"Kal!! Cepatlah!!" Jerit Asy. Jauh wei kedudukan diorang.
Si Asy dekat tabung masjid yang depan penghadang bahagian solat perempuan tu. Lepastu Haikal dekat tempat bilal nak adzan tu.
"Sabar lah! Kau keluarlah dulu. Jangan tunjuk sangat yang kau nak bersedekah!" Marah Haikal.
"Nanti aku bagi signal, baru kau masuk masjid" Arah Haikal. Asy menganggukkan kepalanya. Ikut je lah cakap pembantu dia tu.
Haikal membetulkan pita suaranya yang sedikit serak selepas menjerit. Butang rekod ditekan dan lakonannya bermula.
"Awal betul aku datang masjid ni. Sempatlah jugak kemas sikit-sikit. Budak-budak selalu sangat biarkan sejadah terbiar. Nak suruh setan yang solat ke?"
"Kepada makcik pakcik di luar sana, tolong nasihatkan anak anda untuk melipat sejadah dan letakkan di tempatnya semula setelah selesai menggunakannya"
Haikal terus memberi signal pada Asy untuk masuk.
"Uish! Ada orang masuk!" Haikal terus bersembunyi di sebalik tempat yang selalu khatib berdiri untuk menyampaikan khutbah.
"Wah Asyraf! Dia nak buat apa tu? Kita zoom sikit" Haikal terus zoom ke arah Asy.
Dia pakai iphone kot! ofcourse lah jelas sampai nampak duit 50 ringgit yang Asy nak dermakan.
"Ya allah! Baik sungguh kawan aku ni" Kata Haikal.
Dia terus mematikan video tersebut setelah duit Asy selamat mendarat ke dalam tabung masjid.
"Ok tak??" Soal Asy sambil berjalan mendekati Haikal.
"Cun lah wei! Ngam-ngam 30 saat!" Kata Haikal. Dengan segera dia send dekat status whatsapp. Tak lupa juga dengan caption "Ciri-ciri menantu yang jatuh dari syurga".
Untung Haikal banyak simpan nombor makcik-makcik dan pakcik-pakcik dekat kampung tu.
Dah sah-sah lah diorang semua tu akan tengok status dia. Makin meningkatlah gaji dia nanti.
"Hmm nah! Payment awal kau" Kata Asy sambil menghulurkan wang kertas 50 ringgit.
"Wow- Thank you boss" Kata Haikal sambil tersenyum senang. Boleh dia guna buat beli barang dekat kedai Cik Su. Boleh dia goda anak Cik Su tu sekali.
Danial yang memerhati dari luar hanya menggelengkan kepalanya.
"Tak paham aku dengan diorang berdua ni" Kata Danial pada dirinya sendiri.
Dia kemudiannya pergi ke tempat mengambil wudu' memandangkan dia lupa nak ambil wudu' dekat rumah.
Mati dia nanti kalau bapak dia sampai tapi dia tak ambil wudu' lagi.
Tak lama lepastu, dia boleh dengar bunyi motor mendekati. 3 biji motor berhenti di hadapan masjid itu.
Motor bilal, Motor pak imam dengan Motor...Fahim-
Budak ni memang dah tak boleh kawal. Nasib baik agamanya kuat. Kalau tak, malaikat pon tak mampu nak selamatkan dia.
Dan jangan tanya siapa yang menang sebab Danial tak sempat tengok. Dia tak pernah tengok siapa yang sampai dulu.
"ASSALAMUALAIKUM!!" Tegur Fahim dengan menjerit pada Danial.
"Waalaikumsalam. Aku nak maki, tapi dekat masjid, plus ada bapak aku. But serious, kau memang bodoh wei" Kata Megat dengan selamba masuk ke dalam masjid.
Fahim terkejut apabila Megat tiba-tiba mencelah. Dia tidak tahu pula Megat sudah sampai.
Menusuk ke jantung wei ayat dia. Fahim memegang dadanya bahagian kiri.
Danial mengabaikan Fahim yang sedang dalam mood dramatik, lalu masuk ke dalam masjid dengan langkah kanan. Tak lupa juga dengan doa. Fuhh sungguh idaman para wanita.
"Pahal kau pegang dada kau macam tu? Kau-"
"Aku straight bodo!" Marah Fahim pada Iman.
"Hey! Masjid!" Marah Pak Imam.
"Sorry Pak Imam" Pinta Fahim. Iman hanya tergelak, kemudian berlalu pergi dari situ.
"Semua dengki dengan aku! Aku menang kot lawan motor tadi!" Marah Fahim.
Okay! Jelas terbukti bahawa Fahim menang berlumba motor tadi.
Berlumba secara tak sah tu memang haram. Tapi, berlumba ke masjid...halal kan?
Takpe lah. Yang penting dia ada niat nak menunaikan solat dekat masjid.
Tapi, persoalan sekarang ni, mana Hanif dengan Naim? Diorang ada plan apa-apa ke?
Bukan boleh percaya budak dua ekor tu.
*****
"Kau yakin ke benda ni selamat?" Soal Hanif.
"Aku yakin! Aku dah pernah test kat adik sedara aku. Alhamdulillah hidup lagi sampai sekarang" Terang Naim.
"Rilek gila kau ni. Yang kita nak gi mercun ni bapak kau tau. Bukan orang lain" Beritahu Hanif, cuba untuk memberi kesedaran pada Naim.
"Biasa! Lagipon, bapak aku bukannya tau aku yang plan semua ni"
"Betul lah orang kata. Muka baik tak semestinya perangai pon baik. Masalahnya yang kena marah nanti aku!" Kata Hanif.
"Ala! Kau kan dah biasa kena marah. Rilek je lah" Pujuk Naim.
Ya allah! Macam mana lah orang kampung boleh tertipu dengan muka comel dia ni?
"Ok fine! Kalini aku ikut cakap kau. Make sure bagi aku upah" Kata Hanif.
"Deal!" Naim terus setuju.
Apa yang dia tak puas hati dengan bapak dia tu pon tak tau lah.
YOU ARE READING
Kami Anak Malaysia
FanficBayangkan Stray Kids tu orang melayu. Hah dah lah. Cerita ni takde plot pon sebenarnya. Saja-saja je uhuk! *tersedak* created : 010122 start : 100523 end :