° • ❥ • ๑ ° ✧*。
✧*。 ° ๑ • ❥ °
_________________________________________
Badannya disandarkan di kerusi. Tangannya pula naik memeluk tubuh, manakala kakinya disilangkan. Iris mata coklatnya pula memandang lelaki berhoodie dihadapannya ini.
Suasana Roselle Coffee yang lengang dengan manusia menjadi pilihan Danian untuk berjumpa dengan lelaki berhoodie kelabu ini.
"Apa yang kau nak tunjuk dekat aku sangat tu, hm?" dengan nada mendatar Danian bertanya. Iced Coffee yang berada di atas meja disedut perlahan sebelum kembali memeluk tubuh.
"Sebelum aku tunjuk, aku nak pesan awal-awal. Kau jangan mengamuk pula," camera Canon bewarna hitam yang tersangkut di lehernya dikeluarkan.
"Cepat lah, apa?" Danian kerling jam di tangan kirinya sekilas. Masih ada banyak masa lagi. Sempatlah dia berjumpa dengan adiknya sebentar, sebelum pulang ke rumah untuk mengemas barang-barangnya.
Dia akan membuat penerbangan ke Maldives petang ini. Adik bongsunya yang seorang ini pula sibuk ajak berjumpa. Ada sesuatu yang ingin ditunjuk katanya.
"Sorry lah ek, aku ambil masa kau sikit, angah, tapi ini benda penting aku nak tunjuk dekat kau," Hayriel menghulurkan camera bewarna hitam itu kepada Danian.
"Penting? Ceh, apa lah yang penting sangat pasal kau? Bawak camera merata-rata macam orang tak ada kerja. " Selamba Danian menyindir.
“Ish, diamlah, hobi aku, suka hati lah. Lama lagi aku cuti ni,” Kini camera hitam itu bertukar tangan. Ibu jari Danian mula menekan-nekan butang pada camera itu untuk mencari gambar yang diambil oleh Hayriel. Sehinggalah matanya tertancap pada satu gambar. Senyuman sinis perlahan-lahan terukir dibibir.
"I'm pretty sure that she is your girlfriend, isn't she?" Hayriel bertanya.
"Nah bro, she's no longer my girlfriend." Danian senyum senget. Dia letakkan camera itu di tengah meja. Tangan kembali memeluk tubuh.
"Jadi, Kau dah tak ada apa hubungan dengan dia lagi lah? Alahai, Buat penat aku je sorok-sorok ambil gambar dia tadi, tahu?." Hayriel menjuih bibir.
"Lepas tengok gambar dia dengan lelaki tu, kau fikir aku nak berhubungan dengan dia lagi? Dia bukan sesiapa dalam hidup aku pun, Kau ingat aku senang diperbodoh macam itu je ke? Hm?" kedua keningnya diangkat. Raut wajah adiknya yang mula berkerut dipandang lama.
Dia tidak menunjukkan raut wajah cemburu atau marah. Dia hanya tenang, tiada perasan. Jika perempuan itu tak mahu bersamanya lagi. Dia yang akan terlebih dahulu angkat kaki. Sampai bila nak berpura-pura tidak tahu dengan penipuan gadis murahan itu?
Dia tak pernah serius dalam mana-mana hubungan. Gadis itu yang tergilakan dia. Tapi bukan bermakna dia mempermainkan hati perempuan. Dia tetap memberi layanan yang baik.
Princes treatment.
Lagi pun Danian tidak pernah jatuh cinta sesungguh-sungguhnya dengan mana-mana perempuan.
YOU ARE READING
Eternal Love's Embrace
RomanceKarya Pertama [ONGOING] Slow Update HDQ & HIC Bermula dengan satu pertemuan yang singkat bertentangan mata dengan si jejaka di sebuah cafe' akibat satu insiden. Kemudian bertemu pula di tengah jalan apabila si jejaka menyelamatkannya dari dilanggar...