10

25 3 0
                                    

Kereta Hyundai hitam menapak masuk ke perkarangan rumah sekitar 9 pagi. Hayyan keluar dari keretanya. Sempat hirup udara di sekitar rumah setelah beberapa hari terbang ke negara orang atas urusan kerja.

Hayyan jongket kening melihat bilangan kereta yang lebih dari biasa.

Tak sempat Hayyan nak bagi salam, pintu terbuka dari dalam, maka tersembullah muka mama kesayangannya, Puan Sri Dalilah.

"Assalamualaikum, mama." Ucap Hayyan mendekati mamanya, tangan syurganya dikucup.

"Waalaikumussalam."

Mereka berjalan masuk ke dalam rumah. Hayyan mengerut dahi, melihat semua ahli keluarganya ada di sana.

Hayyan berjalan ke arah papanya untuk bersalam.

"Dah sarapan ke ?" Soal TS Amirul.

"Belum lagi."

"Hurm, baguslah tu. Pergi bersihkan diri dulu, pastu turun makan sama. Kami pon belum makan." Ujar Puan Dalilah.

Hayyan hairan. Biasanya mereka akan sarapan jam 8-8.30 pagi. Ni dah pukul 9 lebih.

"Lambat harini ?" Hayyan berseloroh.

"Tunggu kau lah. Cepatlah siap-siap...lapar dah ni." Rungut Hayrul. Hayyan hanya sengih dalam hairan kenapa nak tunggu dia.

.
.
.

"No !" Suara Hayyan meninggi seoktaf. Dia berdiri kerana teramat marah.

"This is my desicion !" Tegas TS Amirul. Manakala ahli keluarga yang lain hanya berdiam diri. Memang mereka sudah agak yang Hayyan akan mengamuk jika bercakap tentang perkahwinan yang mereka bincangkan pada hari yang lepas.

Hayyan menarik nafas kasar.

"No !!! I will not ruin my future for this .Why nak tentukan benda yang memang Yan taknak ?!" Hayyan marah. Amat-amat marah sehingga suaranya tak dapat dikawal.

"Hayyan ! Hormat papa." Tegur Hayman kerana tengkingan tadi. Walaubagaimanapun, itu adalah ayah mereka. Tidak baik seorang anak meninggikan suara kepada insan bergelar bapa mahupun ibu.

Hayyan diam.

"Papa dah buat keputusan ni dan ianya muktamad. Papa perlu selesaikan amanah papa pada Ezman. Dia nak papa jaga anak-anak dia. Papa cuba---"

"Yes of course you can do that ! But why perlu kahwinkan dia dengan Yan ?! Why me ?!" Hayyan memotong percakapan ayahnya.

"Sebab dengan cara ni aje yang papa boleh fikirkan. Mereka takde saudara mara. Mereka berdua. Perempuan. Kalau papa tak angkat salah sorang dari mereka untuk ada ikatan rasmi dengan keluarga kita. Macam mana papa nak buat lagi. Papa taknak, jaga mereka hanya kerana mereka anak kawan papa." TS Amirul menerangkan.

"Lagipula, memang kami dah pernah berhasrat untuk berbesan. Walaupun mereka dah takde, sekurang-kurang kami digelar besan. Tertunai hasrat mereka."

Hayyan diam lagi. Alasan yang ayahnya beri tidak relevan langsung. Dia tidak mampu terima alasan yang diujarkan ayahnya.

Hayyan angguk-angguk kepala dua tiga kali dengan tak puas hati.

"Ok...but why me ?"

"Sebab kamu aje yang sesuai. Boleh pikul tanggungjawab ni, Yan." Sampuk Hayman.

Hayyan sengih sinis. Dia melirik dan menatap ke arah Hayrul membuatkan jejaka muda itu gerun. Hayrul telan liur. Alang sangat menggerunkan.

"Kenapa tak suruh Hayrul ? Dia pon boleh jadi suami."

Suamiku...Siapa Sebenarnya ? •O_G•Where stories live. Discover now