Prolog 🦋

5.7K 176 38
                                    

Nazrin dan Haira bertatapan antara satu sama lain. Pertama kali bertemu dan bertentang mata. Siapa sangka selama ini hanya terlihat di dalam kaca televisyen dan di dalam novel-novel melayu kini betul-betul terjadi dalam diri Nazrin Aqasha dan Haira Syaiqisha. Ya! Perjodohan yang diatur oleh kedua-dua ibu bapa mereka menjadi penyebab mengapa mereka berdua bertemu saat ini.

"Hanya setahun. Itu tempoh yang aku minta. After that, we will discuss about our marriage relationship."

Nazrin bersuara. Daripada berdolak-dalih, lebih baik dia berterus terang. Setelah puas berfikir panjang, itulah tempoh masa yang sesuai untuk dirinya bersama dengan wanita yang langsung tidak dia kenali ini. Haira Syaiqisha. Hanya nama wanita itu yang Nazrin tahu. Selain daripada itu, dia langsung tidak ingin mengambil tahu.

"Se..Setahun?" Haira tergamam. Setahun? Dalam tempoh itu, dia perlu menjadi isteri kepada Nazrin Aqasha. Haira terasa air matanya mula bertakung namun ditahan. Siapa sangka, lelaki yang selama dia fikir sebaik-baik manusia sanggup berfikir seperti itu. Setahun? Then what? Adakah mereka akan berpisah? Tidak dapat Haira bayangkan dirinya menjadi seorang perempuan yang diceraikan oleh suami pada waktu usia yang muda.

Nazrin Aqasha mungkin tidak mengenali Haira Syaiqisha. Namun tidak pada Haira Syaiqisha. Dia sangat mengenali lelaki di hadapannya ini. Seseorang yang pernah membuat jantung Haira berdegup kencang setiap kali mereka bertembung. Ya. Mereka sama-sama alumni di Universiti Teknologi Malaysia, UTM yang berbeza tahun. Nazrin merupakan seorang pelajar Senior atau pelajar tahun akhir manakala Haira pula pelajar tahun pertama ketika mereka bertemu. Haira terjatuh hati pada Nazrin sewaktu pertama kali bertemu di sebuah program aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti. Sejak dari itu, Haira sudah tidak memandang mana-mana lelaki lain sepanjang dia menyambung pelajarannya sehinggalah dia selesai bergraduasi dengan Jurusan Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia.

Haira begitu teruja saat dia mengetahui doanya termakbul tatkala bapanya memberitahunya mengenai rancangan perjodohan yang dia buat bersama bapa Nazrin. Siapa sangka, selama ini bapanya dan juga bapa Nazrin adalah seorang rakan karib dan juga kenalan lama bapanya.  Awalnya, Haira menolak kerana mahu fokus dengan pekerjaan dan juga yayasan yang ditubuhkan olehnya. Namun setelah mengetahui siapakah calonnya, hatinya terus bersetuju.

Siapa sangka, perasaan teruja bertukar menjadi hiba saat mendengar Nazrin meluahkan kata-kata yang cukup membuat Haira hiba. Sekali lagi, Bercerai?

"Ke..kenapa? Kenapa mesti setahun?" Tanya Haira dengan gugup. Nazrin menatap Haira.

"Sebab perjodohan kita ini just only for the convenience. They really set us up to get married for their old promise. Tersangat old school." Makin terguris hati Haira mendengarnya.

"Kenapa awak setuju?" Tanya Haira.

"Sebab kau setuju! Kalau kau tak setuju, kita tak ada dekat sini sekarang ni." Nazrin berkata.

"Saya agree sebab saya ingat awak pun setuju. Kalau saya tahu, saya tak akan setuju dengan rancangan ini." Haira menipu. Dia cuba mengawal emosi sedihnya. Dia tidak berani untuk menatap Nazrin saat ini.

"Tak ada gunanya. Our parents dah siapkan segala preparation untuk kita. Nothing can be changed right now. So let's started the plan. Kita berkahwin hanya untuk setahun. I guees itulah waktu yang sesuai untuk kita sebelum kita merancang flow hubungan pernikahan kita atau erti kata lain, bercerai." Kata Nazrin. Haira tergamam. Dia kemudiannya tertawa tidak percaya.

"Sampai macam itu sekali awak sanggup buat, Nazrin? Kalau macam ini, lebih baik kita batalkan sahaja rancangan gila parents kita ni. Senang! Tak payah susah-susah untuk awak plotkan cerita penceraian kita." Haira bersuara.

Peluang Cinta Pertama [Completed] 🦋Where stories live. Discover now