P.S Dalilah berpelukan dengan Datin Rohayu.
"Kau ingat tau pesan aku." Ujar Datin Rohayu. P.S Dalilah mengangguk faham.
Zya dan Liya memeluk Datin Rohayu erat.
"Why kami tak boleh ikut mummy ?" Soal Liya sedih.
"Kamu kan ada kelas...nanti tertinggal, susah pula." Balas Datin Rohayu sambil menggosok kepala anak bongsunya itu.
T.S Amirul dan Dato' Ezman bersalam dan berpelukan gaya lelaki.
"Aku harap kau tak pape di sana. Balik cepat bila urusan dah siap." Pesan T.S Amirul prihatin. Amat berat untuknya membiarkan sahabatnya itu pergi ke bumi London tika ini.
"Yelah Yoe...dari semalam kau asyik dok uuulang yang sama." Ujar Dato' Ezman berseloroh. Tahulah dia sahabatnya itu risau.
"Zya...jaga syarikat elok-elok."pesan Dato' Ezman kepada anak sulungnya.
Zya mencebik bibir. Daddynya dihampiri dan dipeluk. Begitu juga Liya.
"Daddy,mummy....please don't go...i really feel something might happen." Pujuk Zya dengan suara yang hampir menangis.
Dato' Ezman dan Datin Rohayu memandang Zya yang sudah bengkak matanya akibat semalam.
Semalam anaknya bermati-matian memujuk mereka untuk membatalkan rancangan ke London bagi menyelesaikan masalah kerja di sana.
Zya memberitahu akan hatinya berasa tidak enak dan berfikir sesuatu akan berlaku.
"Zya...think positive. Fikiran kamu je tu." Nasihat Datin Rohayu. Zya menggeleng laju.
"Zya.....selesai aje masalah kat sana, daddy dengan mummy baliklah...jangan fikir bukan-bukan." Ujar Dato' Ezman pula.
Anak-anaknya dipeluk erat.
"Liya...nanti habis belajar, tolong kakak di office." Pesan daddy mereka.
"Daddy.... Lambat lagi Liya nak grad...don't say something like that." Liya marah plus takut.
"Okay-okay. Dah, flight kami dah nak berlepas dah ni."
"Sini..." Pamit Datin Rohayu memeluk anak-anaknya erat. Sejujurnya, bukan Zya sahaja yang merasakan sesuatu bakal berlaku, malah dirinya juga merasakan hal yang sama. Sebab itulah dia berkeras untuk mengikut suaminya ke luar negara.
"Ila...ingat janji kita tau." Pesan Datin Rohayu kepada P.S Dalilah.
"Ye...aku janji." Balas P.S Dalilah sedih.
"Kau pon, Yoe..." Tangan disalam kali terakhir dengan T.S Amirul.
"Hurm....take care, Man."
"Hayyan..." Panggil Dato' KuEiz. Hayyan menoleh.
"Uncle percayakan kamu untuk jaga anak-anak uncle."
Hayyan senyum seraya mengangguk.
.
.
.Keluarga Tan Sri Amirul berjalan dari kawasan lapangan terbang.
Yang pergi untuk menghantar Dato' Ezman dan Datin Rohayu hanyalah, T.S Amirul, P.S Dalilah, Hayyan, Zya dan Liya juga Shah dan Haz, bodyguard mereka.
Anak-anak T.S Amirul yang lain sudah bersalam dan bertemu mata ketika di rumah.
"Uncle, aunty... Shah dengan Haz bertolak dulu." Ujar Shah. Dia dan Haz diberitahu untuk memanggil mereka dengan gelaran uncle dan aunty kerana kedua pasangan itu tidak suka dipanggil dengan gelaran mereka oleh orang yang mereka kenal.
YOU ARE READING
Suamiku...Siapa Sebenarnya ? •O_G•
RastgeleKahwin paksa ? Hayyan hanya reda. Kata ayahnya tidak boleh dibantah walau hatinya tidak rela. Mengahwini seorang gadis yang baru sahaja dia kenal, kerana satu tragedi. Ezyani, gadis muda yang kehilangan kedua ibu bapa. Hanya tinggal dia dan seora...