TELEFON pintar yang berada di sisi laptop pantas dicapai oleh Tengku Nathaniel apabila ianya berdering. Tidak mahu menjadi gangguan kepada orang lain yang sedang belajar di perpustakaan ketika itu.
"Kenapa?" soalnya kepada si pemanggil dengan suara yang perlahan, persis berbisik.
"Mana kau?" Tengku Isaac menanyakan kepada adiknya. Dari tadi dia dan Puan Seri Nadiya menunggu kepulangannya tetapi sampai sekarang batang hidung pun dia tak nampak. Kerana itu dia membuat keputusan untuk menelefon Tengku Nathaniel.
"Dekat library kampus ni. Lupa nak bagitahu yang aku balik lambat hari ni. Nak study sikit," ujar Tengku Nathaniel. Di hujung talian, Tengku Nathaniel dapat mendengar perbualan antara Tengku Isaac dan juga Puan Seri Nadiya tentang dirinya yang tidak dapat menyertai mereka untuk makan tengah hari.
"Tak apalah kalau macam tu. Lain kali terus bagitahu kita orang, lagi-lagi mummy. Mummy tunggu kau dari tadi tahu tak?"
Perasaan serba salah menghurung dirinya kala ini. Bukan dia sengaja tidak mahu memberitahu, tetapi dia betul-betul terlupa. Fikirannya penuh dengan segala assignment yang dia perlu buat.
"Nak cakap dengan mummy kejap."
"Hello?" Suara Puan Seri Nadiya menyapa gegendang telinga Tengku Nathaniel.
"Hello, mummy. Niel betul-betul minta maaf sebab lupa nak bagitahu dekat mummy yang Niel balik lambat hari ni. Maaf buat mummy tertunggu Niel balik," Tengku Nathaniel berkata dengan kesal. Tangannya menguak rambutnya ke belakang.
"Tak apalah, Niel. Mummy faham Niel sibuk dengan assignment. Niel dah makan ke belum tu? Jangan study aje sampai lupa makan pulak. Makan tu penting..." Makin lama suara Puan Seri Nadiya menjadi tenggelam apabila Tengku Nathaniel memandang ke satu arah.
Seorang pelajar perempuan mengambil tempat di meja yang tidak jauh dengannya. Hanya selang 3 buah meja sahaja darinya dan mereka duduk berhadapan. Ralit Tengku Nathaniel merenung gadis itu sehingga tidak sedar yang dia masih dalam panggilan bersama Puan Seri Nadiya.
"Tengku Nathaniel Eskandar Tengku Idreez Eskandar!" Tengku Nathaniel tersentak saat nama penuhnya dipanggil oleh mummynya dengan suara yang agak tinggi.
"Yes, ma'am!" sahut Tengku Nathaniel kuat tapi masih lagi dalam keadaan yang berbisik.
"Niel buat apa sampai mummy panggil banyak kali Niel tak jawab?" soal Puan Seri Nadiya sedikit curiga dengan putera bongsunya itu.
"Sorry, mummy. Mummy cakap apa tadi?"
"Ish kamu ni. Mummy cakap, jangan lupa makan. Makan tu penting untuk bagi otak Niel berfungsi nak buat segala assignment tu. Biar ada energy sikit." Puan Seri Nadiya mengulang kembali pesanan yang dia katakan tadi. Tengku Nathaniel mengangguk faham walaupun dia tahu yang Puan Seri Nadiya tidak dapat melihat perbuatannya itu.
"Ya, mummy. Nanti Niel stop kejap lepas tu pergi makan. Don't worry, okay? " pujuk Tengku Nathaniel. Sesekali matanya akan melirik kepada gadis tadi yang sedang fokus dengan laptopnya.
"Yelah. Ada apa-apa hal nanti terus call mummy ataupun Isaac, ya. Mummy letak dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Tengku Nathaniel mematikan talian sebaik sahaja dia menjawab salam Puan Seri Nadiya. Telefon pintarnya itu dia letakkan semula di sisi laptop.
Tengku Nathaniel menolak sikit laptopnya dan dia membongkokkan badannya. Wajahnya didekatkan pada screen laptop untuk menyembunyikan wajahnya. Dia mengintai sedikit dari sebalik laptopnya untuk melihat gadis tadi. Gerak-geri gadis itu mencapai headphone dari dalam begnya lalu dipakainya diperhatikan oleh Tengku Nathaniel.
Sebenarnya kawan-kawan dia tadi mengajaknya untuk membuat assignment di kafe tapi ditolak oleh Tengku Nathaniel. Sebab apa? Sebab dia tahu yang gadis itu akan berada di perpustakaan kampus mereka setiap petang jika gadis itu tidak mempunyai kelas.
Dia tidak stalk gadis itu. Tidak. Cuma dia banyak kali terserempak dengan gadis itu yang sedang menuju ke perpustakaan berseorangan. Jarang dia mahu melihat gadis itu bersama pelajar lain. Kerap kali dia melihat gadis itu berjalan seorangan.
