03 | 'setel'

2.8K 192 358
                                    

playlist;
shameless | camila cabello

˚ ୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

˚ ୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆˚୨୧⋆。˚ ⋆

─────────────────

SATU laungan kuat menyentakkan aku yang sedang berehat di dalam dorm.

" Fakhri!"

Itu macam suara... Kahar?

Keningku bertaut. Apa benda lagilah mamat ni? Mengacau saja orang mahu melepak hujung-hujung minggu ni.

Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, aku terus bangun daripada katil. Telefonku simpan ke dalam poket. Lantas aku keluar daripada dorm dan kepalaku tertoleh ke kanan dan ke kiri. Mencari punca suara tersebut.

Oh, there he is. Dia sedang berdiri di hadapan dorm yang bertentangan dengan dorm aku. Bersama Hakeem dan Zahrin disebelahnya. Dia sedang memegang sebuah telefon. Gaya macam nak jatuhkan telefon itu ke bawah.

Mataku langsung tertacap pada susuk tubuh yang sangatku kenali.

Fakhri. Dia sedang mendongak ke atas memandang Kahar dengan wajah garangnya.

Oh? Telefon dia ke?

Kahar tersenyum sinis menampakkan sebaris giginya. Saat dia mengangkat kepalanya, mata kami berlaga.

Dia merenungku dengan senyuman sinisnya, lama dan dalam. Seperti sedang merenung ke dalam jiwaku. Seperti sedang membaca setiap patah perkataan yang bermain di dalam mindaku.

Aku hanya membalas renungannya dengan pandangan kosong.

Okay, this is getting real intense. Dan aku tak berapa selesa dengan renungannya itu. Tapi muka kosong tetap aku tayangkan.

Bibirnya bergerak sedikit seperti sedang berbisik sesuatu. Mataku dikecilkan sedikit saat aku cuba membaca gerak bibirnya.

" One... Two... Three." Yeah, that's it.

Dia terus membaling telefon itu ke bawah.

Pap! Telefon itu jatuh ke lantai. Pecah.

Mulutku ternganga sedikit.

" Anjay," Hanya itu yang mampu aku lafazkan sekarang ini.

Fakhri berpaling daripada menghadap Kahar. Dapat aku lihat kedua-dua belah tangannya dikepal erat. Nafasnya turun naik menahan marah, mungkin.

Sah, itu telefon Fakhri.

Tiba-tiba, Fakhri mengayunkan langkahnya dengan pantas menaiki tangga.

Oh, you know what's about to happen.

redamancy; a.kaharWhere stories live. Discover now