Keesokkannya...
Taeri menerima sepucuk surat di dalam laci mejanya. "Dari mana datangnya surat ini ?" fikirnya. "Mana Xiumin ? Dia tak datang ke hari ini ?" tanya Taeri berseorangan. Terus dia membuka surat tersebut.
Kepada kawan baruku Taeri,
Hari ini, kemungkinan besar saya tak datang sekolah sebab tak sihat. Waktu awak baca surat ini, saya nak bagitahu awak satu benda. Awak ingat tak, yang masa saya ceritakan masalah saya pada awak ? Sebolehnya, saya tak nak awak terlibat dalam masalah saya. Saya takut awak akan rasa apa yang saya rasa. Semalam, kalau awak nak tahu... saya ada urusan penting di belakang sekolah. Saya dah agak perkara sebegini pasti akan berlaku, sebab itu saya tulis surat ini. Kalau awak nak tahu saya tulis surat ni semalam, lepas balik sekolah.Saya terus letak kat laci meja awak sebaik sahaja habis menulis surat ini. Ok lah, saya dah lambat nak jumpa dengan mereka bertiga. Nanti takut mereka hilang sabar pula sebab menunggu saya. Sampai di sini sahaja surat ini ditulis. Bye.
Xiumin.
Setelah membaca surat tersebut, Taeri dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia membuat keputusan untuk melawat Xiumin selepas habis sekolah.
Habis sekolah, Taeri meminta alamat rumah Xiumin dari kawan - kawan sekelasnya. Setelah mendapat alamat yang dicari, Taeri terus ke rumah Xiumin.
Di rumah Xiumin...
"Annyeonghaseyo, ada orang tak ?" jerit Taeri dari luar. Rumah tersebut kelihatan sunyi. Tiba - tiba, pintu rumah terbuka. Kelihatan Xiumin yang masih lemah sebab dibuli semalam jelas di muka pintu. "Oh. Taeri, masuklah." suara Xiumin agak lemah kedengaran. Taeri masuk dan duduk di ruang tamu, terkejut juga Taeri bila nampak Xiumin sebegitu.
"Xiumin... awak ok ?" tanya Taeri kerisauan.
"I'm okay. You don't have to worry about it." balas Xiumin.
Tiba - tiba, penglihatan Xiumin menjadi kabur dan Xiumin pengsan. Taeri panic. Akhirnya, Taeri mendukung Xiumin ke biliknya. Taeri menjaga Xiumin sehingga Xiumin sedar semula.
"Taeri ??? Awak ke tu ?" tanya Xiumin. Dia bangun untuk bersandar di atas katil.
"Awak masih lemah. Lebih baik awak baring sahaja." kata Taeri. Xiumin menurut kata - kata Taeri.
Xiumin menjenguk ke luar tingkap biliknya, dah malam. "Awak, saya rasa baik awak balik. Sebab dah malam lah." kata Xiumin. "Saya tak nak balik. Saya nak jaga awak sampai awak sembuh." kata Taeri dengan penuh keyakinan. "Awak..." kata Xiumin dalam hati.
Setiap hari, lepas balik sekolah Taeri akan berada di rumah Xiumin untuk menjaganya. Taeri tak kisah kalau apa - apa berlaku padanya yang penting, kawan barunya sihat semula. Hampir dua minggu Taeri menjaga Xiumin. Xiumin pun makin sihat, semakin hari persahabatan mereka menjadi semakin erat sehinggakan Xiumin dah mula sukakan Taeri.
★★★★★
YOU ARE READING
My Girlfriend Is My Hero... [Malay Fanfict] [COMPLETED]
RomansaXiumin seorang budak yang bijak di sekolahnya. Dia terkenal dengan sikap rajin dan peramahnya. Namun ada juga yang tidak puas hati dengan Xiumin. Dia sering dibuli oleh Tao, Kai & Kris. Sejak Luhan, kawan baik Xiumin berpindah, banyak kejadian buruk...