hubby tak marah sayang kan ?". tanya Qalisha berhati hati sambil memandang muka suaminya.

Cruel  couple Where stories live. Discover now