03

320 20 6
                                    

____________________________________

     "Aku pergi tandas sekejap, kau tunggu tau. Jaga beg aku," ujar Lilyanah. Hicass pula hanya mengangguk.

Setelah itu, Lily mencapai telefon pintarnya dan bingkas bangun meninggalkan Hicass yang sedang menghirup coffee.

Sekarang tinggallah Hicass sendiri. Ada beberapa orang pelanggan café ini yang berada di meja belakang, dihujung café ini dan juga disebelah kanannya.

Dihadapannya sekarang juga ada. Tapi seorang sahaja. Lelaki tadi.

Lelaki itu duduk berhadapan dengan Hicass buatkan dia rasa segan jika ingin mendongak kepala.

Jika Hicass memandang dia dan dia juga berbalas pandangan. Automatik mata bertemu mata. Kerana tiada Lily yang menghalang penglihatan lelaki itu untuk memandangnya.

Lelaki itu duduk bersandar dikerusi. Sambil tangannya lincah bermain di kaca telefon. Nampak fokus sahaja. Jadi tak salah kan kalau Hicass nak ushar dia lama sikit. Boleh kan?

Mata Hicass naik memerhati lelaki itu. Senyap-senyap. Dia menunduk sedikit. Dia fikir jika menunduk seperti itu. Lelaki tu tak akan nampak? Mesti la lelaki itu akan nampak jika dia mendongak memandang Hicass dihadapannya.

Lelaki itu masih mengadap kaca telefon. Nampaknya seperti sedang menunggu seseorang. Mungkin teman wanita? Itu apa yang difikir oleh Hicass.

Lama.. lama dia memerhati tindak tanduk lelaki dihadapannya.

Satu saat..

Dua saat..

Tiga saat..

Empat saat..

Lima saat...

Zap!

Lelaki itu mengangkat kepala. Mata dinginnya mencerlung tajam ke arah Hicass. Anak mata saling berlaga.

Hicass tersentak. Mata sedikit terbeliak. Terkejut apabila Lelaki itu juga sedang memandang dia sekarang.

Ketika itu mata Hicass serta merta terkunci dengan panahan anak mata coklat lelaki itu. Langsung tak dapat bergerak. Melekat sahaja pada mata dingin lelaki dihadapannya ini. Lama. Lebih lama dari tadi. Rasa seperti masa berhenti seketika.

Hicass telan air liur. Cepat-cepat dia mengalih pandangan ke arah lain. Dia dah tak keruan sekarang ni. Mata dikerdip beberapa kali bagi menghilangkan rasa malu. Coffee yang berada diatas meja diteguk rakus. Kemudian dia menunduk acah-acah melihat telefon. Malunya!

Manakala lelaki itu pula terseyum senget. Danian memang perasan wanita didepannya ini dari tadi asyik memandangnya sahaja. Tapi dia hanya buat tidakk tahu. Dan terus bermain telefon.

Dia sedang berbalas mesej dengan adiknya, Hafeez Denny. Tapi katanya dia sedang sibuk menghias kek didapur. Dia boleh sahaja untuk masuk ke dapur tetapi apabila perasan wanita ini asyik memandangnya. Dibatalkan sahaja niat itu. Dia mahu lihat sampai bila wanita ini mahu memandang dia sahaja.

"Damn, she's cute.."

Senyuman senget masing tak lekang di bibir. Nak sahaja Danian bangun dan pergi ke arah wanita itu. Tapi dia tak mahu wanita itu menganggap dirinya yang bukan-bukan.

Dan dia juga menghormatinya. Kalau di ikutkan memang dia akan bangun dan pergi ke arah wanita itu, tapi jika difikirkan semula sudah tentu wanita itu akan bertambah malu. Jadi dia biarkan saja.

Lagi pun Danian dah biasa dengan situasi seperti itu.

Lilyanah mula melangkah keluar dari tandas. Setapak demi setapak dia melangkah. Mata pula sibuk mengadap kaca telefon. Langsung tidak memandang jalan. Dia hanya mengikut langkah kakinya sahaja. Tidak memandang persekitaran. Cuma mengahafal jalan yang ingin dituju.

Eternal Love's EmbraceWhere stories live. Discover now