Chapter 13

51 5 0
                                    


Sekolah kita?!

mata milik mereka berdua belas terbuka luas tatkala Tekejut melihat gambar sekolah itu lain dari yang sekarang,

"like seriously la? Tak macam sekolah kita pun dho" ucap haruto tak percaya

"dari yang aku nampak macam......" sengaja ayat yang junkyu ucap kan itu di belakang tidak bersambung

"hospital?!"

Ye hospital, tidak pelik jika dulu sekolah yang mereka duduk itu adalah hospital, banyak sahaja sekolah begitu namun di dalam gambar tersebut seperti hospital yang kelihatan cantik tidak macam sekarang,

Dan tertulis di atas gambar perkataan

50 tahun akan datang

"lima puluh tahun akan datang? Bermaksud sekarang la an?" tanye yedam sambil melihat gambar yang dia pegang itu

"boleh di katakan sekarang, tapi kenapa dengan lima puluh tahun akan datang?" tanye jaehyuk sambil memandang ke arah member member yang lain

"entah la..... Eh kejap! Korang ingat tak yang cikgu  tersasul lima tu?" tanye junghwan

"lima... Lima.... Oh ye! Waktu tu cikgu nak kata kali ke Tiga puluh an?" tanye jeongwoo minta kepastian

Junghwan angguk menanda ye benar, itu di saat sebelum mula gotong-royong

"kenapa? Korang rasa lima tu kaitan dengan sekolah ni ke?"

"tak tapi entah sikit je kot aku rasa kalau ada pun"

Ada apa?

"tak faham la badak, kau jangan la guna bahasa badak kau tu" marah junkyu

"aku tahu la kau bukan manusia, kau acah acah faham sudah la" santai jaehyuk mengatakan

"ape kau cakap? Kau nak kata aku haiwan ke ha?!" terus kepala jaehyuk di hempuk perlahan oleh junkyu

"dah dah focus" arah mashiho, kejap lagi karang timbul perang kat sekolah ni kalau tiada yang menghentikan

Surat di katil di ambil oleh asahi lalu dia mula membaca

10.7. 1973

Surat ini khas kepada Lima puluh tahun yang akan datang......

Surat ini bertujuan menceritakan atau memberi tahu kepada kamu semua kisah di sebalik sekolah yang kamu duduk ini atau lebih tepat asrama.....

Hal misteri selalu saja terjadi kepada kamu semua mulai dari awal kamu sekolah....

Tidak hairan jika benda itu berlaku kepada kamu semua, kerana sekolah asrama yang kamu duduk ini adalah hospital terbesar di sini, namun semuanya akan berubah pada tahun hadapan, kawasan yang di tutup hutan tebal

akan berlaku bila bila masa sahaja benda yang menimpa kalian , dah akan kamu semua jumpe dua dari kami bertujuh ini, beliau sudah jumpe kalian namun belum bersedia untuk membuka cerita..

Sekian dari hospital dream

Oh wow agak menarik selepas membaca ini tidak kalah dengan ahli treasure.... Seperti mimpi membaca surat lima puluh tahun yang lalu,

"hospital dream? Ada ke hospital ini wujud?" tanye Hyunsuk sambil memandang balik gambar yang mereka lihat tadi

"entah kejap" junkyu membuka Phone milik nya dan search sesuatu mungkin berkaitan sekolah ini

Search : hospital dream

Hospital dream sudah ketinggalan lima puluh tahun lalu, dan menjadi asrama, latar belakang sekolah ini di rahsiakan oleh pihak sekolah atau tepat hospital.....

Ketahui lebih lanjut.

"erm memang ada tapi, latar belakang di rahsiakan...." ujar junkyu kecewa sambil menutup Phone balik

" aku dah tak tahan la sekolah sini...." sambung junkyu sambil mengeluh

Mengapa sekolah ini lain dari yang lain.....

"macamana pun kita kene juga, sebab ini lah salah satu sekolah yang kita mohon kepala arwah mak bapak kita juga ..." pesan jihoon

"dah pukul berapa?" tanye mashiho tiba tiba

"erm pukul 3 am, asal? Kau dah ngantuk ke?" tanye yedam sedari dari tadi sahabatnya gosok mata lalu menguap apabila mereka berborak pasal kes tersebut

"entah mungkin - haumm" sudah menguap mashiho di buatnya, dia bukan tak boleh tidur lewat, tapi mata tidak mengizinkan

"Takpelah jom tidur, esok kita sambung" ajak doyoung sambil mengambil bantal lalu tidur di sebelah mashiho yang sudah terlelap penat agaknya

Mereka pun tidur dengan nyenyak tanpa bising lagi, anggap benda yang terjadi tadi hanyalah mimpi, surat serta gambar yang terselit itu di letak dalam laci meja milik jihoon

"akan ada suatu hari kalian tahu latar belakang sekolah ini" terus menghilang Sosok itu selepas melihat para anak treasure sudah di buai mimpi

"bila kita nak munculkan diri?"

"nanti dulu, kita kene buat arahan terakhir dia dulu"

? Hanya angguk dan menghilang diikuti yang lain

SECRET X TREASURE (COMPLETE) Where stories live. Discover now