sudah seminggu arwah baby pergi,
aulia duduk di bilik arwah ibunya,sambil memeluk baju arwah.
ayahnya datang duduk disebelah aulia..aulia menjarakkan dirinya.
"adik...ayah tahu ayah byk buat ibu menangis,byk buat ibu marah..tp ayah tetap ayah adik..ayah syg adik,ayah syg anak anak ayah"ujar ayahnya dgn nada lembut.
aulia masih membatukan diri..dia masih mencium baju arwah ibunya.
"makcik leha dah cakap dgn ayah yg dia nk jaga korang adik beradik,ayah setuju tp ayah nak jaga aulia..biar ayah tebus silap ayah,ayah janji yg aulia akan hidup lebih baik selepas ini..ikut ayah balik KL..ye dik?adik sekolah kat sana,KL best dik..nk tak"
kata kata ayahnya membuat aulia menjeling ayahnya..dan berkata.
"taknak!adik taknak ikut ayah!biar lah adik duduk dgn makcik leha..adik taknak ikut ayah"
ayahnya mengeluh perlahan,dia faham kenapa aulia jadi begini..punca semua dr dia sendiri.
"yelah..ayah tak paksa"ayahnya bingkas bangun,lalu meninggalkan aulia bersendirian di dlm bilik.
aulia menangis..."ibu..kenapa ibu tinggal adik..adik taknak ikut ayah..ayah jahat..ibu....adik rindu ibuu"
lalu tertidur dlm keadaan memeluk baju ibunya.
***
Aulia sedar dari tidur,dia mengosok gosok matanya..dia pelik.
"aku kt mana ni??"
dia bangun lihat sekeliling,ni bukan kat rumah kg ni..ni kat mana??
dia keluar dr bilik..dia melihat ayahnya dan seorang perempuan yg dia tidak kenal sama sekali.
"ayah....adik kat mana ni??"ujar aulia mahu kepastian.
setahu dia..last dia sedang tidur di bilik arwah ibunya.
"ayah....adik kat mana sekarang ni??!"aulia meninggikan suara,mengigil dia ingin kepastian.
"adik kat KL..maafkan ayah,ayah mahu tebus kesilapan ayah terhadap ibu,ayah akan jaga adik mulai sekarang"
aulia macam tidak boleh terima,dia menjerit lalu berlari ke bilik..pintu bilik dihempas kuat.
damm!!
perempuan yg tadi hanya diam lalu berkata.
"tu anak manja kau tu??tu anak kurang ajar..bkn anak manja,aku taknak bela anak macam tu..buat semak jela dlm rumah ni"ujar perempuan itu..isteri barunya..rokiah.
"kau ni..mak dia mati sebab aku tau tak,aku nk tebus salah aku..aku nk jaga dia..kau tak payah nk susah susah jaga dia,biar aku uruskan semua"
"okay...aku nk tgk kau uruskan anak kau tu..diri sendiri pun tak boleh urus,lagi mau urus org..gila..sudah la..aku nk keluar"
"keluar lah kau,dalam rumah pun bukan boleh buat apa..ada bini serupa takde..dah keluar la kau"
aulia mendengar dari dalam bilik,dia menangis.
"ibuu....adik takut...tolong adik ibuu"
macam2 aulia fikir,apa akan terjadi.
aulia ketakutan.
**
YOU ARE READING
journey siti aulia
Adventure"aku boleh je hidup tanpa lelaki,sebab lelaki lah hidup aku macam ni..semua tak boleh harap!semua menyusahkan hidup aku!semua perangai macam cilake!semua perangai macam bapak aku..tak guna!" ** akan tetapi..dia sedar yg dia tidak boleh hidup tanpa l...