____________________________________
"Angah, dengan along tidur sini malam ni?" Soal puan Daliana sambil mengangkat pinggan mangkuk ke singki untuk dicuci. Dia mengajak anak-anaknya untuk makan malam bersama.
Biasalah, ada perkara yang ingin dibincangkan. Jadi dia ambil kesempatan ini untuk mengajak anak-anaknya datang kerumah.
Tapi sayangnya Si Hafeez Denny itu tak berkesempatan untuk datang. Katanya sibuk dengan urusan di cafe' sehingga malam. Sudah tentu akan terlewat untuk makan malam bersama. Kata Hafeez, dia makan di luar sahaja.
"Along balik, esok pagi kerja." Haqif yang berada di meja menjawab soalan Puan Daliana. Dia sedang mengelap meja. Hayriel juga turut ada membantu.
Tapi dia membantu cara lain. Bantu makan. Dia tengah sedap mengunyah buah epal disebelah Haqif.
"Angah tidur sini,” tutur Danian yang berada di singki dapur. Dia pula sedang mencuci pinggan mangkuk yang dihantar oleh uminya tadi.
"Kalau angah tidur sini, along pun tidur lah sini. Semalam aje pun. Esok pagi pergi lah kerja macam biasa." pujuk Puan Daliana kepada anak sulungnya. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Hayriel.
"Kenapa tiba-tiba umi ajak dua manusia ni tidur sini ni? Macam ada sesuatu je," celah Hayriel. Mata dikecilkan memandang uminya.
Dia memang macam itu. Cukup peka. Seolah-olah boleh tahu isi hati seseorang dengan melihat cara dan percakapannya.
"Eh, salah ke umi ajak? Umi rindu je. Dah lama tak berkumpul macam ni. Along dah la susah nak datang tengok umi. Si abang Denny tu pula kena tengok masanya dulu nak datang pun. Macam sekarang ni lah, dia seorang je yang tak ada. Angah tu pula tengok mood dia dulu. Kalau dia rindu umi, barulah nampak batang hidung dia," luah Puan Daliana. Mata menjeling ke arah Danian yang berada di belakangnya.
"Ala, maaf lah umi. Nanti setiap minggu along datang tengok-tengok umi, Okay? lagi pun budak Ayriel ni kan ada teman umi bila kita orang sibuk." Haqif menolak Bahu Hayriel yang sedang meneguk air kosong. Sampai tersedak budak itu ditolaknya. Tak guna betul!
"Ayriel memang ada. Nanti kalau dia dah balik sana. Tinggal umi sorang-sorang juga. Macam itu lah," rengek puan Daliana. Biasalah, manja sikit dia dengan anak-anak lelaki dia ni.
“Angah rasakan umi kena... kahwin! Baru lah ada orang teman bila anak-anak umi ni sibuk, ada suami yang sentiasa berada disisi." usik Danian sambil senyum nakal. Dia melabuhkan punggung bersebelahan Puan Daliana.
Balasannya, cubitan berbisa puan Daliana hinggap di lengan Danian. Padahnya, akibat mengusik umi dia.
“Auw! sakit, umi,” Danian gosok perlahan lengannya. Bibir digigit menahan pedih. Lantas dia menyelak lengan pendek t-shirt putih itu. Nak pastikan mana tahu berbekas. Nasib baik tak ada. Disebabkan kulitnya putih, nampak merah aje la sikit.
"Ish, daripada umi yang kahwin. Lebih baik kau orang je yang kahwin. Ada lah juga menantu boleh teman umi."
"Tak ada sesiapa lagi di hati ini, nak buat macam mana? Lain lah kalau, Angah. dia kan..." sengaja ayat itu dibiarkan tergantung. Haqif memandang Danian dihadapannya. Senyuman jahat terukir dibibir.
"Dia kan dah ada buah hati. Naqisya tu..." sambung Haqif meleret apabila menyebut nama Qisya. Danian pantas sahaja memberikan panahan mata tajam ke arah Haqif. Seolah ada petir yang sambung menyambung ke dalam anak mata masing-masing.
Tapi langsung Haqif tidak gerun. Siap menjeling sambil tersenyum sinis.
Hayriel yang menjadi perantara mereka berdua mengerut kening. Pelik. Bukan angah dengan Naqisha tu tak hubungan apa-apa ke?
YOU ARE READING
Eternal Love's Embrace
RomanceKarya Pertama [ONGOING] Slow Update HDQ & HIC Bermula dengan satu pertemuan yang singkat bertentangan mata dengan si jejaka di sebuah cafe' akibat satu insiden. Kemudian bertemu pula di tengah jalan apabila si jejaka menyelamatkannya dari dilanggar...