02

33 9 1
                                    

"Allaaahhhhuakhbar!"

*pom pom pom pom*

Bunyi letupan bergema di dalam masjid.

Imam baru angkat takbir wei dah kena mercun.

Siapa lagi kalau bukan Hanif yang campak?

"Patut lah dia beria nak duduk saf depan" Kata Iman. Danial di sebelah hanya mengangguk.

Dah terbatal solat semua orang.

Hanif? Tak cukup tanah dia lari. Susah mat nak keluar. Dah lah dia duduk saf depan betul-betul belakang imam.

Dengan bersempit-sempit tu kan. Nak taknak memang kena rempuh je lah.

"Abah sabar bah" Tahan Naim.

Pak Imam sampai nak ambil tongkat dekat bahagian khutbah tu.

Tu kalau Naim tak tahan, pecah kepala si Hanif tu.

"Sabar abah. Ni namanya ujian bah" Pujuk Naim cuba menenangkan hati bapanya yang dipenuhi dengan api amarah.

Mampus kau Hanif. Teruk kau kena kalini.

Dalam banyak-banyak benda, mercun kau campak.

Tarik kain pelikat tu boleh dimaafkan lagi. Ini mercun kot! Terbakar bulu kaki Pak Imam tu.

Nasib baik lah orang tua tu pakai seluar. Ingatkan kena tarik kain pelikat lagi. Rupanya kena mercun.

Tapi yang peliknya, kenapa takde siapa perasan masa dia hidupkan mercun tu? Dia pakai mercun naga kot! Takkan takde yang nampak? Khusyuk betul orang masjid ni.

"Aku kesian dengan Hanif" Kata Haikal. Fahim mengangguk.

"Agak-agak kalau dia balik tu, apa jadi eh?" Soal Ayraf.

"Piat telinga?" Jawab Iman dengan ragu.

"Dia mercun pak imam kot! Takkan piat telinga je" Kata Megat.

Engkau ni! Nak suruh orang fikir pulak. Kau tunggu je lah dah nak dekat maghrib nanti.

Ni confirm! Habis je solat asar, mesti imam terus gerak pergi rumah Hanif.

Report ah buat apa lagi.

Setelah tenang dari kekecohan yang dibuat oleh Hanif tadi, para jemaah menunaikan solat asar yang terbatal sebentar tadi.

Hanif? Dia solat kat surau lah.

Takkan nak solat kat masjid. Mau kena ketuk dia nanti kalau imam nampak muka dia.

Haih Hanif Hanif. Tak serik-serik. Betul-betul troublemaker lah dia ni.

•••

Setelah ramat urusan di masjid, pak imam apa lagi? Laju je dia keluar nak report kat mak Hanif.

Perbuatan Hanif kalini memang tak boleh dimaafkan. Sebelum ni mungkin pak imam boleh bersabar.

Setakat lucut kain pelikat tu, ape lah sangat. Paling teruk pon malu je.

Ini mercun wei! Bahaya! Main nyawa woi. Nasib yang dia campak tu mercun naga. Itu pon susah pak imam nak elak mercun tu sebab meletup bersepah.

Buatnya benda tu meletup naik ke atas? Tak bertelur pak imam nanti. Satu kerja pulak nak kena ke hospital. Pastu siapa nak ganti dia imamkan solat?

Naim hanya melihat bapanya yang bergegas keluar dari masjid. Dengan cepat dia keluarkan telefon untuk laporkan pada Hanif.

"Aku dah agak dah ni semua plan kau" Kata Iman.

Naim mengalihkan pandangannya menghadap Iman. Dia hanya mampu tersengih.

"Kau tak payah nak sengih macam kerang busuk kat aku. Kau dah kenapa wei pergi plan nak mer-"

"SHHHHHH!!!!" Tak sempat Iman nak habiskan ayat dia. Laju je anak pak imam ni tutup mulut Iman.

"Jangan kuat kuat lah gila!" Marah Naim sambil pandang keliling.

"Tau pon kau takut. Plan benda ni tak beringat!" Marah Iman. Naim hanya pandang ke tempat lain.

Megat yang berada di belakang Iman hanya menggelengkan kepala. Bila lah mamat ni nak insaf?

"Kau ni kan Naim. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan bapak kau tu?" Soal Megat.

Laju je Naim pandang Megat. Mamat ni memang suka datang mengejut ke? Daripada chapter sebelum ni dia datang mengejut.

"Takde pon. Aku saja je nak prank bapak aku" kata Naim. Ternganga Iman dengar alasan Naim.

"Kau nak prank dia, prank sendiri lah woi. Yang kau suruh Hanif tu kenapa?" Marah Iman.

Entah apa lah nasib kawan dia tu lepasni. Confirm nanti dah nak masuk maghrib, bergegar satu kampung tu dengan jeritan mak Hanif.

"Tak faham lah aku dengan kau ni" Gumam Megat perlahan tapi masih lagi dapat didengari oleh Naim.

Naim menggaru kepalanya. Dia sendiri pon tak tau kenapa dia suka buat macam tu dekat bapak dia. Dia cuma suka tengok reaksi bapak dia.

D

i sisi lain, Hanif perhati dari jauh ibunya yang sedang berbuak dengan pak imam.

Dari jauh dia boleh nampak perubahan air muka mak dia.

Dari muka mak dia pon dia dah boleh tau teruk dia kena kalini.

"mampos"




aku update? wow-

Kami Anak MalaysiaWhere stories live. Discover now