03 | ESKANDAR'S Z

164 13 0
                                    

SEPANJANG majlis perkahwinan Zulfakhri dan Safwin berlangsung, Zarra menayangkan muka ketat. Dia masih tak puas hati dengan Zuyyin.

Cuba kalau nak lari tu, ajak aku sekali. Ini tak, dia lari sorang je. Tak guna punya mak cik. Desis Zarra dalam hatinya.

Sedang Zarra melayan perasannya, pinggangnya dicuit menyebabkan dia tersentak. Wajah Zeeya yang baru habis merenjis pengantin, dipandang tidak berperasaan.

"Muka tu cuba kawal. Senyum sikit. Rosak gambar kahwin diorang ni nanti." Malas mahu bertekak, kepalanya diangguk malas. Zeeya memandang tajam puteri sulungnya itu sebelum turun dari pentas.

Bunga rampai yang terlekat pada tudung dan tangan Safwin disapu. Melihat wajah Safwin yang sudah berpeluh, Zarra mencapai tisu yang dari tadi dipegangnya lalu dilap peluh Safwin dengan penuh berhati-hati. Bimbang jika makeup yang dipakai hilang.

Setelah habis sesi merenjis, kini tiba untuk sesi tangkap gambar bersama pengantin. Zarra dan juga pengapit lelaki berdiri di tepi pelamin. Sesekali mereka akan menolong membetulkan apa yang patut pada pengantin.

"Bilalah nak habis. Aku nak duduk. Lenguh dah kaki ni berdiri." Rungut Zarra sendirian tetapi dapat didengari pengapit lelaki yang berdiri tidak jauh di sebelahnya.

"Awak memang tak nak jadi pengapit ke?" Soalan dilontarkan kepada Zarra. Zarra menjawab dengan anggukan. Sekali pun dia tidak pandang lelaki itu.

"Patutnya mak cik saya yang jadi pengapit dengan Pak Cik Qayyish. Tapi disebabkan Pak Cik Qayyish tak dapat datang, dia pergi buat perangai. Dia lari. So, disebabkan dia buat perangai, sayalah yang terpaksa gantikan dia. Dahlah dia lari sebelum majlis start. Bila dia dah balik nanti, memang nahas aku kerjakan dia." Tanpa sedar Zarra membebel seorang diri. Penumbuknya dikepalkan lalu menumbuk tapak tangannya yang satu lagi. Jejaka itu mengukirkan senyuman.

Suasana antara mereka sepi. Masing-masing ralat melihat gelagat orang ramai dan pengantin yang sedang tangkap gambar.

"Zarra, mari sini! Kita tangkap gambar family pula." Datin Emilia memanggil cucu sulungnya yang dari tadi hanya berdiri di tepi pelamin. Lantas Zarra mendekati keluarganya lalu mengambil tempat.

Lelaki yang setia berdiri di sebelahnya tadi hanya mengukirkan senyuman yang manis apabila dia melihat pelbagai gelagat keluarga pengantin lelaki. Kekadang dia tertanya, kenapa orang asal yang patut menjadi pengapit perempuan, lari dari majlis?

Mungkin dia patut tanya Zulfakhri atau Qayyish nanti.














SEORANG pekerja perempuan pantas mendekati Zuyyin sebaik sahaja dia masuk ke dalam sebuah butik yang berjenama. Senyuman yang dilontarkan oleh pekerja perempuan itu Zuyyin balas dengan anggukan.

"Boleh saya bantu? Cik cari apa ya?" Pekerja itu menyoal sambil membontoti Zuyyin. Mata Zuyyin melilau pada keliling butik.

"I nak tengok-tengok dulu. Kalau I dah jumpa, baru I panggil you. Tolong jangan ikut I." Zuyyin berkata dengan lembut. Dia cukup tidak suka apabila dia ingin membeli, ada orang mengikutnya ke mana dia pergi. Dia rimas.

Pekerja perempuan itu seperti teragak-agak mahu berlalu. Zuyyin memandang ke arahnya dan menayangkan wajah kosong.

"Jangan risau. I tak akan curi barang-barang dalam butik ni. I boleh beli satu butik ni kalau I nak. Kalau you risau sangat, you boleh tengok I dari jauh. Tak perlu ikut belakang I." Zuyyin mengukir senyum tipis sebelum meninggalkan pekerja perempuan itu.

Satu persatu beg tangan yang terpamer dilihat. Satu beg tangan yang berwarna coklat menarik perhatian Zuyyin. Tangannya terus mencapai beg tangan tersebut lalu membelek dengan teliti.

"Hmm Kak Zee ke Kak Qaseh?" Soalnya pada diri sendiri. Selesai membelek, kepalanya dianggukkan lalu meletak semula beg tangan itu pada tempat asal.

