05 | ESKANDAR'S Z

166 15 1
                                    

TENGKU ISAAC merebahkan badannya di atas katil sebaik sahaja dia selesai membersihkan diri. Rambut yang masih basah dilapik dengan tuala kecil. Siling bilik dia tenung.

"Aku ni tak handsome ke sampai anak buah dengan mak cik dia tak nak pandang aku langsung?" Teringat dia akan kedua orang gadis itu. Yang anak buah asyik pandang pengantin perempuan aje. Bila bersembang dengan dia sekejap pun, Zarra tidak alihkan langsung pandangannya. Mak ciknya pula pandang Qayyish saja. Sekali pun mereka berdua tak pandang dan bertentang mata dengannya.

Tengku Isaac tergelak kecil apabila dia mengingat kembali perkara tersebut. Mak cik dengan anak buah sama je. Dia bangkit dari baringnya saat pintu bilik diketuk beberapa kali.

"Isaac?" Puan Sri Nadiya menjengulkan kepalanya untuk melihat Tengku Isaac sebelum pintu itu dibuka luas. Langkahnya diatur ke arah Tengku Isaac yang sedang duduk di birai katil. Tempat di sebelah Tengku Isaac dia duduk.

"Lambat Isaac balik? Majlis habis lambat ke?" Tengku Isaac menjawab soalan Puan Sri Nadiya dengan gelengan.

"Habis majlis tadi Isaac jumpa dengan kawan sekejap. Lepas tu sebelum nak balik, Isaac saja pusing-pusing bandar. Saja nak ambil angin." Sengihan diukir pada wajah Tengku Isaac.

"Dah Maghrib ke belum?"

"Dah. Balik dari jumpa kawan Isaac tadi memang ngam-ngam dah masuk waktu. Terus Isaac gerak pergi masjid dulu sebelum pusing-pusing." Jujur Tengku Isaac memberitahu. Puan Sri Nadiya mengangguk faham. Dia tak kesah ke mana anaknya ingin pergi, janji jangan lupa untuk lakukan kewajipan yang satu itu.

"Dekat majlis tadi, tak ada ke Isaac terpikat dengan sesiapa?" Tersedak air liur Tengku Isaac jadinya tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Puan Sri Nadiya. Mulutnya ditutup dengan kain tuala yang dari tadi diletak di atas kepala.

"Eh mummy baru tanya macam tu Isaac dah tersedak sakan. Belum lagi mummy minta Isaac bawa balik menantu." Pelik Puan Sri Nadiya melihat kelakuan anaknya itu.

Tengku Isaac berdehem membetulkan anak tekak setelah batuknya reda. Wajah mummy kesayangannya dipandang.

"Nak terpikat macam mana mummy? Isaac kan tengah sibuk jaga pengantin. Manalah sempat nak pandang tempat lain. Pengapit perempuan baru dengan yang lama pun tak pandang Isaac mummy." Bertambah pelik Puan Sri Nadiya jadinya. Kenapa ada baru dengan lama pula ni?

"Pengapit perempuan baru dengan lama?" Tengku Isaac mengangguk tapi tak menjawab. Biarlah yang tahu je yang tahu apa yang jadi hari ini. Puan Sri Nadiya juga tidak mahu bertanya lebih-lebih.

Tengku Isaac dan Puan Sri Nadiya menoleh ke arah pintu apabila pintu bilik Tengku Isaac itu diketuk sekali lagi. Tengku Nathaniel menjengulkan kepalanya untuk melihat ke dalam bilik Tengku Isaac.

"Oh, mummy ada dengan abang rupanya. Patutlah mummy tak ada dekat bilik Niel tengok tadi." Tengku Isaac memandang adiknya yang sedang berjalan ke arah mereka. Tengku Nathaniel duduk di atas lantai lalu merehatkan kepalanya di riba Puan Sri Nadiya.

Senyuman terukir di bibir Puan Sri Nadiya apabila melihat perangai manja Tengku Nathaniel itu. Lantas tangannya mengusap lembut kepala putera bongsunya itu.

"Kau baru balik ke?" Soalan Tengku Isaac dijawab dengan anggukan.

"Ada jumpa yang kau berkenan tak, bang?" Dahi Tengku Isaac berlapis. Setelah beberapa ketika, barulah dia faham apa yang Tengku Nathaniel maksudkan. Haih, dah kenapa semua tanya aku soalan macam ni? Dah tak ada soalan lain ke yang nak ditanya?

"Isaac kata dia tak sempat nak cuci mata. Sibuk sangat jaga pengantin. Dia banyak tengok pengapit perempuan yang baru dengan yang lama tapi dua-dua tu pun tak pandang dia langsung." Puan Sri Nadiya menjawab bagi pihak Tengku Isaac. Terus Tengku Nathaniel mengangkat kepala memandang Puan Sri Nadiya sebelum dia memandang Tengku Isaac pula.

ESKANDAR'S Z | SUWhere stories live. Discover now