Kehilangan Seorang Kawan Baik

694 47 0
                                    

Di dalam kelas... sewaktu cikgu belum masuk...

"Xiumin, kenapa kau termenung jauh sangat ni ?" tegur Luhan yang merupakan satu - satunya kawan baik Xiumin. Xiumin tidak menjawab sebaliknya dia hanya memandang muka kawan baiknya itu.

"Kenapa ni ?" tanya Luhan.

Xiumin mengeluh kecil.

"Luhan, betul ke ? Kau nak pindah sekolah ?" tanya Xiumin dengan muka yang agak sedih.

"Betul. Kenapa kau cakap macam ni ? Kau tak suka aku pindah ke ?" tanya Luhan balik. Xiumin hanya mengangguk. "Janganlah risau. Walaupun aku pindah sekolah, tapi aku tak akan lupakan persahabatan kita. Itu janji aku." pujuk Luhan sambil menepuk bahu Xiumin.

"Bukan itu yang aku maksudkan..." kata Xiumin. "Habis tu ???" tanya Luhan. "Aku cuma tak pasti. Kalau kau pindah, aku dekat sini tak ada kawan." kata Xiumin. "Kenapa pula ? Kawan kelas kita kan ramai ?" tanya Luhan lagi. "Memanglah, tapi diorang semua tak sebaik kau. Aku dah kenal kau dari tahun pertama sekolah ni. Sekarang dah masuk tahun terakhir kita di sekolah ni tapi kau pula akan tinggalkan aku tak lama lagi." jelas Xiumin.

Pada waktu balik sekolah... dalam perjalanan nak balik ke rumah.

"Luhan. Aku ada benda nak cakap dengan kau sikit." kata Xiumin. Banyak persoalan yang bermain di fikiran Xiumin tetapi dia hanya tanya sedikit sahaja. "Cakaplah." kata Luhan yang tidak sabar untuk mendengar.

"Aku nak cakap yang aku bangga ada kawan baik macam kau. Kau selalu tolong aku, kalau aku dalam kesusahan lebih - lebih lagi waktu aku kena buli." terang Xiumin.

Ayat Xiumin betul - betul membuat hati Luhan tersentuh. Dia terharu mendengarnya. "Xiumin, mianhei... aku tak boleh nak buat apa - apa lagi. Aku kena juga ikut keluarga aku balik ke China." kata Luhan kesal. Xiumin dan Luhan terus berborak tanpa henti selagi tak sampai ke rumah masing - masing.

Akhirnya, minggu yang ditunggu - tunggu pun tiba. Xiumin berseorangan di dalam kelas tanpa ada kawan baiknya di sebelahnya. Dia kesunyian. Sedang dia memikirkan kawan baiknya, datanglah tiga orang musuh ketatnya.

★★★★★

My Girlfriend Is My Hero... [Malay Fanfict] [COMPLETED]Where stories live. Discover now