BAB 18

92 8 0
                                    

           PEN ditangan dipusing-pusingkan beberapa kali. Dah macam-macam gaya dia pusingkan pen sampai tak sedar dah masuk sejam dia begini. Sepasang matanya menatap kosong kertas-kertas berselerak di atas mejanya. Jasadnya masih berada di pejabat tetapi fikirannya jauh memikirkan perkara lain.

Hans melepaskan keluhan lemah serentak itu pen di tangan diletakkan ke atas meja. Badan disandarkan kasar ke kerusi pejabatnya lalu kedua-dua kelopak matanya dipejam buat seketika. Kusut, itu yang dia rasakan saat ini.

Hampir 2 bulan dia menunggu, namun tiada langsung khabar berita dari pihak sana. Kadang kala Hans terfikir bahawa ini cara Hilyaa menolak lamarannya tetapi bila ditanya pada Lais, lelaki itu meminta dia bersabar sedikit.

Dia tak faham, benar-benar tak faham.

"Kali ni dah sampai mana? Ke Landon or Paris?"

Hans celikkan mata. Buka sahaja mata, pandangannya menyapa figura Eijaz yang elok duduk bersandar sambil tangan bersilang ke dada.

"Bila sampai? Aku tak sedar pun." kata-kata Eijaz sebentar tadi dihiraukan. Biar lah, dia dah biasa dengan segala perlian dari Eijaz.

"Macam mana nak sedar kalau orang tu berangan tak ingat dunia? Aku mati-matian fikir tak ada orang dalam pejabat ni tapi Personal Assistant kau, Helen elok je kata kau ada kat dalam," ujar Eijaz. Tidak lepas matanya memerhati riak dan perilaku Hans itu.

Hans diam sebentar sebelum tangan dia  bawa ke muka lalu dia usap perlahan.

"Maaf, aku serabut sikit."

Tidak menjawab. Eijaz hanya melihat perilaku aneh dari Hans itu. Sesuatu yang janggal di matanya.

"Besar juga pengaruh Hilyaa pada kau kan?" Sepintas kata itu keluar dari mulutnya. Ringan.

"Maksud kau?" Hans toleh ke arah Eijaz  dengan alis keningnya terangkat. Tak faham.

"Kau sendiri dapat rasa pada diri kau inikan pula aku. Ini kali pertama aku tengok kau tak tentu arah macam ni. Masih nak nafikan perasaan kau?" Entah itu satu kenyataan ataupun tidak, tetapi itu yang Eijaz nampak di matanya.

Terasa bagaikan ditampar, Hans terhenyak. Hendak menafikan tetapi suaranya tidak mampu terkeluar mahu menegakkan dirinya. Akhirnya, Hans hanya melepaskan nafas berat sebagai jawapan.

Dia berkata macam mana sekalipun, setiap patah perkataan yang keluar dari bibir milik Eijaz, ada kala membuatkan lidahnya kelu.

"Kau datang sini ada apa?" soal Hans terus tukar topik. Malas dia nak bahaskan perkara ini terlalu lama.

Semakin lama, semakin jauh Eijaz karut.

Eijaz tersengih. Kedudukan tubuhnya diperbetulkan seketika. "Nak ajak kau lepak malam ni. Kau free tak?"

Laju sepasang mata Hans memandang Eijaz. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Kau datang sini semata-mata tu je?" Hans pandang Eijaz tak percaya. Biar betik sahabatnya ini.

Rajin bebenor datang ke sini walhal Hans cukup tahu jarak antara syarikatnya dengan Eijaz memakan masa 20 minit.

"Alang-alang makan angin dalam bangunan ni. Bukan selalu." Selamba Eijaz membalas. Dia punya cakap tu bukan main santai lagi.

"Tak, aku tak boleh. Aku dah janji dengan kakak dan anak sedara aku nak pergi masjid sama-sama. Maaf..." Hans terpaksa menolak ajakan Eijaz itu. Tak sampai hati sebenarnya tapi disebabkan dia sudah berjanji dengan kakaknya maka dia juga perlu lunaskan janji itu.

"Kiranya next time lah ni?" ucap Eijaz dengan riak muka frust. Mana tak frust kalau nak ajak lepak pun dia perlu pastikan jadualnya tidak padat dan hari ni Eijaz perlu batalkan niatnya gara-gara Hans pula yang sibuk.

Darla HansWhere stories live. Discover now