Setelah sekian lama membelek beg-beg tangan yang terpamer, Zuyyin memandang sekeliling untuk mencari pekerja perempuan tadi. Apabila mata mereka bertembung, laju pekerja perempuan itu mendekati Zuyyin.

"I nak semua beg tangan dekat rak kedua tu dan yang warna hitam dekat rak sana satu." Zuyyin menunjukkan semua beg tangan yang dia mahukan sebelum menyambung lagi, "Then, I nak tengok wallet and pouch bag for men."

Pekerja perempuan itu menganggukkan kepalanya. Dia meminta Zuyyin untuk mengikutnya ke barang bahagian lelaki.

"Bahagian ini semuanya untuk lelaki." Kata pekerja perempuan itu. Zuyyin menunduk melihat barisan wallet yang ada di dalam peti kaca.

Tak tunggu lama, Zuyyin menunjuk dari atas peti kaca wallet yang dipilihnya. Dia memilih 6 wallet berserta 3 pouch bag.

Selesai memilih, Zuyyin melabuhkan punggung pada kerusi yang telah disediakan sementara menunggu barang yang dipilihnya tadi siap dibungkus. Telefon yang berada di dalam beg dicapai. Sebaik sahaja dia menutup airplane mode, tak henti-henti chat masuk. Kebanyakan chat yang masuk adalah daripada Zarra.

Zuyyin mengukirkan senyum nakal apabila membaca chat Zarra di notifiction bar. Bengang betul Zarra dengannya kerana dia terpaksa menggantikan tempat Zuyyin sebagai pengapit Safwin.

"Cik, semua barang cik dah siap." Zuyyin mengangguk. Dia membuka airplane mode semula sebelum bangun pergi ke kaunter untuk pembayaran.

"Banyak barang yang cik beli." Ujar pekerja perempuan itu sekadar berbasa-basi seraya menerima huluran kad dari Zuyyin.

"I dah buat salah, so kenalah minta maaf, kan? You doa-doakanlah yang diorang dapat maafkan I." Mata dikenyitkan kepada pekerja perempuan itu. Kad diambil semula lalu disimpan.

"Semoga semuanya baik-baik saja. Staff kami akan tolong angkat barang cik sampai ke kereta. Terima kasih membeli-belah di butik kami." Zuyyin senyum sikit lalu keluar dari butik diikuti dua orang pekerja lelaki yang mengangkat barang-barangnya.

Zuyyin mengucapkan terima kasih kepada dua orang pekerja lelaki tadi sebelum masuk ke dalam perut kereta. Jam tangan dipandang sekilas. Sudah pukul 6:13 petang. Nak balik sekarang atau tunggu malam nanti?

Lama berfikir, Zuyyin membuat keputusan untuk balik malam nanti. Dia mahu pusing-pusing bandar sebelum balik. Cermin mata hitam yang elok terletak di atas kepala diambil lalu dipakai. Selepas enjin keretanya sudah panas, dia mula memulakan pemanduannya.

Zuyyin sempat berdoa dalam hati. Berharap yang family dia dah tak marah dia sangat dan kalau boleh lupakan apa yang terjadi pagi tadi walaupun dia tahu yang perkara itu mustahil.














SELESAI Zuyyin memarkirkan keretanya pada kotak yang disediakan, dia berjalan masuk ke Starbucks. Tak jadi dia mahu pusing-pusing keliling bandar jadi dia buat keputusan untuk lepak di Starbucks sampai malam.

Zuyyin duduk di sudut kedai yang agak jauh dengan orang ramai. Laptop dikeluarkan dari dalam beg untuk menyambung sikit kerjanya yang tergendala. Sempat dia capai beg laptopnya semasa dia ingin lari majlis tadi.

"Iced Asian Dolce Latte for Zuyyin." Pantas Zuyyin bangun pergi ke kaunter untuk mengambil air minumannya. Seusai mengucapkan terima kasih, Zuyyin berjalan ke tempatnya semula.

Langkahnya menjadi perlahan apabila dia ternampak seorang lelaki duduk di kerusi kosong berhadapan dengannya di meja yang dia duduk tadi.

Rasa macam tempat kosong banyak lagi. Kenapa lelaki tu duduk dekat meja aku pula? Dahi Zuyyin berkerut. Kakinya menapak ke mejanya tadi.

"Excuse me, ni tempat I. I yang duduk sini dulu." Dingin Zuyyin bersuara sambil berdiri di sisi meja. Zuyyin mula menayangkan muka tidak puas hati.

"Oh, I'm sorry. I just jagakan barang you je sebab you tinggalkan barang you macam tu je. Tak ada niat lain pun." Lelaki itu mendongakkan kepalanya memandang Zuyyin.

Terbeliak mata Zuyyin apabila dia mendapat tahu identiti lelaki tersebut.

ESKANDAR'S Z | SUWhere stories live. Discover now