Nak kata gadis itu tiada kawan macam mustahil kerana sesekali dia ternampak juga yang gadis itu bersembang dengan pelajar perempuan yang lain dengan mesra. Barangkali gadis itu lebih suka bersendirian berbanding bersama dengan orang lain.
Tengku Nathaniel membetulkan semula duduknya untuk menyambung semula membuat kerjanya. Tetapi dia tidak dapat menahan matanya dari melirik ke arah gadis itu. Apabila gadis itu sesekali memandang sekeliling, dia pantas melarikan bebola matanya memandang ke screen laptopnya.
Selepas beberapa ketika Tengku Nathaniel menghadap laptop, dia mengerling lagi ke arah gadis itu. Kini, laptop gadis itu sudah disimpan dan dia sedang membaca sebuah novel.
Dia menongkatkan kepalanya, masih setia memandang gadis itu. Kadang-kadang gadis itu akan tersenyum. Kadang-kadang gadis itu akan menggenggam penumbuk dan menggoyangkannya tanda dia suka. Kadang-kadang juga dia juga akan berhenti membaca buat seketika untuk menenangkan dirinya.
Segala gelagat yang dilakukan oleh gadis itu membuatkan Tengku Nathaniel tidak dapat menahan untuk menyimpan senyumannya.
"Comel," tuturnya perlahan tanpa sedar. Senyuman masih tidak lekang pada bibirnya.
ZARRA menghentikan pembacaannya buat seketika. Dia memandang sekeliling. Manalah tahu kalau-kalau ada yang memandang reaksi tatkala dia sedang membaca. Mahu malu keturunannya. Hembusan lega dikeluarkan apabila dia melihat orang-orang yang berada di dalam perpustakaan itu membuat hal mereka sendiri.
Zarra mengalihkan pandangannya ke hadapan pula. Keningnya sedikit berkerut.
"Rasanya tadi depan aku ada orang..." bisiknya perlahan. Dia menjungkitkan bahunya. Malas mahu ambil tahu. Jam yang berada di pergelangan tangannya dilirik sekilas.
"Alamak, dah nak start training." Pantas Zarra menyimpan semula novel dan headphonenya ke dalam beg. Dengan langkah yang laju, Zarra keluar dari perpustakaan dan menuju ke padang.
Semasa Zarra ingin menuruni anak tangga, dia terpaksa menggunakan laluan belah kiri kerana terdapat sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul di laluan belah kanan sehingga membuatkan orang lain susah untuk lalu.
Baru sahaja Zarra ingin menapak turun anak tangga pertama, dia hampir berlanggar dengan seseorang tetapi sempat mereka berdua menghentikan langkah mereka. Zarra memandang sekilas pelajar lelaki itu yang berdiri di anak tangga bawah daripadanya membuatkan ketinggian mereka hampir sama.
"Oh, my bad. I'm sorry," ucap lelaki itu. Zarra hanya tersenyum tipis lalu memberikan laluan kepada lelaki itu.
"It's okay." Zarra menundukkan kepalanya. Pantas dia menuruni anak tangga apabila lelaki itu sudah menjejakkan kakinya ke tangga atas. Dia mahu cepat. Dia perlu menukar baju sebelum turun ke padang untuk training.
Tanpa Zarra sedari, seseorang memerhatikan dia melangkah pergi hingga hilang dari pandangan matanya.
"Cepat betul perempuan tu jalan." Tengku Nathaniel memalingkan kepala memandang kawannya, Megat Arash, yang juga sedang memerhatikan gerak-geri Zarra.
"Adalah tu benda penting yang dia kena pergi tu. Jomlah masuk. Cepat assignment kita siap, cepat aku boleh balik." Tengku Nathaniel menapak masuk semula ke dalam perpustakaan. Dia keluar sekejap tadi untuk memenuhkan perutnya yang sudah lapar. Kemudian, dia berjumpa pula dengan kawannya itu.
"Takkan nak terus balik kut. Kita lepaklah dulu." Megat Arash menyaingi langkah Tengku Nathaniel lalu duduk di sebuah meja yang bersebelahan dengan tingkap.
"Tengoklah macam mana nanti. Ada cukup masa, aku ikutlah kau lepak," ujar Tengku Nathaniel seraya mengeluarkan laptop dari dalam beg galasnya. Dia menunggu buat beberapa ketika sebelum dia menyambung membuat kerjanya yang tergendala tadi.
—
YOU ARE READING
ESKANDAR'S Z | SU
RomanceTengku Isaac Eskandar & Zuyyin Helena Tengku Nathaniel Eskandar & Zarra Isabella "Don't waste your time with someone like me. Its not worth it." - ZUYYIN HELENA "I'll love you as much as I can, Zuyyin Helena." - TENGKU ISAAC ESKANDAR "Saya suka ten...