Tiba di satu lorong, gadis itu berhenti. Cuba menyembunyikan diri.
Nafas ditahan.
"Mana dia pergi ?" Soal satu suara kasar.
"Aku rasa dia menghala ke sini tadi."
"Ish...sini jalan mati. Mesti dia tak dapat lari. Kita tengok di sana." Suara tadi menghilang jauh.
"Hah hah hah..." Nafas ditarik. Sedaya mungkin ditahan air mata. Iphonenya di keluarkan dari poket seluar. Cuba dail satu nombor.
"Hello...Shah, please take me...."
.
.
."Hayyan !!!" Panggil mama dari tingkat bawah.
Terpisat-pisat mata Hayyan. Mulut menguap dikatup.
"Hayyan !!!" 'bam' pintu dibuka.
"Ye ma... Yan bangun lah ni." Kata Hayyan sambil menggosok mata.
"Bangun lah. Tidur lagi. Solat subuh tak tadi ?" Garang mama bertanya.
"Solat lah ma...." Jawab Hayyan seraya bangun dari katilnya. Takleh tidur balik, nanti tak pasal-pasal katil basah dek siraman Puan Sri Dalilah jap lagi.
Tuala disambar melangkah masuk ke bilik air.
"Cepat sikit." Kata mama sebelum meninggalkan bilik itu.
15 minit dirinya ambil untuk membersihkan diri. Kalah perempuan...hahahahhaha
Baju t-shirt hitam dan seluar panjang dipakai sebelum turun ke dapur.
Meja makan didekati. Bihun goreng yang di masak mama diambil meletakkan ke dalam pinggan.
"Ma...buat apa tu ?" Soalku melihat mama sedang potong sayur.
"Mama nak masak lah."
"Aik...ni makanan."
"Untuk lunch lah Hayyan. Tulah akibat bangun tengah hari. Nasib teruna bukan dara." Bebel mama.
"Penat lah ma... Mama tak pergi butik ke sekarang ?"
"Tak...mama dah berhenti. Angah yang jaga sepenuhnya. Mama pergi tengok-tengok aje kalau bosan."
"Oooo...hurm, mama dah bersara. Hehe, papa bila lagi ?"
"Entahlah Yan...papa kamu tu, mama ajak suruh duduk rumah sama-sama, dia taknak. Tak biasa katanya."
"Lah...kiranya bukan along lah yang pegang syarikat tu lagi."
"Memang along pegang. Tapi segala urusan kendali bawah papa."
Hayyan mengangguk faham.
"Kamu ni bila masuk kerja ?" Soal mama.
"Cuti sebulan. Nanti dapatlah jadual tu."
"Dah ada yang panggil ke ?"
"Dah...masa seminggu akhir exam, dah ada yang call."
"Alhamdulillah. Syukur lah macam tu."
"Ma... Arul tak balik lagi ke ?"
"Entahlah..katanya kelas pagi jer. Petang takde dah. Kenapa ?"
"Takdelah. Err ma... Yan nak keluar ni. Nak jumpa member. Yan tak lunch kat rumah kot."
"Yan gi dulu tau. Bye~"
.
.
."Panggil kakak kamu makan." Arah Datin Rohayu kepada anak keduanya, Ku Raina Ezliya, 20.
YOU ARE READING
Suamiku...Siapa Sebenarnya ? •O_G•
DiversosKahwin paksa ? Hayyan hanya reda. Kata ayahnya tidak boleh dibantah walau hatinya tidak rela. Mengahwini seorang gadis yang baru sahaja dia kenal, kerana satu tragedi. Ezyani, gadis muda yang kehilangan kedua ibu bapa. Hanya tinggal dia dan seora...