Comfort🫶

253 10 6
                                    

*ANAYRA POV*

"Anay" suara yang lembut memanggilku.

"Eh abang" aku terkejut lalu berdiri dari kerusi.

"Emm Anayra, akak pergi dulu ye" kata kak Daiyan yang berlalu pergi sebelum aku belum sempat berkata apapun.

"Tu siapa dik?" Tanya abang Amir.

"Tu kak Daiyan" jawab aku.

"Kak Daiyan?" Tanya abang aku hairan. Wajarlah kerana dia tidak pernah berjumpa dengan kak Daiyan.

"Tu.... Orang yang buli adik" jawab aku menundukkan kepala.

"Ha!? Habistu adik okay tak!? Dia ada buat apa apa kat adik ke?" Tanya abang Amir gelabah membuat ku ketawa kecil.

"Eh dia gelak pulak. Adik okay tak" tanya abangku masih gelabah.

"Adik okay je bang... Sebenarnya adik yang ajak kak Daiyan sembang kat sini" kata aku tersenyum pada abang ku.

"Nasib baik lah... Kenapa adik nak sembang ngan dia?" Tanya abang ku pada ku.

"Tanya lah abang Mierul ke abang Nadhir ke, diorang tau lah" kata aku memeluk abang ku.

*AMIR POV*

Aku agak terkejut kerana Anayra tiba tiba memeluk tubuh ku tetapi aku tetap membalas pelukannya. "Nape ni dik?" tanya aku pada adik ku dengan pelan.

"Adik bersyukur sangat ada abang. tadi kak Daiyan nangis dia kata dia kena paksa dengan ayah dia untuk jadi yang terbaik, tapi tu bukan apa yang dia nak. Adik faham perasaan tu sebab abang ingat lagi kan masa abang marah adik belajar sampai hidung berdarah tu kan? Nasib baik masa tu ada abang yang tenangkan adik, dengar adik luahkan perasaan adik, tapi kak Daiyan takde benda tu bang. Selama ni dia berjuang sendiri tanpa sesiapa yang tolong dia. Jadi dia lepaskan amarahnya pada orang lain. Dia sendiri kata yang dia menyesal buat semua tu. Dia tak pernah terfikir pun yang dia nak buli orang. Tapi... Keadaan yang ubah dia bang." Kata aku masih dalam pelukan abang aku dan menangis. "Adik sayang sangat abang tau. Adik bersyukur and happy sangat sebab ada abang. Walaupun abang selalu kacau adik, tapi adik tahu, itu semua sebab abang sayang" kata aku menangis sambil tersenyum di pelukan abang ku.

"Alololo.... Cinta hati abang ni. Abang pun sayang adik k? Adik takmau dah sedih sedih macam ni. Kita cuma harap yang terbaik tau untuk Daiyan supaya dia boleh berubah. Adik jangan risau, abang janji takkan tinggalkan adik. Kalau adik ada masalah, abang akan tolong adik hadapi semua benda tu. Abang janji k? Dah takmau nangis dah" Kata abang sambil mengusap kepala ku dan melepaskan pelukan.

"Alololo.... Kan dah tak comel tu. Senyum sikit" kata abang amir tersenyum dan membuat ku tersenyum dengannya. "Ha ni baru adik abang. Dah jom kita balik k?" Tanya amir pada ku. "Okay abang" jawab aku tersenyum.

*3rd PERSON POV*

"Eh Anay!" Kata Mierul berlari ke arah Anayra.

"Nape bang?" Tanya Anayra pada Mierul. "Eh Phoebe!!!!" Kata Anayra yang melihat seorang gadis yang kelihatan tidak asing padanya.

"ANAYRA!!" kata gadis itu memeluk Anayra.

"Eh kau pergi mana!? Seminggu sekolah aku tak jumpa kau pun" tanya Anayra pada gadis yang bernama Phoebe itu.

"Hehe masa cuti tu aku demam sampai lah minggu lepas. Tu yang aku tak datang. Eh hai bang Amir, ambik Anay ke?" Tanya phoebe pada Amir.

"Haah" jawab Amir singkat sambil tersenyum.

"Ish asal kau tak bagitau aku" marah Anayra pada phoebe. "Harini pun sebenarnya kau datang ke tak? Asal aku tak nampak kau pun" tanya Anayra pada Phoebe.

