The Night 🌆

358 12 0
                                    

*back to current time*

Pada malam tu Anayra teringat kejadian di sekolah nya. Sebenarnya Anayra tak pulang ke rumah tetapi dia pergi ke taman kegemarannya dan menangis di situ. Di taman itu, Anayra memiliki tempat rahasia yg tiada siapa tahu dimana tempat itu. Anayra selalu berehat di sana ketika dia sedang tertekan.

Mengingati hari itu Anayra menangis tetapi menahan suara nya supaya Amir tidak mendengar suaranya kerana bilik Amir dan tempat tidur Amir tepat disebelahnya yg cuma di halangi dinding yg agak nipis jadi suara apa pun akan terdengar. Entah bagaimana, Amir merasa tidak sedap hati malam itu dan menuju ke bilik Anayra.

Di situ dia melihat Anayra mengiring ke arah dinding sambil memeluk bantalnya seperti biasa namun kali ini dia sedar yg adiknya sedang menangis.

"Adik... Okay ke tu?" Tanya Amir.

"Eh kenapa abang masuk bilik adik" tanya Anayra cuba untuk cover yg dia baru lepas menangis dan membetulkan suaranya.

"Adik nangis ke?"

"Taklah adik okay je" kata Anayra memaksa dirinya senyum.

"Adik... Jangan tipu abang tau, adik tak okay kan? Kenapa ce bagitau?" Kata Amir.

"Adik... Kena buli kat sekolah" jawab Anayra.

"Agak dah sebab tu" kata Amir

"Hah?! Macam mana abang tau?" Tanya Anayra keliru yg abangnya tahu dia dibuli.

"Mierul ngn Nadhir kan adik beradik. Mestilah abang tau" kata Amir.

"Adik taktau kenapa diorang buli adik. Adik tak kacau diorang pun kat situ" Nangis Anayra di pelukan abangnya.

"Abang tahu.... Adik abang takkan buat apa apa yg tak baik" kata Amir mengusap rambut adiknya.

"Dia kata adik dah amik tempat dia sebagai pelajar terbaik.. jadi dia tak puas hati dengan adik" Anayra menangis dengan lebih kuat kerana semua kejadian bulinya masih segar di fikiran.

"Kenapa adik selalu kena buli ek bang? Masa sekolah rendah lagi" kata Anayra sedih.

"Ingat ni dik. Ini semua ujian Allah, dia tau adik kuat, sebab tu dia bagi ujian ni.. dia tahu adik mampu. Allah takkan bagi sesuatu ujian jika ia di luar kemampuan hambanya. Abang tau adik abang kuat kan... Adik boleh, abang percaya dengan adik" kata Amir.

"Kenapa abang konfiden sangat ni, mak ayah kak Daiyan dah lah berpengaruh kuat kat sekolah" kata Anayra tidak yakin dengan kata kata abangnya.

"Sebab abang tau satu cara" kata Amir tersenyum lebar.

370 WORDS

CINTA HATI ABANG || AMIR AHNAF X READERWhere stories live. Discover now