Mereka kini balik ke dorm sewaktu pukul 12. 05,yang paling hairan bagi mereka adalah di dewan ramai murid, keluar sahaja Sunyi semacamTiada satu pun yang berada di koridor untuk ke arah asrama murid, mereka melihat sekeliling , mana tahu ada jalan lain yang mereka guna kan.
"eyyy, mana yang lain weh? Padahal tadi ramai kot dengar suara gelak tawa lagi, datang je sini sunyi semacam..." tanye yoshi sambil memerhati semua kawasan
Yang lain hanya geleng sahaja kepala menanda mereka tidak tahu,
Tiba tiba......
"sabar!" kesebelas sahabat itu memandang hairan pada tuan badan yang menyuruh mereka berhenti
"kau asal nak berhenti kat sini pulak haruto?" bisik asahi geram, ada ke orang nak balik dorm cepat tapi dia suruh berhenti pulak kat situ tak tahu ke dah lewat malam?
"shh" jari nya menutup mulut asahi supaya diam sekejap
"macam mana kita nak lalu kawasan tu erk?" haruto memandang sahabatnya dengan muka cuak
"lah jalan je lah, kau asal-" ayat mashiho terputus apabila Hyunsuk menjerit
"HAAA!!! ADA BENDA LOMPAT KAT SITU!!" semua memandang ke arah yang hyunsuk tunjuk, seketika wajah tenang mereka berubah kepada muka takut dan cuak
"bahbi jangan jerit la sab-sabar"
jihoon cuba tenang kan mereka semua yang jerit ketakutan, sudah la malam orang tidur mereka ni pula terancat otak mahu mereka kene tahan macam semalam, padahal dirinya pun takut juga
"weh asal dia pandang kita? Ape benda tu woi?!" mereka sudah meremang bulu roma ketakutan,
"takde jalan lain ke? Asal benda tu perhati kita dho" bisik jeongwoo sambil memegang belakang baju haruto yang tak bergerak,
Mereka nak sahaja pusing balik, tapi memandangkan mereka punya hanya ada satu lorong paling dekat untuk ke dorm mereka, jadi mereka selalu guna jalan ini
"ki-kita ikut jalan jauh je lah dari bertembung dengan benda putih tu" cadang junghwan
Mereka terpaksa ikut jalan jauh untuk ke dorm mereka, dengan terpaksa mereka......
"LARI WOI LARI!!" jerit yedam sambil lari pecut
Ye mereka lari dari mengelak benda putih itu mendekat, tapi mereka salah.
Benda itu mula mendekat, jeongwoo merasa sesuatu panas di belakang, dia sangat pasti jika benda itu tidak mengikut mereka,
Benda itu mula mendekat ke arah jeongwoo, memandangkan dirinya seorang sahaja lari laju tapi tetap di belakang,
Jeongwoo lantas pandang ke belakang, dengan jelas dirinya melihat benda itu melompat ke arahnya, muka dia terasa ingin menangis.
"hisk hisk.... Weh korang!! Benda tu woi" jerit jeongwoo sambil cuba lari dengan pantas
Tapi mereka tidak mendengar, sehingga lah yang lain sudah naik ke tangga menuju ke dorm mereka dengan cepat, tidak dengan jeongwoo ketakutan sambil menjerit, dirinya penat bila menjerit dan berlari
Dia pusing ke belakang melihat benda itu sudah hampir mendekat, dirinya ingin pusing ke hadapan balik tetapi dia tidak melihat ada dinding di situ membuat jeongwoo melanggar dinding dengan kuat lalu jatuh pengsan,
"Fuh selamat! Bahbi dho benda tu malam malam" geram yedam sambil baring di atas katil nya
Mereka juga baring ada di lantai ada di katil, penat berlari tadi.
YOU ARE READING
SECRET X TREASURE (COMPLETE)
HorrorDi mana 12 sahabat yang berpindah di asrama baharu. info atau tentang sekolah ini mereka tidak mengambil tahu kerana mereka anggap asrama ini biasa seperti asrama lama mereka.di mana 50 tahun lalu hospital yang dahulu di jadikan asrama pada waktu i...