"Aku baru sihat harini, esok aku datang. And aku nampak apa yang jadi kat Hall tadi. Baik betul kau maafkan kak Daiyan tu" kata Phoebe pada Anayra.

"Halah ada lah sebab dia. Dah bye aku balik dulu. Kang bising beruk sebelah aku ni, menyembang lama sangat kononnya padahal dia pun 2 kali 5 ja" kata Anayra menjeling Amir dengan tajam yang kemudiannya memukul kepala Anayra.

"Dah lah kau jom. Bye Phoebe, Mierul" kata Amir menarik tangan Anayra

*SAMPAI DI KERETA*

"Ish abang!!" Kata Anayra mengongcang tangannya tetapi tidak terlepas kerana genggaman Amir yang kuat.

"SAKIT LAH" jerit Anayra membuatkan Amir melepaskan tangannya.

"S-sorry dik. Abang tak niat tarik sampai kuat camtu" kata Amir.

"Dah lah" kata Anayra masuk ke dalam kereta.

Bodoh punya Amir. Kan dah marah adik kau tu. Kata Amir dalam hati.

Sepanjang perjalanan Anayra hanya terdiam kerana tangannya masih sakit dan jika dia bercakap tentu saja dia akan menangis. Dia tidak mau menangis didepan abangnya lagi. Akhirnya dia tertidur.

"Anay.. dah sampai ni. Eh tido pulak dia ni" kata Amir yang melihat Anayra tidur dengan selesa di sebelahnya. Dia tidak mau membangunkan Anayra jadi dia mengangkat adik nya masuk ke dalam rumah.

Setelah sampai ke dalam bilik Anayra, dia pun meletakkan adiknya ke atas katil dengan perlahan. "Sorry tau dik... Abang tak sengaja" kata Amir mengambil tangan Anayra untuk memeriksa jika ada terluka. Tepat dengan tekaannya, tangan Anayra lebam disebabkan tarikannya.

"Astaghfirullah.... Apa kau dah buat ni Mir" kata Amir bangun untuk mengambil kotak kecemasan. Dan menyapu ubat pada tangan Anayra menyebabkan dia bangun.

"Eh abang? Buat apa ni?" Tanya Anayra melihat abangnya menyapu ubat.

"Kenapa tak bagitau abang tangan Anay lebam... Sorry sangat sangat dik" kata Amir melihat Anayra dengan muka kesian.

Anayra kemudiannya bangun dan mengajak Amir duduk di atas katilnya. Setelah Amir duduk Anayra terus memeluk abangnya dan tentu saja pelukannya di balas.

"Ibu ngn Ayah mana?" Tanya Anayra.

"Oh lupa, ibu ngn ayah pergi jalan jalan berdua. Honeymoon kata nya" kata Amir melihat adiknya.

"So kita berdua je lah kat rumah?" Tanya Anayra lagi.

"Iyoo" kata Amir memeluk adiknya lagi.

Siapa sangka, pada masa awal Amir tahu yang dia akan menjadi abang, dia sangat membenci Anayra. Dia merasa kasih sayang dari ibu dan ayahnya akan dirampas. Wajarlah pada masa itu Amir masih berumur tujuh tahun dan tidak mempunyai adik beradik yang lain. Dia sudah menjadi anak tunggal dan terbiasa dengannya, tiba-tiba dia mendapat kabar akan menjadi seorang abang. Setelah 3 tahun berlalu tanpa dia sedari, Anayra lah seseorang yang dia sayangi sepenuh hati. Dia berjanji dengan dirinya sendiri untuk melindungi Anayra dari apa jua. Dia juga tekad untuk tidak membiarkan Anayra merasa kesunyian dan sentiasa disayangi. Kerana itulah dia tidak terima apa bila adiknya sedih. Pada masa Anayra berumur 7 tahun, Anayra terjatuh dan patah kaki. Pada masa itu, Amir tidak berhenti menyalahkan dirinya kerana tidak menjaga Anayra dengan baik. Sampai pada hari Anayra boleh berjalan semula, baru lah ibu dan ayah melihat Amir kembali tersenyum.

1070 WORDS

Author's note: Sweet betul dua beradik ni kan? Kalau lah aku ada abang macam Amir, aku pun sayang abang aku. Tapi apa lah nasib aku ni anak sulong.

CINTA HATI ABANG || AMIR AHNAF X READERWhere stories live. Discover now