BAB 5

125 15 0
                                    

           TAJAM mata Khalish memandang Hilyaa dengan jari mengusap ke dagunya. Wajah jelita itu ditelik teliti. Hilyaa pula sedaya upaya mengelat dari bertembung mata dengan Khalish yang sedari tadi merenungnya tidak lepas.

"Ini, dahi kau ni dah kenapa? Kau terhantuk kat mana sampai lebam macam ni?" Dahi Hilyaa yang kebiruan itu ditunjuk dengan jari telunjuknya membuatkan Hilyaa tepis jari itu.

"Aku... Aku terhantuk kat dinding. Masa tu aku pandang tempat lain. Tak perasan pula masa jalan tu ada dinding kat depan." Hilyaa beralasan. Semoga alasan ini diterima oleh Khalish tanpa perlu dia menjawab segala soalan lelaki itu lagi.

"Tak akan kau terhantuk sampai lebam macam ni? Tu tepi bibir kau dah kenapa?" Sengaja Khalish mengecilkan matanya. Hilyaa pula setenang mungkin tayang muka biasa.

Padahal dalam hati cepat-cepat dia mahu lari.

"Tak percaya, sudah. Dah lah, malas layan kau." Sesak dadanya mahu menjawab pertanyaan maut Khalish, Hilyaa terus membawa langkah mendekati Naura. Gadis itu kelihatan terkial-kial mahu alihkan stand. Semua benda lain gadis itu sudah susun seperti biasa kecuali stand di belakang blackground.

"Stand tu awak letak je kat sini. Nanti Khalish akan angkat sendiri." Suara Hilyaa membuatkan Naura pantas berpusing. Gadis itu kelihatan cuak apabila bertentang mata dengan Hilyaa sendiri.

Khalish pula hanya berdiri sambil memeluk tubuh. Bibir juih ke hadapan, apakah? Kenapa dia perlu buat kerja-kerja menyusun barang ni semua sedangkan itu memang kerja Naura yang dah memang ditetapkan.

Dalam hati memberontak kuat tetapi dia hanya diamkan sahaja. Tajam matanya memandang Hilyaa dan Naura berselisih ganti. Naura yang perasan sudah berubah pucat.

"T...tak apa miss. Saya tak nak susahkan Encik Khalish." Ketakutan yang dirasai membuatkan suaranya tergagap-gagap dalam menutur. Dia dapat rasakan aura dingin Encik Khalish sampai ke sini.

Seram!

"Tak payah, awak tolong Erina buat liputan foto. Dia ada dalam bilik sana." Hilyaa menunjukkan bilik yang Erina duduki sedari tadi. Naura cepat-cepat angguk kepala. Tidak berani dia nak membantah apabila Khalish merenungnya sampai tak sudah.

Macam dia ni buat salah berat sangat!

"Awak jangan takut, Khalish tu memang jenis macam tu. Awak nampak je dia tu dingin tapi sebenarnya dia baik," ujar Hilyaa perlahan. Hanya dia dan Naura sahaja dengar. Dia memang tahu sikap tegas Khalish apabila dengan pekerja lain.

Mana tak takut si Naura ni. Lagi-lagi gadis itu pekerja baru di sini yang tak sampai setahun.

Laju-laju Naura angguk kepala. "Okey, miss..."

Hilyaa sempat alihkan pandangan ke arah Khalish lalu menjengkelkan mata ke arah lelaki itu sebelum dia terus berlalu pergi ke pejabatnya.

Khalish yang melihatkan itu hanya memutarkan bebola matanya. Tahu lah dia saat ini, Hilyaa memberikan amaran kepadanya.

Macam lah dia takut!

"Barang ni biar aku angkat. Kau pergi tolong Erina buat liputan foto," arah Khalish setelah mendekati Naura yang masih terkebil-kebil. Wajahnya sengaja memasang riak beku.

Tidak banyak bunyi, laju langkah gadis itu masuk ke satu bilik yang Hilyaa tunjuk ke arahnya sebentar tadi. Khalish dari belakang cuba sembunyikan senyuman tatkala melihat riak takut-takut gadis itu sebentar tadi.

Gertak sikit dah takut, ini kalau Hilyaa tahu dia buli Naura. Memang seharian tu dia kena mukadimah hahaha...

°°°

Darla HansWhere stories live. Discover now