Together, basketball!

285 15 0
                                    

Leona mengambil dua kain itu dan dipegang kiri dan kanan setiap satu. "Mac, ini atau ini? "

Mac yang berbual dengan Cashwer dikerusi sebelah berpaling kearah Leona. Dia berkerut. "Ungu."

"Kenapa tak merah? "

"Err~ sebab saya suka ungu? "

"Ouhh~" Leona angguk. Dia sambung buat kerja dia. Mac berkerut. Dia merapati Leona dan menjenguk pekerjaan dia. "Awak buat apa tu? "

"Saya tengah belajar jahit dengan mama."

"Lah, nak jadi pereka fesyen? "

"Boleh juga. Macam Rizalman. "

"Cantik! Saya nak jadi pemain bola keranjang paling famous di antarabangsa! "

Leona senyum. "...semoga berjaya. "

"Thanks! Lepastu kita boleh kahwin." Ujar Mac spontan. Leona hanya tersenyum. Mac ni macam-macam. Leona berpaling kearah Mac namun muka mereka terlampau dekat. Masing-masing terus menjauh dengan muka yang kemerahan.

"So-sorry! "

"Takpe... "

Alahai, sekarang semuanya jadi awkward. Syah meletakkan tangannya dimeja Leona. Terkejut Leona tiba-tiba Ada tangan. Sempat dia mengucap dulu.

"Wah, cantiknya!" Syah memuji. Merah padam muka Leona apabila lukisannya dipuji. "You want to be a cartoonist? "

"Dia nak jadi fashion designer! " Tegas Mac. Bila dia tinggikan suara macamtu suara dia macam kartun buat Syah ketawa. Laura yang duduk didepan berpaling kebelakang.

Leona sedang melukis.

"Buruknya."

Dengan selamba Laura memadam lukisan Leona. Benar-benar menaikkan kemarahan Mac dan Syah. Syah terus tarik telinga Laura tinggi-tinggi. "Minta maaf. "

"Adeh, adeh! Ya! Ya! Minta maaf! "

"Betul-betul! "

"Ya! Leona, aku minta maaf! Aduh!! "

Leona senyum dengan setitik air matanya jatuh atas kertas. Dia sambung lukis dengan tangisan syahdu. Syah terus tarik telinga sebelah lagi.

"ADOII!!! "

Leona sekarang ramai bodyguard. Memang kenalah kalau kacau Leona sikit pun.

"Mac! " Hazrel, lelaki yang duduk didepan sekali memanggil. "Ada budak nak jumpa kau! "

Mac berpaling ke pintu. Naia. Mac terus bangun dan berjalan kearahnya. Ditolaknya jauh sedikit dari kelas.

Leona berpaling kearah Mac. Dia nampak sedikit bentuk badan budak tu. Setelah beberapa minit, Mac masuk sambil masukkan sesuatu dalam pocket.

"Siapa tu? " Tanya Leona.

"Junior basketball. Saja jumpa tanya fasal next practice. "

"Ouhh~" Leona angguk je walaupun dia ragu-ragu. Sebenarnya dia rasa itu seseorang yang dia rasa dia tahu namanya. Cuma dia taknaklah keruhkan keadaan.

"Ouhh, by the way petang ni Saya akan practice basketball dekat court taman! Teman Saya nak? "

"Boleh."

"Nak ikut! " Syah angkat tangan Laura. Laura mengeluh. Inilah jadi nya bila dia nak sangat bercinta dengan budak kaya.

"Boleh! Bawa makanan tau? Sebab aku akan kelaparan! "

"Boleh! " Syah terlompat-lompat. Teruja betul dia nak teman pergi court.

Leona mencebik. Makanan? Apa yang dia boleh bawa untuk Mac?

"Leona, you pergi court juga? " Tanya Jacqueline yang sedang berbual dengan Hasell. Leona angguk kepala. Kakak dia tak kerja harini rasa nya boleh hantarkan kesana.

"I ikut! Joanna pun main juga! " Madeline angkat tangan. Tiba-tiba semua perempuan angkat tangan kata mahu ikut.

Tergamam si lelaki.

"Eh bro, kita main bola jom petang ni." Ajak Hafreez. Tiba-tiba semua lelaki join dan merapati Hafreez.

"Member support member! "

Yang lain hanya ketawa dengan perangai si lelaki. Syah ketawa juga. Berkerut dahi Laura tengok Syah ketawa untuk lelaki. Dia tarik tangan Syah dan mencubit pipinya.

"Adeh, adeh! "

"You suka lelaki mana tu? "

"Hah??? "

Leona tergelak tengok dua orang depan ni. Yang penting sekarang dia kena fikir dulu nak bawa apa.

Haih, bagi orang yang bishe-bishe macam dia ni minta tolong mak jelah mampu.

A Little Stars Around My Scars: Senior Year ✔Where stories live. Discover now