Anak haram. Adara Kasih sudah lali mendengar perkataan tu setiap hari . Tak cukup dengan anak haram , anak bodoh juga menjadi 'nickname' buat Adara Kasih.
"Aku menyesal biarkan isteri aku lahirkan kau dekat dunia ni . Kalau aku tahu kau bukan darah daging aku , sudah lama aku bunuh kau waktu dalam perut dulu . Patutnya aku dengar cakap nenek kau waktu dulu . Dasar anak haram menyusahkan!" – Rayyan Sidq
" Cucu aku ada seorang sahaja . Hanya Adira Kasih yang layak jadi cucu aku ! Anak haram bernama Adara Kasih tak pernah wujud dalam hidup aku!"-Nek Laila
" Kau jangan lalu depan aku boleh tak anak haram? Sakit mata aku "-Lufy Rafael
Tapi --Adara bersyukur dia mempunyai ahli keluarga lain yang masih sayangi dia .
" Mama tetap sayang Adara"- Rania Humaira
" Kak Dara jangan sedih-sedih tau"- Adira Kasih
" Tak apa . Dara boleh tidur rumah mummy setiap hari " -Rania Aisyah.
Disebabkan itulah , Adara Kasih sanggup menelan semua , kerana masih ada orang yang menyayangi dia . Dan dalam masa yang sama , dia masih sayang kan papa , nek Laila dan Lufy Rafael walaupun dia dibenci .
Lufy Rafael .
Lelaki yang dia gila-gila kan . Merangkap sepupunya . Walaupun dia anak haram ,dan sekaligus menjadikan dia tiada kaitan dengan Lufy Rafael . Tetapi siapalah dia nak dibandingkan dengan Lufy . Kalau boleh mahu dibunuh sahaja Adara kerana terlalu benci . Benci kerana Adara membuatnya malu di sekolah . Ramai memperlekehkan Lufy kerana bersepupu dengan anak haram ,dan hasilnya Lufy juga membenci dan membuli Adara.
" Kau boleh tak jangan dekat-dekat dengan aku ? Kita ni dekat sekolah . Malu orang tengok . Kau lain lah , sebab kau memang tak tahu malu . Eh pergi sana lah!"
Memang dia akan ditolak jauh oleh Lufy setiap kali dia mahu mendekat dengan jejaka itu . Tapi ada satu ayat yang masih dia ingat , membuatkan dia masih berharap pada Lufy. .
" Kau cantik . Tapi kau bodoh . Kau anak haram. Kalau kau boleh buktikan yang kau tak bodoh dan kau buktikan kau anak yang sah , aku akan terima kau "
Adara kasih memang bodoh kerana apa yang Lufy cakap itu hanya alasan sahaja. Hari-hari dia belajar ,semua untuk cemerlang dalam SPM dan untuk memastikan Lufy Rafael menerimanya . Dan bila dia berjaya cemerlang , Lufy Rafael mula mengotakan janji .
Lufy Rafael mula memberi peluang pada Adara Kasih.
"Kita sambung belajar sama -sama , kau boleh dekat dengan aku sepanjang masa . Kau nak Dara? "
Adara Kasih menunduk . " Papa tak bagi Dara sambung belajar "
" Tak apa , lepas aku habis belajar , dah dapat kerja , kita kahwin . Kau tunggu aku tau Dara"
Tapi janji hanya janji . Lufy Rafael lupa pada janji kerana telah bercinta sakan dengan kekasih hati . Lupa terus pada Adara Kasih yang teguh menanti walaupun sudah berumur 25 tahun .
" Nenek teruja ! Lufy nak perkenalkan calon isteri . Bukan main lagi ye sepupu kembar kamu tu!"
Mahu atau tidak , Adara Kasih terpaksa lepaskan Lufy bila si jejaka sudah pun berjabat tangan dengan tok kadi untuk bernikah dengan pilihan hati .
Haih . Tiada jodoh . Tak apa .Adara Kasih undurkan diri dahulu . Mengharapkan yang lebih baik lepas ni .
Hampir 3 tahun merantau , banyak mengajar Adara Kasih tentang kehidupan. Adara Kasih bersyukur dia dapat berdikari tanpa bantuan ahli keluarga yang lain . Sehinggalah dia tergerak hati mahu pulang , mahu mengembangkan lagi bakatnya .
Sampai sahaja di Malayia , dia terpaksa menghadap kemesraan Lufy Rafael dan isteri. Sesungguhnya dia sudah 'move on' tapi jujur dia masih terasa dengan kemesraan tersebut. Sehingga lah satu hari , Lufy Rafael bercerai dan lelaki itu membuat perangai gilanya bila dia mahu berkahwin dengan Adara Kasih.
Adara tidak mahu berfikir panjang. Puas ditolak tapi akhirnya tuhan menjodohkan Adara Kasih dengan Lufy Rafael .
Bahagia itu tidak bersifat selamanya , rumah tangga diuji dengan Adara yang mempunyai masalah kesihatan .
" Abang pergi lah dengan dia . Dara tahu dia boleh beri kebahagiaan yang abang mahu"
Begitulah kehidupan Adara Kasih ,seorang anak haram . Berusaha lah macam mana sekalipun , kebahagiaan bukan milik dia.
VOTE FOR THE 1st CHAPTER !

YOU ARE READING
ADARA KASIH
Romance" Kau tu anak luar nikah. Jangan harap kau nak berkawan dengan aku . Bukan hanya berkawan , kau nak suka dekat aku pun aku tak izinkan" - Lufy Rafael. " Saya tak minta dilahirkan sebagai anak luar nikah"- Adara Kasih. " Kau tu anak haram ! Aku bagi...