Lost😞

76 5 5
                                    

Tiga bulan berlalu namun Amir tak kunjung bangun. Anayra masih menaruh harapan abangnya itu akan bangun. Pergi ke hospital selepas sekolah dan setiap pagi pada hujung minggu menjadi rutin hariannya. Dia takut jika satu hari dia tidak mengunjungi abangnya, Amir mungkin pergi 'kembali' pada saat dia tak ada.

"Bang.... Bila nak bangun... Tiga bulan dah ni" Anayra sudah berada di hospital dari jam 7 dan masa melawat hampir habis.

"Bang.... Bangun lah cepat... Anay sorg sorg kat rumah tu..." Anayra skrg bangun untuk pulang ke rumah. Kemudian doktor Naim masuk ke ward abangnya.

"Anayra nak balik dah?" Doktor Naim tanya pada Anayra.

"Haah doktor, dah lewat dah ni" Anayra masih mengemaskan sedikit barangannya.

"Anayra balik ngn siapa?" Doktor Naim bertanya pada Anayra.

"Saya balik jalan kaki je.." Anayra mengusap lehernya.

"Eh lewat dah ni. Bahaya tau" Doktor Naim risau akan Anayra.

"Eh takpe takpe... Saya ok je" Anayra tersenyum cemas.

"Ni dah gelap ni bahaya Anayra sorg sorg" Doktor Naim makin risau akan Anayra.

"Takpe doktor... Saya call Nadhir ngn Mierul je lah" Anayra cuba meyakinkan doktor Naim.

"Ha baiklah kalau macam tu" doktor Naim merasa lega.

"K terima kasih doktor... Saya balik dulu ye" Anayra menunduk tanda pamit pada doktor Naim.

Macam yg boleh diteka Anayra tipu doktor Naim dan dia tetap balik jalan kaki seorang diri. Entah langit memahami suasana hatinya yg sedih hujan mula turun. Anayra tak menghiraukan hujan yg makin lebat itu, dia hanya terus berjalan walaupun badannya semakin basah. Tiba-tiba Anayra mendapat panggilan telefon daripada ibunya.

"Helo ibu" Anayra menjawab telefon itu.

"저기 이거 아나이라씨 맞나요? (Betul ke ini cik Anayra)" Anayra agak terkejut mendengar bahasa dan suara asing yg panik dari telefon itu. Untunglah Anayra mmg pandai berbahasa Korea.

"내 접니다...누구세요? (Ye saya.. ini siapa ye?)" Anayra dengan hati-hati bertanya pada org itu.

"부모님이 교통사고로 인근 병원으로 이송중임을 알려드립니다 (saya ingin menyampaikan bahawa ibu bapa anda sedang di bawa ke hospital kerana mereka terlibat dalam kemalangan kereta)" org di balik telefon itu memberitahu Anayra.

"Hah? 이거 거짓말이죠?? 재 엄마 아빠가 괜찮죠?? 아니 말도 안돼요 (ini tipu kan... Ibu ayah saya ok je kan... Ini tak mungkin)" Anayra tak percaya dia hilang dua orang dari keluarganya sekali lagi.

"아나이라씨 강해지기를 바랍니다 ... 우린 아나이라씨의 부모님을 구하기 위해 최선을 다할 겁니다. 모든 업데이트는 즉시 알려드립니다 (harap awak kekal kuat... Kami akan cuba yg terbaik untuk menyelamatkan ibubapa awak. Sebarang maklumat akan diberitahu segera)" Dengan itu panggilan pun terputus begitu juga harapan Anayra.

Anayra terus bersandar pada dinding di tepi jalan dan merasa bahawa semua dalam hidupnya telah hancur. Amir koma, ibubapa nya terlibat dalam kemalangan kereta di KOREA SELATAN. Apa lagi yg akan jadi pada dirinya. Anayra penat menghadapi segalanya. Jalan gelap yg hanya diterangi lampu jalan dan cahaya bulan, Hujan yg lebat membuatkan pandangan Anayra semakin kabur. Segalanya ibarat mendukung keadaan hati Anayra yang sedang tidak baik-baik saja.

"Kenapa semua ni jadi kat aku"

"Apa salah aku"

"Kenapa semua org nak tinggal aku"

CINTA HATI ABANG || AMIR AHNAF X READERWhere stories live. Discover now