JARI jemarinya menggepal erat di bawah meja. Hilyaa ketap bibir kuat sambil mata tunduk menatap meja kaca.
"Apa masalahnya kalau jual studio tu. Lagipun takkan kau nak bekerja dekat situ je sampai kau mati?" soal Dato Ku Jazman kasar, merenung anaknya tajam. Wajahnya memerah menahan amarah yang bila-bila masa bakal tercetus.
Hilyaa telan air liur perit. "B...bukan macam tu, Hilyaa sayang dengan studio tu pa..."
"Apa yang istimewa sangat dengan studio tu sampai kau nak lepas pun susah? Selama ni kau kerja situ pun bukan ada perkembangan apa-apa," ujar Dato Ku Jazman masih berkeras dengan pilihannya.
Hilyaa menggelengkan kepalanya perlahan. "Jangan pa... Studio tu je peninggalan arwah mama. Takkan papa dah lupa." Rayu Hilyaa lirih. Air matanya kembali bertakung.
Dato Ku Jazman mendengus.
"Aku tak kira, dalam seminggu ni kalau kau masih berdegil juga tak nak hantar dokumen tu, jangan tanya kenapa aku rampas tanpa bertanya pada kau dulu." Amaran Dato Ku Jazman dengan wajah yang tegang.
"Keluar."
Tangannya menggigil di bawah meja itu disembunyikan dengan menggengam erat, sesekali dia meramas. Dadanya terasa sesak itu dikawal dengan cuba menenangkan dirinya.
Sabar, Hilyaa...
Sabar.
"Hilyaa pergi dulu papa."
Suasana bertukar sepi membuatkan Hilyaa bertambah sebak. Agak lama sebelum dia buat keputusan berpaling sahaja. Tidak tahan dengan ruangan sempit ini, laju Hilyaa mencapai beg tangannya sebelum membawa langkahnya ke pintu pejabat papanya.
Cukup untuk hari ni.
"Hilyaa?"
Namanya yang diseru membuatkan langkah Hilyaa mati buat seketika.
Dia kenal pemilik suara itu!
Air liur diteguk payah. Wajahnya tidak berani berpaling menatap gerangan tersebut.
Apabila merasakan gerangan itu mula mendekatinya, Hilyaa gelabah. Dia terus berjalan ke arah lift, mahu melarikan diri daripada gerangan tersebut.
"Hilyaa!"
"Ergh... Hilyaa kena cepat ni. Nanti kita jumpa, ya?" Laju Hilyaa bersuara sambil cuba menarik hujung baju pergelangan tangannya yang sempat dicapai oleh abang sepupunya.
Arghh! Dia tak sempat nak lari masuk ke lift!
Ku Eijaz merenung adik sepupunya tajam. Rasa sangsi terhadap Hilyaa semakin menjadi-jadi apabila Hilyaa cuba melarikan wajahnya dari pandangan matanya.
Eijaz cuba mencari wajah Hilyaa tetapi Hilyaa sekali lagi mengelak. Dengan perasaan yakin, dia tahu apa yang terjadi. Hilyaa dipandang serius.
"Bagitahu Eijaz, pakngah pukul Hilyaa lagi ke?" soal Eijaz tegas. Tajam matanya merenung Hilyaa bagaikan pemangsa.
Hilyaa yang masih tunduk itu diam sebelum perlahan-lahan dia angkat wajahnya sedikit. Hilyaa ketap bibir.
"Jawab Hilyaa, Eijaz tanya ni," sekali lagi dia menyoal tetapi kali ini nadanya lebih lembut. Dia dapat rasakan gigilan di pergelangan tangan itu.
Matanya yang terasa panas perlahan-lahan turun ke pipi. Namun, pantas tangan naik ke pipi menghapuskan segala titisan tersebut.
Dia sudah tidak mampu menahan rasa sakit ini.
Eijaz diam. Hujung baju Hilyaa dilepaskan. Biarkan gadis itu bertenang dahulu. Apabila suasana semakin bertambah sunyi, Hilyaa bersuara.
"Hilyaa pergi dulu." Laju Hilyaa berjalan ke arah lift tanpa sempat mendengar balasan Eijaz yang masih berdiri kaku itu.
YOU ARE READING
Darla Hans
Romance𝐇𝐀𝐍𝐒 𝐅𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒𝐘𝐈 | 𝐊𝐔 𝐇𝐈𝐋𝐘𝐀𝐀 𝐀𝐃𝐋𝐘𝐍𝐄 Siapa sangka disebalik wajah yang tenang, banyak memendam luka yang hebat. Hatinya dah lama mati terkubur sejak mamanya dibawa pergi. Kebahagiaan dah lama pupus dalam kamus hidup Ku...