02

352 25 3
                                    


______________________________
    

     Selepas memasuki perkarangan rumah. Danian memarkir keretanya di bawah garaj berkaca bersebelahan kereta BMW M8 berwarna hitam berkilat, milik abangnya, Haqif Ezri Qian.

Danian memang duduk satu rumah dengan Haqif. Rumah bukan main besar, boleh cukup jumlah dua pasukan pemain bola untuk memenuhi rumah itu. Tapi mereka bertiga sahaja yang mendiami.

Siapa lagi seorang? Adik nombor tiga mereka, Hafeez Denny Qian.

Si Sengal dan gila-gila sikit perangainya tapi sweet. Dia manis.. manis mengalahkan gula dan madu.

Tapi dia ada satu perangai yang tak menyenangkan sikit. Alah, perangai macam buaya darat tu yang memang pantang nampak perempuan lawa sikit dah menggeletis macam ulat beluncas. Haa.. itu lah dia. Perkenalan ringkas adik nombor tiga.

Rumah yang gah itu pula memang hak milik Haqif. Mereka cuma menumpang kasih sahaja. Rumah itu direka dengan bentuk yang menarik dan di cat dengan warna hitam. Nampak malap tetapi disebabkan adanya cahaya lampu keperangan yang berada di sudut-sudut dinding menyerlahkan kecantikan rumah itu. Tambah pula pada waktu malam. Memang nampak cantik dan estetik.

Idea siapa lagi kalau bukan Haqif, yang sangat obses dengan warna hitam. Manakala adiknya si Danian ini pula lebih suka dengan warna yang cerah. Seperti putih. Hafeez Denny? Dia suka semua warna sebab dia memang suka mewarna.

Danian pula bukan tiada rumah sendiri. Dia ada sebuah rumah yang terletak dihujung bandar ini. Tidak jauh mana dari rumah abangnya. 20minit sahaja akan sampai jika menaiki kereta. Tapi dia tak memilih untuk tinggal dirumahnya. Mungkin kerana terselit memori lama tentang arwah papa mereka.

Salam diberi terlebih dahulu sebelum menapak masuk ke dalam rumah. Kelibat Haqif dicari. Dia fikir abangnya bekerja. Tapi pintu rumah tak berkunci. Keretanya juga ada. Bermakna abangnya belum pergi kerja? Atau lelaki itu naik kereta lain? Tapi pintu tak berkunci.

"Along.. " panggilannya dibalas sepi. Tidak dijawab. Kaki mula menapak menaiki tangga.

Selepas meletakan luggage di biliknya. Dia pergi ke bilik Haqif pula. Pintu diketuk. Berkali-kali. Tak di jawab juga.

Apabila diketuk berkali-kali tidak juga berjawab, akhirnya tombol pintu itu dipulas.

"Woi, Along, aku.. astaghfirullahalazim.." istighfar panjang Danian apabila melihat bilik Haqif ini. Sambil mulut ternganga serupa tak percaya. Bilik siapa ni?Macam kena rompak!

Bersepah. Buku-buku yang asalnya tersusun cantik di rak almari kini bertaburan di lantai. Kertas-kertas kerja Haqif yang banyak itu pula berselerak di atas meja.

Usai sahaja kaki menapak masuk ke bilik serba hitam itu, Bau maskulin menyusuk kerongga hidung Danian. Bilik Haqif juga bewarna hitam. Luas tapi terlihat sempit kerana warnanya yang malap.

Apa lah yang abang dia ni buat? Mengamuk ke apa? Ke ada gempa bumi semalam di sini. Maklum lah dia tak ada di Malaysia semalam.

Kini dia nampak susuk tubuh tegap memakai kot hitam dan juga bertali leher hitam yang sedikit longgar keluar dari kawasann wardrobe. Dengan wajah masam mencuka. Tapi tetap kacak dan bergaya.

"Kau kenapa ni along? Bilik tikus pun aku rasa lagi kemas dari bilik kau? Apa masalah kau ni?" tanya Danian. Dia tahu Haqif seorang yang sangat kemas dan mementingkan kebersihan. Nampak meja senget sikit pun boleh mengamuk. Apatah lagi bersepah tunggang langgang macam ini.

Eternal Love's EmbraceWhere stories live. Discover now