9

29 5 1
                                    

Beberapa hari berlalu, T.S Amirul dan Hayman telah selamat pulang membawa jenazah kedua orang tua Zya dan Liya.

Mereka semua bersedih atas pemergian kedua insan itu.

Kubur yang masih bertanah merah itu di tatap Zya. Masih tidak dapat menerima kenyataan.

Teringat ketika pertama kali dia melihat jenazah orang tuanya yang hangus. Sakit hatinya. Begitu jahat orang yang melakukan tindakan membunuh itu.

Liya memeluk kakaknya. Air mata yang cuba ditahan sudah banjir ke pipi. Zya membalas pelukan itu.

"Hayyan..." Panggil T.S Amirul. Hayyan menoleh ayahnya.

"Kamu tunggu sini dulu. Lepas tu bawa mereka balik. Kami balik dulu." Ujar T.S Amirul.

Hayyan hanya akur. Sempat dia menarik Hayrul, untuk balik dengannya.

Keluarga Hayyan balik kerana perlu membuat persiapan tahlil.

10 minit berlalu...

"Lang...taknak balik lagi ke ?" Soal Hayrul memandang ke arah abang keduanya. Matahari dah terik ni.

Hayyan menilik jam tangan rolex di pergelangan kirinya.

"Kau pergi panggil dorang." Arah Hayyan. Hayrul hanya akur.

Sedang Hayrul memujuk Zya dan Liya untuk balik, anak mata Hayyan terpandang ke suatu arah.

Matanya berubah tajam memerhati akan sosok misteri yang tidak jauh dari mereka. Memang dia perasan dari tadi lagi 2 orang misteri itu. Tapi disedapkan hati berkata bahawa mereka datang untuk menziarah. Namun sangkaannya mula curiga, kerana semua orang sudah pulang, jadi buat apa mereka di sini lagi.

Hayyan tanpa tunggu terus berjalan ke arah Hayrul dan 2 gadis itu.

Hayrul pandang angahnya dengan muka berkerut. Memberitahu bahawa gadis-gadis itu tidak mahu pulang menggunakan raut muka.

Hayyan tarik nafas malas.

"Jom balik." Ujar Hayyan dengan nada serius. Tanpa kata, dia berjalan ke arah kereta.

"Cepatlah, nanti dia tinggal." Kata Hayrul pula. Dia kenal sangat alangnya itu. Kalau dia suruh, orang tak buat...memang mendapatlah.

Tidak membalas apa-apa, Zya dan Liya segera bangun. Usai lipat tikar, mereka berjalan mengekori Hayyan.

.
.
.

Suasana dalam kereta sepi tanpa seorang pun memulakan perbicaraan.

Raut muka Hayyan sangat tegang waktu itu. Membuatkan suasana yang tegang bertambah tegang.

Hayrul di sebelah pemandu menoleh abangnya. Dia nak bercakap pon tak berani.

Kereta dibawa laju melepasi simpang jalan perumahan mereka. Hayrul tertanya-tanya.

"Nak gi mana Lang ?" Soal Hayrul akhirnya.

"Lari." Jawab Hayyan selamba.

"Lari ? Kenapa ?" Tanya Hayrul lagi. Dirinya mula cemas.

Tika itu, Hayrul melihat anak mata Hayyan merenung cermin depan kereta dengan tajam. Dia turut melihatnya.

Hayrul mula risau. Dia juga tahu, mereka dalam bahaya. T.S Amirul telah berpesan kepada mereka semua supaya berhati-hati kerana Ku Ezman dan Puan Rohayu mati kerana dendam musuh. T S Amirul risau keselamatan Zya dan Liya turut terancam. Tak lupa orang yang berada di sekelilingnya.

"Alang!." Panggil Hayrul keras.

"Jangan risaulah."

Hayrul mendecit. Takyah risau ?!

Suamiku...Siapa Sebenarnya ? •O_G•Where stories live. Discover now