13 | pujuk

1.6K 112 185
                                    

now playing...

angin kencang by noh salleh

◁ II ▷ ↺


────┉┈◈◉◈┈┉────

MURAHAN.

Itu yang Fakhri sangka tentang aku, tentang rakan baiknya sendiri.

Ah, inilah manusia! Suka menilai orang tanpa usul periksa. Cubalah fikir dahulu sebelum nak cakap sesuatu. Cubalah jangan ego sangat. Cubalah jangan ikutkan sangat perasaan sampai terbuat sesuatu yang boleh mengguriskan hati orang.

Pukimak punya beban negara. Rosak date aku.

Malia dan Irish ada tanya mengapa aku pulang dengan wajah suram petang tadi. Tapi tak pula aku menjawab, aku hanya menukar bajuku dan terus merebahkan diri ke atas katil. Dan aku tertidur.

Sekarang, mereka berdua tidak berada dibilik. Keluar, pergi double date. Kononnya mahu membalas kat aku, sebab aku keluar date tadi.

Aku termenung memandang telefonku yang terletak molek di atas bedside table aku.

Patut ke aku call Fakhri dan minta maaf? Lah, dah kenapa pulak aku nak kena minta maaf? Bukannya betul pun apa yang Kahar cakapkan petang tadi. Bukan salah aku kalau Fakhri terasa. Siapa suruh dia bodoh pergi percaya apa yang Kahar cakap tadi. Dialah yang bengap. Dahla tak tunaikan janji dia nak belanja aku. Cibai betul. Perlu ke aku nak beria-ia terangkan perkara yang sebenar? Alah, bukannya dia boyfriend aku pun nak kena explain bagai. Buang masa dan tenaga saja.

Kesimpulannya, bukan salah aku. Salah jantan tu sebab dia bodoh dan terlalu mengikut perasaan cemburu.

Ikut sedap hati dia je nak kata aku murahan. Dia ingat dia mahal sangat macam Rolls-Royce Boat-Tail ke?

Aku terasa tau.

Ting! Ting! Ting!

Tiga notifikasi masuk.

Aku menjeling telefonku itu dan jelingan itu bertukar menjadi sebuah renungan.

Akhirnya, aku mencapai telefon pintarku itu. Keningku sedikit berkerut melihat apa yang tertera pada lockscreenku itu.

kapla high ketum
3 messages

Langsung, aku menekan notifikasi tersebut, memasukkan kata laluanku, dan ia terus membawa aku ke aplikasi WhatsApp.

___

- kapla high ketum

- kapla high ketum
assalamualaikum.
sari, aku...
minta maaf?

Mataku terus saja terbeliak luas membaca mesej tersebut.

" What. The. Fuck." Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutku sekarang.

Dia sedang menaip. Agak lama. Aku sabar menunggu.

- kapla high ketum
buka pintu bilik, please?

you
babi type bukan main lama
takpe aku faham kau nervous
beginners nervousness en, biasa ah
kali pertama dalam hidup kau, kau reti nak minta maaf, kan?
😂

- kapla high ketum
sari..

you
lol nak minta maaf pun still letak tanda tanya
tahpape
nampak sangat yang kau tak pasti untuk minta maaf kan?
kau bukannya ikhlas pun kan?
kau prank eh?
was it a dare?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

redamancy; a.kaharWhere stories live. Discover now