6

33 1 1
                                    

Kepala Jeno semakin hari semakin sakit. Semakin kerap dia merasakan sakit di kepalanya. Kepalanya akan reda selepas makan ubat yang diberikan Hyunjin namun ada kesan lain juga. Dia akan teringat sesuatu yang membuatkan dia terfikir.

Jay berjalan keluar daripada lift itu. Memegang kepalanya dengan kuat sehinggalah dia merasa sedikit lega.

Bruk!

"Tuan?!" Seseorang menghampiri tubuh Jay. Jay meringkuk sambil memegang kepalanya. Orang itu panik. Dia mengeluarkan handphone untuk call ambulance namun-

"U-ubat." Jay menunjukkan orang itu botol pill yang terjatuh tidak jauh dari mereka. Lantas orang itu bangun dan menyerahan kepada Jay.

Jay menelan 2 pill tanpa air. Dia menunggu beberapa saat untuk menghilangkan rasa sakit di kepalanya.

"Aku tahu kau bukan orang biasa. Nanti jangan bangun, belum siap."

Tubuh Jay melemah. Dialog itu tidak dia kenal daripada siapa namun dia tahu itu adalah orang yang sama. Orang itu cuba mengangkat wajah Jay untuk melihat keadaan Jay. Saat dia angkat-

"HAH?!" Tubuhnya terundur ke belakang. Tanganya mula mengigil merasakan terkejut yang teramat. Tanganya cuba menyentuh kembali wajah berpeluh itu.

"J-Jeno?" Lelaki itu cuba mengangkat kepalanya. Dia menggelengkan kepala.

"Tuan Jay! Jaemin apa yang jadi?"

"T-Tuan ni ja-jatuh tadi. Jadi saya bantu dia."

"Tuan Jay okay?" Jay dibangunkan oleh pembantunya di sana. Dia sempat memandang Jaemin yang masih terkejut memandangnya. Jaemin pula masih tidak dapat berkata apa-apa.

"Jaemin?"

"H-Hyunjin."

"Terima kasih tolong Tuan Jay. Nanti saya akan ucapkan terima dengan lebih baik. Saya minta diri dulu." Dia berjalan untuk pergi daripada sana.

(MYSTERY FAMILY S2)

Jaemin terduduk memandang ke arah luar. Air matanya tidak berhenti keluar sama sekali. Dia yakin orang yang dia nampak tadi adalah Jeno. Dia adalah Jeno yang dia rindukan selama ini. 

"Jaemin?" Jaemin tersentak saat Hyunjin menegurnya daripada belakang. Dia mengesat air matanya lalu memandang Hyunjin dengan senyuman dia.

"Terima kasih sebab dah tolong Tuan Jay." Kata Hyunjin dengan senyuman dia. Jaemin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia memandang ke dalam lalu menarik nafas dalam.

"Boleh saya jumpa Tu-Tuan Jay?" Hyunjin menganggukkan kepalanya. Jaemin masuk ke dalam bilik itu. Sunyi dan sepi. Melihat tubuh Jeno yang ada di atas katil. Dia menghampiri tubuh Jeno dengan perlahan. Mendudukan dirinya lalu memandang wajah itu.

Matanya kembali berair. Perlahan tanganya menyentuh pipi Jeno dengan perlahan. Pecah sudah pertahananya saat tanganya menyentuh pipi itu. Dia menarik nafas dalam lalu dilepaskan dengan perlahan.

"J-Jeno dah balik." Ayat itu tulus dari hatinya yang sangat merindukan Jeno. Dia ingin memeluk Jeno dengan erat dan kuat. Namun dia sedar, sekarang ini bukan Jung Jeno miliknya.

"Eugh-" Jaemin lantas mengesat air matanya lalu menarik tanganya laju. Jeno sudah tersedar. Dia melihat sekeliling lalu berhenti memandang Jaemin.

"S-siapa?"

"J-Jaemin. Na Jaemin." Kata Jaemin dengan perlahan. Jay menganggukan kepalanya lalu mencari seseorang.

"Ah Hyunjin beli makanan. T-Tuan nak apa-apa?"

"Air." Jaemin menganggukan kepalanya dan berjalan menuangkan air biasa untuk Jay. Setelah itu Jay meneguk sehingga habis. Jaemin masih menatap wajah Jay. Sangat sayang jika dia melepaskan pandangan dia. Jay kembali memandang Jaemin.

Mystery Family S2Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang