KAKI Zuyyin menapak masuk ke ruangan dapur. Kelihatan Zarra dan juga adik nombor duanya, Zerra, sedang memasak ramen. Zarra dan Zerra tidak sekalipun menoleh ke arahnya. Masing-masing sibuk menyiapkan hidangan yang mereka ingin jamu sebentar nanti.
"Kau orang makan berdua aje ke? Tak ajak Zaqeef, Aisy dengan Zayyan makan sekali?" Zuyyin melabuhkan punggung di kerusi yang berada di kepala meja. Matanya ralit melihat Zarra dan Zerra.
"Dah ajak dah. Dia orang yang tak nak. Asyik nak main game aje. Biarkan jelah dia orang tu. Kalau lapar, pandai-pandailah masak sendiri," ujar Zerra sambil meletakkan dua cawan air oren sunquick di kiri dan kanan Zuyyin. Tak lama kemudian, dia meletakkan satu cawan air yang sama di hadapan Zuyyin pula lalu dia duduk di bahagian kanan meja.
"Eh, untuk Yin pun ada? Ingatkan buat untuk kau orang aje." Terkejut sikit Zuyyin jadinya. Sempat dia ucapkan terima kasih kepada Zerra.
"Kita yang suruh dia bancuh lebih sikit tadi sebab kita tahu yang Yin akan turun. Macamlah kita tak tahu yang Yin tu tak boleh senang duduk kalau kita tak ada dalam bilik tu." Selamba Zarra menjawab bagi pihak adiknya. Zuyyin membuat muka tetapi dia tidak menafikan kata-kata Zarra itu.
Zarra meletakkan dua mangkuk di atas meja. Satu untuk Zerra, manakala satu lagi untuk dirinya.
"Tak ada chopstick ke dekat rumah ni? Rumah kemain besar tapi tak ada chopstick." Zerra mengomel saat dia terpandangkan garfu yang terletak di pinggannya.
"Tak payah merungut. Pegang chopstick pun tak betul, ada hati nak guna. Makan aje guna garfu tu. Kalau tak nak guna garfu, kau makanlah guna tangan kau tu." Zarra menjeling adiknya. Zuyyin tersenyum sikit apabila Zerra sudah memuncungkan bibirnya kerana dimarahi Zarra.
Zuyyin menghirup sikit airnya.
"Yin nak?" Zarra mempelawa ramennya.
"Ramen apa?" Soal Zuyyin saat dia memandang ramen di dalam mangkuk Zarra.
"Cheese."
"Bolehlah sikit." Zarra menolak mangkuknya ke hadapan Zuyyin.
"Yin...." Zuyyin menggumam bagi membalas panggilan Zerra. Dia sudah menyuapkan ramen ke dalam mulutnya.
"Bila Yin nak bagi kita orang pak cik?" Zuyyin tersedak saat kata-kata Zerra itu sampai ke gegendang telinganya. Zarra yang sedang menghirup airnya, pantas menggosok belakang Zuyyin dengan menggunakan tangan kanannya.
Mangkuk ramen itu ditolak semula kepada Zarra. Cawan di sisinya dicapai bagi menghilangkan perit pada tekaknya. Sudahlah ramen itu pedas, panas lagi.
"Kau ni pun, ngah. Tapislah dulu soalannya sebelum tanya. Kan dah tersedak mak cik kau ni," marah Zarra kepada Zerra.
"Rasanya soalan angah tadi soalan biasa aje?" Zerra mengerutkan dahinya seraya mencapai garfu.
"Bagi kau memanglah biasa. Tapi bukan bagi Yin." Makin berkerut dahi Zerra jadinya. Malas mahu berfikir panjang, dia hanya menjongketkan bahunya sambil menyuapkan ramen ke mulutnya.
Zuyyin berdehem untuk menyelesakan tekaknya. Dia menghela nafas lega apabila dia sudah menenangkan dirinya. Zerra yang berada di kanannya dipandang.
"Kenapa tiba-tiba kau boleh tanya Yin soalan macam tu? Apa yang membuatkan kau terfikir nak tanya soalan tu?" soal Zuyyin ingin tahu. Permukaan cawan dimain. Zarra memandang Zerra. Dia ingin tahu juga kenapa Zerra boleh terfikir nak tanya soalan itu kepada Zuyyin.
"Yelah, waktu Ayah Ngah kahwin, dapat mak cik. Ayah Lang kahwin, dapat mak cik. Tadi Pak Cik Rul kahwin pun, dapat mak cik lagi. Kita orang ni asyik dapat mak cik aje. Naklah juga merasa dapat pak cik pula." Panjang lebar Zerra berkata.
YOU ARE READING
ESKANDAR'S Z | SU
Любовные романыTengku Isaac Eskandar & Zuyyin Helena Tengku Nathaniel Eskandar & Zarra Isabella "Don't waste your time with someone like me. Its not worth it." - ZUYYIN HELENA "I'll love you as much as I can, Zuyyin Helena." - TENGKU ISAAC ESKANDAR "Saya suka ten...