Sep, Sep, Sep, Tom, Tom, Tom.

251 22 2
                                    

"Sep sep sep, tom tom tom. Sep atas, tas, tas. Sep bawah, wah, wah~" Apabila tiada cikgu, Syah dan Laura main satu game dikerusi mereka sendiri. Mac dan Leona yang sedang berbual terus fokus pada mereka.

Apabila osom kalah, Syah yang kena sorok tangan belakang kepala Laura. "Nombor berapa? "

Laura diam seketika Cuba memikir. Leona nampak jari Syah tunjuk nombor berapa. Dia tersengih.

"2? "

"Salah. Haa nak apa? "

"Aish, pisau. " Laura mendekatkan jari-jarinya bersama. Seperti pisau, Syah memotong jari Laura dengan tangannya sendiri. "Nak apa? "

"Kapal terbang. "

Syah melalui tangan Laura kemudian ditampar lembut muka Laura. Mac ketawa. Comelnya permainan ni!

"Eh, ajarlah! Nak main juga! "

"Boleh."

"Ehhh! " Laura menarik tangan Syah. "Suruh Leona ajar! Dia tahu! "

Leona senyum. Dia berpaling kearah Mac. Leona ajar Mac satu-satu. Hairan juga bila Mac tak tahu main game ni. Nasib baik Leona ada. Bila dah Dua pasangan main, ianya mula tersebar seluruh kelas bila Madeline dan Jacqueline turut mengikuti.

"Mac! " Baru nak main pusingan ketiga, nama Mac dah kena panggil. Mac berpaling ke pintu. Naia.

Leona yang tersenyum tadi pudar senyumannya. Mac meminta diri dan berlalu. Seperti biasa, dia akan menolak Naia jauh dari kelas.

"Mac, I nak ajak you harini dating boleh...? " Pinta Naia. Mac senyum.

"Maaf, Ada hal."

"Hal apa sampai girlfriend sendiri tak boleh luangkan masa? "

"First of all, we've never dated before. Tak pernah sekali pun Saya cakap saya suka awak, Saya nak couple dengan awak or agree with your dating statement. No. Second, I have an actual girlfriend. She was so heartbroken when  she knew about this so I hope... "

"Ouh yeke?" Naia memasang senyum. "Siapa nama girlfriend? "

"Leona. Just- please, don't do this again okay? I respect you as a team member and you'll respect me as a senior, okay? "

"Okay."

"Great. I hope takde apa-apa issue lagi. "

"Ermm~ before kita berpisah kan, Mac~ can I get a kiss from you...? "

Mac tergamam. Apa benda permintaan budak ni? "So-sorry but I never kissed anyone so I want my first kiss to be my girlfriend..."

"Alah, kiss sekejap je! Please! My last wish, please! " Naia mula main kasar. Di tarik lengan baju Mac sehingga Mac tertarik kearahnya. Sebelum sempat Naia ambil kesempatan, Syah menarik baju Naia kebelakang.

Tangan Mac digenggam Leona. Mukanya kelihatan marah.

"Eh, apa budak kecil macam korang ni buat kat block form 5? Go to your class lah! " Marah Syah. Naia berdecit, menggigit lengan Syah sehingga berdarah. Syah meronta minta dilepaskan namun Naia taknak lepas kan. Laura terus tampar muka Naia kuat.

"If you don't want to get slap second ti-"

PAKK!!

Naia menampar pipi Laura lebih kuat. Akhirnya, terpaksa Mac masuk campur. "Naia, please~ I- I'll give you my kiss okay? Just not now! Lepas sekolah tunggu I kat bahagian motor..."

"Ouh, okay. " Naia kembali tersenyum. Macam takde apa-apa berlaku, dia berlalu dari situ.

"You wanna give your first kiss...to her...? " Tanya Leona risau. Mac mencebik. Dia dah tak tahu nak buat apa. Dia tersalah pilih ahli pasukan.

"...then I'll have your first to 100th kiss... " Leona menarik kolar baju Mac lalu dicium mulutnya. Terbeliak mata yang lain. Mereka berundur kebelakang memberi ruang pada Mac dan Leona.

Muka Leona dah kemerahan namun dia cium mulut Mac berulang kali. Ulang-ulang kali sehingga bibir mereka berdua kebas dibuatnya. Entah dah kali berapa, yang penting Leona Ada first kiss Mac.

"...jom, masuk kelas... " Leona menarik tangan Mac menuju ke kelas. Mac senyum. Leona cium dia!

First kiss dia Leona!

"Kita bila? " Tanya Laura, berpeluk tubuh merapatkan dirinya pada Syah.

"Tak sangka Leona yang pendiam tu kiss dulu. " Balas Syah, mengabaikan ayat Laura. Sengaja tidak mahu respon dan berjalan menuju ke kelas.

"Hey, Syah! "

A Little Stars Around My Scars: Senior Year ✔Where stories live. Discover now