04 | semeja, lesen

2.6K 169 167
                                    

playlist;
 stuck with u | ariana grande

˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

─────────────────

SELEPAS solat subuh, aku dan dua ekor beruk tu terus bergegas ke Dewan Makan. Lapar beb!

Tak nampak pula kelibat Kahar hari ni. Mungkin dia masih belum sampai. Ah, lantaklah. Lagi bagus pun kalau dia tak ada. Aman sejahtera hidup aku.

Yang tak berapa amannya adalah, kepit buaya aku hilang. Sudahlah getah rambut aku juga semuanya sudah hilang. Ini kepit buaya pula hilang. Hah, bagus! Memang rupa aku dah macam langsuir dah sekarang ni. Rambut tak diikat. Nasib baiklah rambut aku separas dada sahaja. Tak adalah nampak serabai sangat.

" Kau memang tak guna, Mal. Sampai hati kau tak kasi aku pinjam satu getah. Kedekut!" rungutku, seraya tanganku bergerak mencapai air di sebelah Irish.

Malia menjelingku jengkel. " Memang taklah aku nak share getah dengan kau. Nanti kalau aku kena canser kulit kepala, macam mana?" ujarnya, selepas dia habis mengunyah bihunnya.

Rahangku serta merta terjatuh. Pergerakan tanganku yang mahu menyuap bihun kemulut serta merta kaku. Rambutku yang menggangu aku raup kasar ke tepi.

" Kau nak kata aku ni pembawa penyakit ke?"

" Ya." Ringkas saja balasannya. Dengan selambanya, dia sambung menyuap bihun kedalam mulut.

Aku terlopong. Mataku terkelip-kelip memandang Malia yang sedang duduk di hadapanku. Irish yang sedang ralik mengunyah bihunnya disebelah Malia, mengetap bibirnya menahan gelak.

" Kuaja kau, Mal. Lepasni jangan sembang ngan aku dah." rajukku.

" Okey." balas Malia, ringkas.

Aku hanya menjelingnya tajam. Irish disebelah Malia sudah terkekek-kekek tergelak.

Aku sambung menyuap bihun ke dalam mulut. Walaupun rambutku yang serabai ini mengacau aku untuk makan, aku tetap gigih menyelak rambutku berkali-kali hingga aku dapat menyuap sesuap bihun goreng ke dalam perut.

" Penatlah hidup single." tiba-tiba, Irish bersuara. Bibirnya dicebik.

Kening aku dan Malia bertaut. Dah kenapa random sangat minah ni?

" Okey, Rish. Meh sini aku jadi tukang cari jodoh untuk kau." ujarku, terbit satu senyuman nakal dibibirku.

Kunyahan Irish terhenti. Keningnya berkerut. Dia lantas menelan bihunnya sebelum bertanya, " Macam mana?"

Makin melebarlah senyuman nakalku. Aku mengerling ke arah Malia yang turut berkerut kening.

" Okey, macamni. Dalam masa tiga saat, jodoh kau duduk belakang kau." ujarku.

redamancy; a.kaharWhere stories live. Discover now