"Siapa jaga Yn?""Aku."
Kelihatan ketujuh Elemental sedang berkumpul di ruang tamu rumah mereka, berbincang siapa yang akan cuti untuk menjaga Yn yang tinggal bersama mereka sementara sakit.
Mereka terus berbincang tanpa menyedari akan gadis yang diperbualkan tersebut telah sedarkan diri dan menatap mereka dengan mata yang merah ingin mengeluarkan cecair jernih.
' k-kenapa aku kena dengan m-mereka? ' kata batin Yn menatap satu-persatu wajah dihadapannya dengan takut.
' A-aku nak b-balik.. ' fikirnya lagi dengan air mata yang mulai mengalir keluar dari matanya.
"Aku saja yang jaga Yn, antara semua dia paling selesa dengan aku." kata Ice.
"Tak.. tak.. nanti bukannya jaga, tapi kau tidur.." bantah Taufan dan disetujui semua.
"Kalau macam tu, aku saja.. aku dah biasa jaga orang sakit.."
"Gempa, apa kau terlupa sesuatu?" tanya Solar setelah Gempa berkata.
"Apa?"
"Kau ikut terlibat dalam kegiatan kem angkasa lepas dengan aku dan Hali." kata Solar lalu tertatap Yn.
"Yn?"
Semua seketika melihat kearah Yn yang kelihatannya menahan tangis dan menatap mereka ketakutan.
"J-jangan nangis.." kata Duri dan seketika Yn mengeluarkan air mata.
"Jangan ditegur lain kali!" kata Blaze sambil menjitak kepala Duri.
"Aduh.. sakitlah.."
"Yn, kau lapar?atau kau mahu kitaorang ambilkan kau apa-apa?" tanya Gempa prihatin.
"A-aku nak balik.." balas Yn sambil menunduk.
"Kecuali tu.." kata Gempa setelah mendengar balasan Yn.
"Hisk..Aku mahu balik.." kata Yn sambil menyeka air matanya.
"Tak boleh Yn, kau tak sihat lagi."
[To Be Continued]
YOU ARE READING
Introvert or Fictophilia? [Boel X YN](END)
Short StoryHanya Cerita Pendek yang terlintas difikiran. Fictophilia ( Penyakit Mencintai Watak Fiksi/Animasi )