"Rumah kami." balas Duri dengan senyuman manis miliknya.

"A-aku nak b-balik." kata Yn sambil mencuba berdiri berniat untuk pulang ke rumah.

"Tak Boleh!" Kata Mereka serentak termasuk Gempa yang baru masuk ke bilik tersebut.

"A-aku nak b-balik." ulang Yn lagi dan masih mencuba berdiri namun Solar mengangkatnya kembali ke atas katil.

"Dah tak kata boleh kan, dengar sajalah." kata Solar tegas.

Yn diam saja dan langsung tidak berganjak. Dirinya agak takut dan gugup di tatap 7 lelaki tampan aka pembulinya.

"Yn, ni makan dulu..nanti makan ubat." kata Gempa lembut sambil mengadukan bubur nasi.

Yn diam dan membalas dengan gelengan.

"Makan."

Geleng.

"Yn, makan nanti cepat sihat." Taufan mencuba memujuk Yn makan, namun masih dengan jawapan sama.

Geleng.

"Makanlah Yn, nanti tak sembuh kamu pula yang susah sendiri.." Blaze turut melakukan memujuk namun tiada hasil.

Geleng.

Kini giliran Si Innocent Duri pula.
"Yn, Makan ya.. penat kak Gempa sudah masakan.." pukul Duri dengan tekniknya yang tiada siapa dapat mengatakan tidak.

Gelengan.

Ouh, ok.. Yn kebal, kerana ia berhasil menolak Puppy Eyes Duri..

"Makan, nanti aku ajak kau selfie." Cara memujuk Solar yang jelas pasti akan di tolak.

Gelengan lagi.

"Kenapa tak nak makan, Yn?" tanya Ice dengan pandangan khasnya.

"T-tak lapar." balas Yang singkat.

Kini giliran Hali, harapan terakhir mereka untuk memujuk Yn makan.

Hali menatap Yn tajam lalu bersuara. "Yn, makan." katanya.

Namun Yn masih memberi balasan gelengan.

"Makan, atau kau sebenarnya tak nak sihat supaya kau dapat tinggal dengan kami?" tanya Hali dengan mengusik.

"T-tak." balas Yn dengan gelengan.

"Heleh, ngaku jelah Yn." sambung Solar terus turut ingin mengusik.

"T-tak.." Yn sungguh ingin menangis ketika ini.

[To Be Continued]

Introvert or Fictophilia? [Boel X YN](END)Where stories live. Discover now