Before that...sorry sbb chapter atas mcm confius sikit, sekejap alang, sekejap angah🥲... Btw, alang ye (dh diperbetulkan)
........................
Jam menunjukkan pukul 8.20 malam. Majlis akan berlangsung pukul 8.30 malam. Kesemua ahli keluarga telah pon berada di kawasan majlis candlelight dinner. Tetamu mulai hadir berpakaian elegen dan mewah.
Suasana malam yang sangat indah diterangi bintang-bintang juga hiasan lampu cantik dililitkan di pokok-pokok di sekeliling taman.
Usai jam 8.30, semua tetamu yang dijemput telah memenuhi kerusi-kerusi yang dikhaskan untuk mereka. Perarakan masuk pengantin yang diiringi oleh adik-beradik dan kawan-kawan.
Hayyan hanya mengenakan tuxedo hitam manakala Zya tampil anggun dalam dress labuh merah tanpa lengan. Rambutnya pula dilepaskan beralun dek angin malam. Mereka berjalan beriringan menuju ke meja makan pengantin.
Majlis kemudian berlangsung dengan bacaan doa dari Danish Hayman. Diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih dari TS Amirul.
.
.
.Ahli keluarga dan tetamu mula makan bersama sambil menyaksikan persembahan nyanyian dari beberapa ahli kumpulan yang dijemput bagi memeriahkan majlis.
Sedang asyik menikmati makan malam, Samsung 11 milik Hayyan berdering. Hayyan menggeser button hijau.
"Hello... Yes i am. Who's this ?" Soal Hayyan kepada si pemanggil.
Namun si pemanggil tidak menyahut. Hayyan berkerut. Scammer ke ?
Tanpa tunggu, Hayyan mematikan panggilan. Memang tidak suka layan orang yang main-main ni. Makanan disuap kembali dalam mulut. Selang beberapa minit. Nada deringnya berbunyi lagi.
Hayyan menjawab dan menyapa gerangan dalam talian. Senyap ~~~
Dia merengus kasar lalu mematikannya lagi. Makanan dihabiskan untuk suapan terakhir. Air diteguk untuk hilangkan dahaga. Tak lama kemudian, telefonnya kembali berdering.
Nombor pendail ditatap. Yup, orang yang sama. Hayyan angkat tapi kali ni dia senyap. Tahap kesabarannya sangat tipis. Lama dia tunggu orang di sana bersuara. Hayyan tunggu, beberapa saat kemudian, ada bunyi suara wanita memanggil namanya.
"Daniel--"
Hayyan diam sejenak. Hairan siapakah si pemanggil yang dia tidak kenal tetapi mengenali namanya.
"Who?" Soal Hayyan tanpa nada.
"I-i love you... You'll be mine one day."
Hayyan berkerut. "Who's there?"
"I'll make sure that will happen, darling." Kata si pemanggil dengan nada psycho dan mematikan phone.
Hayyan tergamam seketika. Apakah?
Melihatkan Daniel Hayyan yang seakan membatu, Hayman bertanya.
"Yan...sape tu?"
Hayyan hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu. Namun dalam hatinya masih tertanya-tanya siapakah gerangan si pemanggil.
_skip_
Jam hampir menunjukkan jam 10.15 malam. Tetamu masih ada yang belum pulang. Maklumlah, dalam kad jemputan tertulis masa (8.30-11 pm).
Zya berdiri di tepi meja panjang yang dipenuhi pelbagai dessert. Terliur nak makan tapi rasa kenyang, tapi nak makan. Macam tulah.
Angin malam menyapa dirinya. Rambutnya yang ikal mayang berwarna dark brown beralun lembut. Kedua tangannya naik mendakap tubuh. Terasa sejuk pula bila masa semakin larut malam.
YOU ARE READING
Suamiku...Siapa Sebenarnya ? •O_G•
RandomKahwin paksa ? Hayyan hanya reda. Kata ayahnya tidak boleh dibantah walau hatinya tidak rela. Mengahwini seorang gadis yang baru sahaja dia kenal, kerana satu tragedi. Ezyani, gadis muda yang kehilangan kedua ibu bapa. Hanya tinggal dia dan seora...