"Argh.. ni, makan dulu.." kata Gempa sambil menyendukkan sesudu bubur ke arah Yn.Yn menatapnya tak berminat, namun mulutnya mulai terbuka untuk makan.
"Akhirnya mahu makan juga." keluh mereka lega di saat Yn akhirnya mahu makan. Namun Elemental terselit sedikit sebanyak rasa cemburu setelah melihat Gempa yang menyuap Yn, dan rasa senang hati bagi Gempa.
Setelah selesai makan, Yn hanya diam saja dengan Elemental yang menatapnya lekat.
"B-boleh aku balik sekarang?" tanya Yn ingin menuntut apa yang dikatakan Gempa.
"Lepas kau baik dari demam, baru kami hantar kau balik." kata Hali terus terang.
"Tak nak!Aku nak balik!" balas Yn geram saat mengetahui dirinya ditipu.
"Kalau kau balik, tak ada siapa jaga kau.. kau tengah demam, tahu kan?" kata Solar dengan raut khawatir.
"Aku nak balik." kata Yn lalu mencuba bangun namun di halang Hali, Blaze dan Taufan.
"Duduk sajalah. Menyusahkan tahu tak, nak hantar kau." kata Hali dengan tatapan tajam.
"Terima kasih jaga aku beberapa jam ni, maaf juga menyusahkan." kata Yn sambil menunduk. "Tapi aku tetap mahu balik, tak peduli aku harus balik sendiri, atau jalan kaki sekalipun."
Sambung Yn lalu mencuba keluar dengan tenaganya. Namun apa daya pasti Yn kalah telak dengan jumlah dan kekuatan di mana mereka 7 lelaki sihat, sementara Yn seorang gadis dan sedang sakit.
[To Be Continued]
YOU ARE READING
Introvert or Fictophilia? [Boel X YN](END)
Short StoryHanya Cerita Pendek yang terlintas difikiran. Fictophilia ( Penyakit Mencintai Watak Fiksi/Animasi )