"Yo! Xiumin. Mana kawan baik kau tu ?" tanya Kris. Kai, Tao & Kris mengelilingi Xiumin. Xiumin semakin takut dengan mereka bertiga. Takut yang dia akan diapa - apakan oleh mereka.
"Kawan baik kau pergi mana ?" tanya Kai pula.
"Dia... dia kan... dah pindah." balas Xiumin tergagap sebab takut.
"Wah, baguslah ! Lagi senang kami nak buli kau. Dan... sekarang kau dah tak ada 'back up' " kata Tao. Xiumin hanya berdiam diri. "Wei, balik nanti kau jumpa kitorang kejap boleh tak ?" tanya Kai. Xiumin perasan yang ada udang di sebalik batu. "Korang nak buat apa ?" tanya Xiumin. "Alah... itu tak penting pun. Yang penting, kau datang ok ? Kat belakang sekolah." kata Kris pula. "Kalau aku tak datang ?" tanya Xiumin lagi. "Kalau kau tak datang... kami akan bagi 'bonus' untuk kau." pesan Tao pula.
Ketiga - tiga orang tadi terus ke tempat duduk masing - masing. Fikiran Xiumin bercelaru, tidak tahu sama ada nak atau tidak berjumpa dengan mereka. "Macam mana ni ? Eotteokkae ?" kata Xiumin sendirian. Tidak lama kemudian, cikgu masuk ke kelas bersama seorang murid perempuan yang cara berpakaiannya seperti lelaki. "Baik. Sila perkenalkan diri kamu." arah cikgu.
"Annyeonghaseyo. Saya pelajar baru di sini, nama saya Lee Hye Soo. Kamu semua boleh panggil Taeri. Sila beri tunjuk ajar." ujar Taeri lalu menunduk hormat di hadapan kelas.
"Taeri, awak boleh duduk di sebelah Xiumin sana." kata cikgu sambil jarinya ditunjuk ke arah tempat kosong di sebelah Xiumin. Tempat itu sebenarnya tempat Luhan tetapi kini sudah tiada orang. Taeri mengikut segala arahan cikgu.
"Annyeong, Kim Min Seok imnida. Awak boleh panggil saya Xiumin." tegur Xiumin.
"Annyeong. Seronok berkenalan dengan awak." balas Taeri.
Pembelajaran berjalan seperti biasa.
★★★★★
YOU ARE READING
My Girlfriend Is My Hero... [Malay Fanfict] [COMPLETED]
عاطفيةXiumin seorang budak yang bijak di sekolahnya. Dia terkenal dengan sikap rajin dan peramahnya. Namun ada juga yang tidak puas hati dengan Xiumin. Dia sering dibuli oleh Tao, Kai & Kris. Sejak Luhan, kawan baik Xiumin berpindah, banyak kejadian buruk...