"Xiumin, jom pergi kantin." ajak Taeri. "Eh... tak apa lah. Saya tunggu di kelas sahaja." balas Xiumin. "Kenapa dengan dia ? Macam ada masalah je." fikir Taeri sendirian. Cepat - cepat Taeri duduk semula di tempat duduknya di sebelah Xiumin. "Xiumin, saya nak tanya awak satu soalan boleh tak ?" tanya Taeri. Xiumin memandang Taeri dengan penuh kemusykilan.
"Boleh."
"Awak ada masalah ke ?"
"Siapa ? Saya ke ? Tak lah. Saya ok je."
Jawab Xiumin cover. "Janganlah macam ni. Ceritakan sahajalah masalah awak tu pada saya. Bukannya saya nak hebohkan pun. Masalah tak akan selesai kalau awak hadapinya seorang - seorang." pujuk Taeri. Bila Xiumin fikirkan semula, ada betul juga apa yang Taeri cakap. Xiumin pun meluahkan segala masalahnya pada Taeri. Taeri sedia mendengar segala masalah Xiumin. Sewaktu Xiumin meluahkan masalahnya, tiga orang musuhnya telah memasang telinga.
"Weh, Kris... kau tengok tu. Dia tengah nak cari kawan baru lah." kata Kai.
"Ha'ah, mentang - mentanglah pelajar tu baru masuk, terus nak mengadu masalah." kata Tao pula.
"Tak apa. Yang penting, kita tengok dulu samada petang ni dia datang tak jumpa kita. Kalau dia tak datang, kita cari dia sampai ke lubang cacing." kata Kris dengan nada suara yang agak kasar.
Setelah semua masalah Xiumin didengari... Taeri berfikir, "Dia sering kena buli ? Kesiannya, aku rasa lebih baik aku tolong dia."
"Kring !!!" bunyi loceng tandanya waktu rehat telah tamat dan sesi pembelajaran akan sambung seperti biasa.
★★★★★
YOU ARE READING
My Girlfriend Is My Hero... [Malay Fanfict] [COMPLETED]
Roman d'amourXiumin seorang budak yang bijak di sekolahnya. Dia terkenal dengan sikap rajin dan peramahnya. Namun ada juga yang tidak puas hati dengan Xiumin. Dia sering dibuli oleh Tao, Kai & Kris. Sejak Luhan, kawan baik Xiumin berpindah, banyak kejadian buruk...